CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 21 April 2011

Singgah Selalu..

Gambar ni Addeen snap dari tingkap kereta sahaja..
 Penat pakcik tu senyum nak tunggu Addeen snap!
Gerai ini letaknya di  tepi Jalan Beserah , seberang Astaka aje. Setiap hari kami mesti melalui gerai ini.. Dan kerap kali kami singgah.  Pakcik ni mula berniaga seawal jam 11.30 pagi dan tutup selewat jam 7pm.
Bahan jualannya yang menarik minat kami untuk membeli . 
Ada bubur Chacha style kampung yang chachanya digentel dari tepung pulut sahaja. 
Ada asagupal @ asam gumpal yang tidak ada rasa asam atau dimasukkan asam langsung! *Sila jangan tertipu dengan namanya...* 
Ada juga bubur pulut hitam dan bubur kacang hijau  yang anak-anak gemari.
Ada lompat tikam yang Addeen suka sangat...
Dan ada mee rojak jugak tapi kami tak pernah lagi beli mee rojak sebab mana-mana mee rojak atau macamana sedap pun mee rojak  itu, kami tak gemar... So, bukan sebab mee rojak pakcik tu tak sedap ye....

Kenapa kami singgah selalu gerai ni?? Istimewanya disini, rasa dessertnya yang tak manis sangat! Sesedap rasa saja dan balanced pulak tu... Cukup rasa manis, cukup rasa lemak dan cukup rasa halia dalam bubur kacang dan asagupalnya. Tambahan pula kami cukup cerewet pasal hidangan petang sebelah Pantai Timur ni yang amat terkenal dengan lemak dan manis yang sering terlebih... Kenapa tak buat sendiri sedangkan sebelum ni semua dessert dimasak sendiri??.. Meh sini aku jawab soalan dengan soalan... 


Sapa sanggup masak sampai 3 jenis dessert untuk tiga anak tekak yang berlainan kehendaknya dalam sehari dengan kesuntukan masa yang banyak dihabiskan dengan tugas-tugas khas mendrift setiap hari dari Isnin sampailah ke Isnin minggu depannya?? Iye.. Ahad pun ada drifting jugak....?????LAgipun, dulu bolehlah buat sejenis dan semua makan sebab anak-anak belum pandai memilih.. Sekarang ni, Addeen pun dah ada pilihannya sendiri! Kalau tak dipenuhi kehendak tekak memasing, ada yang muncung 14 depa, peluk tubuh dan sembam muka kat atas bantal! Ha ah! Memang macam dalam filem! Sakit jantung mak dibuatnya!So, baiklah Abahnya bagi duit extra RM8 X 4 hari seminggu untuk beli dessert masing-masing.. Jantung mak pun tak bengkak tau!



Tapi akan ku belajar jugak macamana nak buat asagupal kegemaranku itu... Kat Melaka, N9 dan Johor takde benda ni! Nanti kalau dah berjaya, kita share ok...
Sementara tu..." Pokcik, ambik asagupal se, bubur puluk itam se, lopak tikan se denga chache se.." 

Dan Pakcik pun senyum girang kerana dia tahu regular customernya ini sokmo singgah untuk menambahkan pendapatan hasil jualannya.. 

2 comments:

Sabihah

xpenah pun singgah di kedai ni...kene g terjah jugak ni...^_^

Cool Lean

Pi terjah! MAna tahu sesuai dgn tekak...

Catat Ulasan