CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 22 April 2011

Bila Dah Tua Baru Dapat Sambung Belajar

Hubby Baby sambung belajau. Dah tua-tua ni baru ada chance untuk dia belajau. Dulu, dok kesiankan Mak yang terpaksa membanting tulang untuk sekolahkan anak lelaki ngan anak pompuan bongsunya, Hubby Baby gi le masuk ILPP aka INSTEP kat Kuala Terengganu.. 

Untuk course ni, Hubby Baby dapat CGPA3.76
Tahun 2009, dia mula belajau. Buat Executive Diploma kat UTM. January mula, Oktober tu dah grad! Camne dia buat ek?? Senang aje.. Semua class dia mesti attend, walaupun di Kuala Lumpur mahupun di Sungai Petani.. semua class di pi. Dan lagi satu, semua assignment dia siapkan on time. Dan semua tu dia buat sendiri... Tu antara syarat untuk dia daripada aku, yang tukang tengok aje..  Bukan nak riak tapi kalau ada effort, ikhlas nak belajar, xde nak corner-corner, ada support dari isteri dan anak-anak serta Mak dan ibu, CGPA 3.76 dalam genggaman. Alhamdullillah.. 
Masa graduation, kami sama-sama menangis dalam hall di PWTC tu sbb pasangan masing-masing diberikan penghargaan yang sangat tinggi kerana sokongan kami terhadap mereka yang berhempas pulas membahagikan masa yang amat terhad terhadap kerjaya, pelajaran dan keluarga masing-masing. Dan itu yang membuatkan semangat Hubby Baby untuk belajar dan semangat aku serta anak-anak untuk terus menyokongnya terus membara.

2 tahun dia 'bercuti' dari belajar dan menumpukan segala perhatiannya terhadap kerjaya yang semakin besar tanggungjawabnya. Akhirnya, penghujung tahun lepas, Hubby Baby membuat keputusan untuk mendaftarkan diri bagi peringkat sarjana pula. Aku? Aku ikut aje. Sokongan yang padat aku berikan. 

Nak tahu tak susah ke senang kalau salah sorang dari kita ni sambung belajar? Tambah lagi kalau kerja macam Hubby Baby yang 24 jam on-call 365 hari setahun...Tanya diri sendiri dan pasangan anda soalan-soalan di bawah ini dahulu....

  •  Boleh cut off belanja bulanan?
  •  Boleh ke hujung minggu duduk rumah sementara dia pergi kelas?
  •  Boleh tak uruskan semua hal-hal anak-anak sendiri?
  •  Boleh ke korbankan masa senggang yang ada dengan dia untuk dia buat research dan siapkan assignment dan membaca untuk exams?
  •  Boleh tak lupakan holiday dan balik kampung selama dia belajar?
  •  Boleh tak tolong dia dengan assignment bila dia memerlukan bantuan?
  •  Boleh tak lupakan gelang lebar 3 inci dan tebal 1 inci bila dia dapat bonus supaya dia boleh bayau yuran belajau?
  • Sanggup ke dia tak ambil cuti untuk balik kampung tapi dia ambil cuti untuk siapkan research dia walaupun cuti berlambak?


Huhuhuu.. Tu le antara  soalan yang ramai orang tanya pada aku dan jawapan untuk kesemuanya... 
BOLEH SANGGUP RELA TANPA PAKSAAN DAN SUKA HATI BILA DAPAT KORBANKAN SEGALANYA UNTUK PELAJARAN DIA....
Terjumpa lak Chef Wan, my idol masa merayap2 kat Titiwangsa
lepas jemput Hubby Baby abis class. 
Kalau sama jawapan kita, galakkan la pasangan kita untuk belajar. Lagi pun, dia belajar untuk masa depan kita jugak.. Dan ini juga adalah contoh yang baik untuk anak-anak kita.. 
But let me remind you again, this is the most crucial time! Kalau ada satu aje jawapan kita yang negatif, baik suruh pasangan kita batalkan aje niat nak sambung belajau tu.. Ada yang sorang ke hulu, sorang ke hilir lak kang...
Kebahagiaan seorang ibu melihat anaknya meraih Anugerah Pelajar Terbaik
dalam senarai pelajar sarjana di UTM.
Aku pun bangga dengan pencapaian adik aku ni.. Terima kasih pada suami dan anak2nya
serta mertuanya yang banyak berkorban..

Lagi satu, tolonglah jangan setuju kalau pasangan kita nak upah orang lain untuk buat assignment dan Final Project Paper dia... Membazir dan tak berkat! Aku terperanjat bila ramai kawan-kawan dia yang terlibat dengan urusan begini.. Tak rasa bersalah ke pada diri sendiri??? Hubby Baby tak buat ye.. Semua assignment aku check dan semua dia buat sendiri... Alhamdullillah...

Untuk sesapa yang sambung belajau tu, good luck pada u all... 

2 comments:

Tanpa Nama

tahniah kerana graduasi..
nk sambung belajar xkira usia kak..
hendak dan tak nak shj..ilmu itu sentiasa perlu diteroka..

tenkiu sb singgah di blog saya..
http://sarah-najwan.blogspot.com

p/s: saya xtau nape xle sign in utk komen gini..hehe

Axie04

alhmadulillah
menuntut ilmu x kira umur
yang penting tekad dan usaha

Catat Ulasan