Fuh! Namanya dah panjang... Tapi menyediakannya tak memerlukan masa yang panjang...
Ini makanan yang Hubby Baby request pagi tadi bila aku tanya apa yang dia nak makan... Pergi Pasar Tani di perkarangan Stadium Darul Makmur, beli ayam yang harganya RM8.00 aje sekilo! HAh! Jangan terperanjat! Ahad lepas aku beli kat tempat yang sama RM8.60.. tp hari ni kurang namposen lak! PAs tu beli sikit lak tu! Kalau ku ikut kata Hubby Baby"Beli le lagi..biau cukup sampai ujung tahun" pasti aku penuhkan dapurku dengan ayam sahaja!
Ini makanan yang Hubby Baby request pagi tadi bila aku tanya apa yang dia nak makan... Pergi Pasar Tani di perkarangan Stadium Darul Makmur, beli ayam yang harganya RM8.00 aje sekilo! HAh! Jangan terperanjat! Ahad lepas aku beli kat tempat yang sama RM8.60.. tp hari ni kurang namposen lak! PAs tu beli sikit lak tu! Kalau ku ikut kata Hubby Baby
Melalut lak! Dah tua...Gini le gayanya....Pagi tadi pi breakfast roti canai sekeping.. Lunch plak makan marcaroni goreng semalam sepiring kecik aje. And kul 3pm tadi, aku dah perapkan ayam dengan segala isi kandungannya....
Ayam potong ikut selera...
Kismis hitam @ sultana, ikut selera juga...
Carrot, potong bebesau sebab kalau kecik dia akan overcooked pulak..
Fresh mushroom, potong ikut suka, berapa banyak pun ikut suka..
Madu, 3 sudu besar atau lebih
Barbican Drink @ Sparkling juice perasa blueberry
Sedikit garam
*Black peper, kalau nak pedas sikit
Campur semua, perap sejam atau lebih. Kalau nak semalaman pun tak apa.. Tapi jangan lupa pastikan ayam berada dalam suhu bilik sebelum dibakar. Kalau tak, dagingnya akan keras... Tak sedap!
Tutup mangkuk dengan aluminium foil. Bakar pada suhu sederhana.
Bila dah separuh masak, bukakan aluminium foilnya supaya ia sedikit terbakar. Bakarlah selama 5-10 minit.
Tutup mangkuk dengan aluminium foil. Bakar pada suhu sederhana.
Bila dah separuh masak, bukakan aluminium foilnya supaya ia sedikit terbakar. Bakarlah selama 5-10 minit.
Serve with hot rice... So healthy and delicious!
Cubalah!
Cubalah!
0 comments:
Catat Ulasan