Dia yang bekerja 365 hari setahun untuk anak-anak..
Dia yang memastikan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan diselesaikan dengan cepat dan tepat.
Dia juga yang mengejar masa menghantar anak-anak di awal pagi.
Dia juga yang berusaha mengejar waktu pejabat yang sentiasa terasa kurang untuk pulang sebelum Maghrib demi sebuah keluarga yang amat dia cintai...
Apabila gaji diterima, dia bertanya,
"Kamu nak apa?"
"Kamu nak beli buku apa?"
"Kamu nak beli baju apa?"
"Kamu nak makan kat mana?"
Semua menjawab sampai tak cukup telinga untuk didengari....
Apabila dia ditanya,
"Abang nak beli apa?"
"Abang nak makan apa?"
"Abang nak pergi mana?"
Hanya satu sahaja jawapannya pada semua soalan..
"Terpulang pada Olyn dan anak-anak. Abang ikut aje"
Kekadang terasa
"Betapa tidak adilnya dia kepada dirinya sendiri.."
Kekadang terlintas
"Betapa penatnya dia mencari rezeki dan menyerahkan bulat-bulat kepada kami.."
Katanya.."itu tanggungjawab seorang suami dan abah kepada keluarganya.."
Betapa Allah mengasihi kami..
Dikurniakan sebuah pokok yang sentiasa segar, berbunga dan berbuah..
Betapa Allah merahmati kami..
Dimudahkan hidup kami dengan si arjuna ini..
"Kalian amanah Allah" katanya...
Bila dilihat sekeliling ...
"Dia tak bagi duit belanja.."
"rumah tidak berbayar berbulan-bulan.."
"Semuanya atas pundak sendiri"
"Sebelah ayam dipotong kecil untuk hidangan 7 orang siang dan malam.."
Kenapakah masih ada suami yang sebegini?
Kenapakah masih ada yang lalai dalam bertanggungjawab?
Kenapa masih yang tidak mengendahkan darah dagingnya sendiri?
Kenapa masih yang terlalu berkira untuk isteri tetapi tidak untuk kekasihnya?
Kenapa?Kenapa? Kenapa?
Apa yang mampu kita bicarakan?
Hanya berdoa supaya semua dipermudahkan..
Apa yang mampu kita lakukan?
Hanya bersyukur diatas yang telah dikurniakan..
Alhamdullillah, padamu Ya Allah..
Diatas kurniaanmu pada kami....
"Kebahagiaan abang adalah bila isteri dan anak-anak Abang bahagia" |
0 comments:
Catat Ulasan