Money doesn't always bring happiness. People with $10 million are no happier than people with $9 million.
Ada orang yang jatuh cinta pada si jutawan biarpun umurnya lebih tua dari ayahnya. Ada juga yang jatuh hati dengan anak jutawan walaupun terang-terangan dia seorang buaya darat dan hanya menghabiskan harta mak ayah sahaja. Ada juga yang sanggup berbagi kasih dengan wanita lain kerana yakin si jutawan akan dapat berlaku adil. Tak kurang juga dengan yang sanggup tolak tepi perut buncit, kepala botak dan penyakit kulit kerana dengan wang, semuanya boleh..
Does he knows the meaning of happiness and love ? |
Mungkin kita boleh katakan "Dah jodoh dia".. tapi tak pernahkah kita tertanya dalam hati sendiri, "Dia buta ke? Dahlah tua, buaya darat lak tu.."
Selepas menjadi suami isteri, barulah tahu "Busuknya kentut dia! Sama macam pak guard punya bau kentut aje!". "Yang, I need you now, Yang. I'm down. Where are you?". "You ingat I ni apa hah? Nak suruh ikut bontot you aje!". "Baby, I nak you dengan I aje.. Tak payah balik rumah sana!". "You ingat I ni tunggul aje ke? Tengok aje you peluk sana peluk sini??" Mmmm.. tu semua dialog standard yang biasa kita dengar, kita tonton dan kita lihat.
Wang ringgit mengaburi mata manusia dengan mudah sekali.
Tidak dapat nak dinafikan semua orang perlukan wang. Dalam semua rumahtangga pun kita perlukan wang untuk kelangsungan hidup. Semasa bercinta pun kita perlukan wang untuk pergi dating. Ramai yang kita kenal sibuk bekerja keras. Bila ditanya kenapa dan untuk apa, jawapannya juga standard "Nak cari duit lebih." Ada juga yang kita kenal membuat kenyataan "Aku nak beli kereta Honda macam dia tu. Nanti mesti orang pandang aku sampai terbonjol bijik mata!"
Ramai yang cadangkan "..berniaga dari rumah. Cari duit lebih. Nanti boleh beli apa yang kau nak beli." 'Buat la direct selling. Nanti boleh dapat kereta free, holiday free, duit pun masyuk!" "meniaga online la.. Senang, tak payah nak cari customer kat luar. Barang boleh pos aje kalau tak boleh nak hantar sendiri""Jual insurance. Jual unit trust!Banyak masyuk!Convincekan orang aje"
Terima kasih semua... Terima kasih atas semua cadangan menambahkan wang dan harta. Tapi aku tak sanggup menggadaikan masa dengan suami demi wang.. Aku tak sanggup mengupah orang lain untuk mengambil alih tugas menjaga anak-anak aku. Aku tak sanggup dok ke sana ke sini meningkatkan hasil jualan sedangkan anak-anak bersepah di rumah. Aku tak sanggup hilang waktu hujung minggu demi satu deal! Dan aku tak berani nak menabur janji, bertemu janji dan berkata manis dengan orang asing yang tidak ku tahu latar belakangnya.
Bukan aku bodoh tapi aku sudah lihat banyak bukti..Aku dah banyak lihat dan nampak kuasa negatif wang. Tak ramai yang boleh berpuas hati dengan suatu jumlah wang. HAri ini kata nak dapatkan RM10. Bila dah dapat, nak pula RM100. Dan ia berterusan dan berterusan bertambah nilai wang yang diingini.
Wang boleh mengaburi mata kita. Wang juga boleh merenggut kebahagiaan sepasang kekasih. Wang juga mampu menggempabumikan sebuah pernikahan. Wang juga mampu membuatkan kita bersujud padanya. Wang juga telah menjadi punca manusia saling berbunuhan sesama sendiri. Dan wang juga telah membuatkan institusi kekeluargaan retak dan berderai...
Makan, pakai, bergerak, sekolah, tandas dan segalanya perlukan wang. Wang mampu membayar semuanya. Wang mampu mengadakan apa yang tiada. Wang mampu membawa kita terbang jauh. Tapi hanya satu sahaja yang wang tidak mampu lakukan..
WANG TIDAK BOLEH MEMBAYAR KEBAHAGIAAN AKU DAN DIA. WANG JUGA TIDAK MAMPU MENEBUS DOSA-DOSA YANG LEPAS. DAN TIADA NILAI WANG YANG MAMPU AKU BAYAR UNTUK MENGHIDUPKAN SEMULA AYAH YANG DAH PERGI...
WANG TIDAK BOLEH MEMBAYAR KEBAHAGIAAN AKU DAN DIA. WANG JUGA TIDAK MAMPU MENEBUS DOSA-DOSA YANG LEPAS. DAN TIADA NILAI WANG YANG MAMPU AKU BAYAR UNTUK MENGHIDUPKAN SEMULA AYAH YANG DAH PERGI...
Kenyataannya, wang tidak mampu mengekalkan kebahagiaan kita, kegembiraan kita dan kasih sayang sesama kita. Tepuk dada, tanyalah diri sendiri...
I love you, Yang. It doesn't matter, you are an operator or a PM. Love you no matter what!
0 comments:
Catat Ulasan