CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 15 April 2011

Jangan Tuding Jari..

Anak-anak remaja suka bertindak tanpa pengetahuan orang tua atau penjaga mereka.. Yang duk rumah, atau pun duk asrama... sama aje.. Kalau tiada alasan untuk keluar pun, mereka akan cari alasan untuk keluar juga.. Janji keluar!

Bila dah terjadi sesuatu yang tak diingini, kenapa nak disalahkan orang lain? Kenapa tak salahkan remaja itu sendiri??Kalaulah remaja berkenaan memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku atas sesuatu tindakan itu, mesti ianya tidak akan terjadi.. 


Semasa menghabiskan sisa nasi yang masih ada dalam pinggan malam tadi, sedih rasanya bila Buletin Utama menyiarkan berita tentang nahas lima orang pelajar KIST yang memandu dari Bachok, Kelantan ke Kuala Terengganu atas alasan ingin melepaskan trauma selepas bilik asrama dicerobohi semalam. Mereka keluar pada waktu malam dan pulang selepas beberapa jam bersiar-siar di bandar Kuala Terengganu... 

Yang aku kurang setuju ialah...Di JERTIH: Bapa Zur Irah, Zakaria Muda, 49, terkilan kerana pengurusan kolej membenarkan pelajarnya keluar pada waktu malam sehingga awal pagi... Kenapa nak disalahkan pihak pengurusan kolej? Adakah pihak pengurusan yang membenarkan pelajarnya keluar pada waktu malam hingga awal pagi? Tidak ada kemungkinankah mereka keluar tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej? Mungkinkah ia di luar waktu kuliah

Mmm... Tak tahulah.. Bagi pihak diri  ini, kalau anak dirotan oleh guru, mesti ada kesalahan yang telah dilakukannya.. Kami tak menyalahkan guru tersebut. Kalau anak terlibat dalam kemalangan, kami tak salahkan sahabatnya yang mengajak, sebaliknya kami akan salahkan anak kami kerana menurut ajakan sahabatnya itu... Setiap keputusan berada di tangan kita sendiri. Jadinya, setiap hasil dari keputusan itu adalah tanggungan kita sendiri. 

Janganlah asyik nak menuding jari terhadap orang lain.. Kalau satu jari kita tuding kat orang lain, ada empat jari lagi yang kekal menuding ke arah kita.... So, cermin diri sendiri.. muhasabah diri... 

Ingatlah, keseronokan dunia tak akan kekal..

Apapun, Al-Fatihah aku sedekahkan buat ketiga-tiga pelajar KIST yang maut dalam kemalangan itu.. Dan takziah buat keluarga-keluarga mangsa.

Lori yang bertembung dengan kenderaan mangsa..




2 comments:

Axie04

ade betul jugak
setiap keputusan ade kat tangan masing2
tambahan pulak masing2 dah cukup matang tuk wat keputusan sendiri

Cool Lean

Kejadian ini kita jadikan ikhtibar...

Catat Ulasan