Huhuhuu.. Bertan-tan kemaafan Ummi mintak dari Addeen tadi.. Dengan teacher pun Ummi mintak maaf cam nak rak! Bukan Ummi sengajakan ia.. Ummi tak sengaja, Sayang.. Kalaulah Abah berikan kerjasama pada Ummi, mesti tak jadi macam ni!
Dari semalamkan Ummi dah bersin-bersin tak renti-renti.. Sebab Ummi rombak semua rak buku dan semua buku dalam rumah ... Bersihkan semua tempat yang berhabuk.. Sampaikan belakang almari pun Ummi buang semua habuk yang ada.. Kejap kejap Ummi HACHUM! HACHUM! dan berterusan HACHUM sampai pagi tadi.. Kan pagi tadi Addeen bagi Ummi air untuk diminum dengan ubat allergic tu..
Lepas semua dah pergi sekolah... Ummi ingat nak basuh lantai garage dan nak mop kejap. Nak mintak Abah buat, kesian Abah..Kerja banyak kat office.. asyik balik Maghrib aje... Meeting lak sampai lewat sangat! Kerja Abah kat atas meja dan kat dalam computer Abah tu banyak nak kena siapkan .. Kalau tak nanti projek kilang Abah tak jalan la pulak... Tu sebab malam tadi Ummi ironkan semua baju dalam bakul tu.. At least, Ahad nanti tak la banyak sangat baju Abah nak gosok....
Lepas semua pergi sekolah, Abah dah pergi work, Ummi terus bersin dan bersin lagi... Muka Ummi dah naik bengkak.. Mata tak payah cerita la.. Bagaikan terdengar-dengar soalan Kakak Faeiqah masa breakfast tadi.."Kenapa muka Ummi macam orang bangun tido aje? Selalu tak macam ni..". Abah pulak usik, "Tengok mata Ummi.. Sepet sampai tak nampak dah.."
Tadi Ummi tengok jam. Baru pukul 8 pagi. Ummi call Abah, mintak tolong..
"Yang, karang pukul 9 boleh tolong call tak? Mata berat la.. Kepala pun dah neng nong ni.."
Abah kata "OK.. NAnti karang Abang call.. Ni mesti ubat punya pasal ni.."
" Ha lah! Jangan lupa tau! Nanti kang semua orang tak makan!"
Lepas tu, Ummi pun tidur.. Sengaja Ummi selak semua langsir dan tarik blind tingkap supaya Ummi mudah bangun.. Bila terjaga, Ummi tengok handphone Ummi.. Alamak! Dah pukul 12:34! Ummi terus lompat dari katil, cuci muka, kumur-kumur dan terus sarung jubah dan stokin! Tak sempat nak sikat rambut! Sarung anak tudung dan tudung, kunci rumah dan terus tekan minyak kereta tanpa panaskan engine dulu! Dalam hati Ummi, "huhuhu..Apsal Abah tak call! Sian Addeen..mesti sedih tunggu Ummi dari kul 11:30 tadi.."
Sepanjang jalan Ummi zikir, supaya Allah sayangkan Ummi dan beri kemudahan sampai Affan cepat... Tak sampai 10 minit, Ummi dah sampai.. Tapi Ummi nampak tengok kawasan sekolah dah sepi. Tinggal murid daycare sahaja...
Budak yang merajuk bawah meja dalam office Abah dia.. Sapa punya anak daaaaaa??????? |
Teacher kata, "Tak apa. Addeen tu yang sedih sangat"
Kalau Along ada, Ummi suh Along bawak Addeen naik Mercedes ni.. Tak yah penat-penat nak pujuk.. Mesti Addeen terus gelak bila Along bawak Addeen naik keta ni pusing -pusing kat depan umah... |
Addeen kata Addeen nak air tapi kita kena pergi beli lunch untuk semua oarang. Hari ini Jumaat, Abah balik lunch... Lepas kita beli lunch, Ummi belikan Addeen air. ...
Dalam kereta, masa tunggu kakak Faeiqah dengan kakak Batrisyia, Addeen dah gelak-gelak balik cam biasa.. Cerita pasal sekolah...Addeen dah maafkan Ummi ek??? Hehehhe.. Sayang anak Ummi yang nama Muhammad Nur Addeen ni!
2 comments:
olo..sianyer
x pe.. ummi x sengaja n ummi dah mintak maaf dah
huhu
saya pun kengkadang slalu mintak maaf kat anak saya
pasal kengkadang lambat balik dari keje
huhu
Azie, kesian kan, bila anak2 di jemput lewat dr sekolah @ nursery...
Catat Ulasan