"Dan janganlah kamu IRI HATI terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain." (An-Nisa:32)
Cara kehidupan kita letaknya didalam tangan kita. Cara kehidupan kami yang serba sederhana adalah pilihan kami dari awal perkahwinan lagi. Aku bahagia dengan kedhidupan kami sekeluarga selama ini. Dan aku bersyukur kerana aku di kurniakan seorang suami yang amat mementingkan keluarga kedua-dua belah pihak. Dalam apa jua keputusannya, dia akan pertimbangkan semua orang yang mengisi kehidupannya...
Tapi kekadang, sebagai seorang manusia biasa yang sangat tidak sempurna, tertimbul rasa iri terhadap orang lain.. Aku tidak pernah iri dengan suami orang lain tapi kadang-kala 'ter'iri dengan kelebihan yang dinikmati oleh orang lain..
Bila ianya terjadi, rasa iri menyerang hati, aku sujud dan mohon dengan seikhlas hati supaya Allah buang jauh perasaan itu dari dalam diri aku yang serba daif ini... Ada waktunya, sampai menitis airmata disaat aku bersujud... Aku benar-benar mahu perasaan itu dibuang sejauh mungkin. Kerana aku mahu diri, hati dan jiwa yang bersih supaya hidup aku berkesudahan yang baik....
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-hotimah (kesudahan yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-hotimah (kesudahan yang buruk)”
0 comments:
Catat Ulasan