CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 1 April 2011

Antara Dua Darjat..

 Pelajar Cemerlang SPM 2010, Mahaad Muhamadi Perempuan Kota Bahru, Nik Aisyah Najwa, mendapat 11 A, 10 A+
Bila cemerlang, mesti menjadi kebanggaan keluarga dan sekolah.. Kekadang, nasib baik, menjadi kebanggaan seluruh negeri. Alhamdullillah, semua usaha mendapat ganjaran sebesar ini dariNya. Tapi, mana perginya mereka yang kurang cemerlang?
Siapa yang ambil tahu tentang mereka yang kurang cemerlang?
Siapa yang menghulurkan bantuan untuk membantu mereka yang kurang cemerlang?
Antara mereka, ada yg sudah berusaha sedaya mereka..
Ada juga yang telah bersungguh-sungguh mengulangkaji setiap mata pelajaran..
Dan tak kurang juga yang telah menebalkan muka bertanya itu dan ini  dari teman-teman sekelas dan guru-guru yang sentiasa inginkan yang terbaik buat anak didik mereka...

Namun, mungkin sudah tertulis ..Mereka kurang cemerlang..maka kuranglah gemilang dalam SPM..TApi janganlah ketidakcemerlangan itu dijadikan batu halangan untuk mencemerlangkan masa depan kalian..Berbagai bidang yang memerlukan kemahiran..
Dan banyak lagi peluang buat kalian untuk meningkatkan taraf kalian di mata manusia sekeliling... kerana dalam pandangan Allah, kalian sama sahaja. 
Cemerlang atau tidak, bergantung kepada amalam dan ibadah kalian...
Jadi, janganlah berputus asa pabila tiada yang menjulang kalian...
Bukankah Allah telah berjanji....
Allah S.W.T menghendaki seluruh hamba-NYA berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan diiringi dengan doa kepada Allah..Allah Maha Besar, Maha Penyayang, maka pinta dan mohonlah pada-NYA..insyaAllah jika berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah, insyaAllah pasti berjaya..


0 comments:

Catat Ulasan