Aku hanya menanti mereka di meja makan, menemani mereka bersarapan dengan Abah. Seusai minum air milo ataupun susu serta hidangan ringkas yang aku sediakan, mereka menyalam tanganku
Seawal 6.45 pagi, mereka sudah memulakan perjalanan buat hari itu. FAeiqah akan duduk tenggelam di dalam dunianya sendiri, membaca novel yang memang sentiasa akan dibawa dan diletakkan di dalam kereta Abah. Batrisyia pula akan rancak berbual dengan Abah dan Addeen pula, kadang-kala dia akan menyambung semula tidurnya sebelum sampai ke sekolah. Jika tidak pun, dia akan bersama berbual rancak dan bercerita dengan Batrisyia dan Abah.
Sesampai di pintu masuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min, Faeiqah dan Batrisyia akan bersalaman dengan Abah dan terus ke dewan sekolah. Jam 10.20 pagi, mereka akan bersama-sama duduk di kantin sekolah dan menghabiskan bekalan yang aku telah sediakan.
Addeen pula, dia akan dihantar ke Affan Little Muslim Pre-School di Taman Pelindung Bayu, Beserah yg jaraknya kurang daripada satu kilometer dr sekolah kakak-kakaknya. Selesai menghantar anak-anak, Abah akan terus pandu kereta ke tempat kerjanya di Gebeng.
JAm 11.45 pagi, aku pandu kereta ke Affan untuk menjemput Addeen yang akan keluar jam 12 tengahari. Biasanya bila aku sampai, Addeen akan keluar dari sekolah dengan diiringi guru kelasnya. Dan menjadi kebiasaanku, aku akan bertanya tentang perkembangan Addeen di sekolah dr gurunya sekejap sebelum ke sekolah kakak-kakaknya pula.
Jam 12.10 tengahari, aku dan Addeen akan duduk di dalam kereta, menunggu waktu sekolah SJK(C)Kong Min tamat jam 1.10pm. Setiap hari, aku akan pastikan aku membawa buah-buahan dan susu sebotol untuk Addeen. Sambil-sambil itu, aku akan melayan Addeen bercerita tentang aktivitinya di sekolah. KAdang-kala dia akan bercerita sampai kakak-kakaknya keluar dari sekolah! 50 minit bercakap dan bersoal-jawab dengan aku! Ada masa, pening jugak aku dibuatnya!
Sebaik sahaja FAeiqah dan Batrisyia memasuki kereta, aku terus menyusuri jalan pulang ke rumah kami. 20 minit memandu, kami sampai. Ketiga-tiganya terus gantung baju sekolah masing-masing
Selesai solat Asar, Faeiqah pula bersiap untuk pergi mengaji Al-Quran di dengan Ustazah Fadijah di KAFA yang sama. 5.30 ptg, aku hantar dia ke KAFA. Disana dia akan mengaji diikuti dengan adik-adiknya yang selesai KAFA jam 5.45 petang. Abah yang pulang dari kilang jam 5.30 petang akan terus ke KAFA yang dijalankan di Masjid BAndar Damansara Kuantan, bersolat Asar disana dan terus membawa anak-anak pulang ke rumah jam 6 petang. Mereka akan bersenggang dan bersedia untuk Maghrib sebelum makan malam sebaik selesai solat Maghrib. Dan kemudian, menyelesaikan kerja-kerja sekolah serta tidur jam 9 malam.
Setiap Sabtu pula, Faeiqah dan Batrisyia menghadiri kelas tambahan di sekolah serta menyertai aktiviti ko-kurikulum sehingga jam 12.30 tengahari. Ahad pula, mereka menghadiri kelas Tahfiz di masjid dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang...
Kasihan rasanya pabila melihat wajah-wajah keletihan yg tidur nyenyak di bilik mereka. Zaman aku dahulu, masih ada masa untuk bermain basikal dan bermain masak-masak bersama kawan-kawan. Aku masih ada masa untuk mencari dan mengumpul setem serta membaca novel di hujung minggu
0 comments:
Catat Ulasan