CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Rabu, 5 Januari 2011

Kesian gigiku....




Minggu lepas, aku sakit gigi.. Fuh! Dah lama tak sakit gigi ni... Bila tetiba sakit, memang dasyat! Tak bertangguh lagi, aku ajak Hubby Baby ke Klinik Pergigian Al-Huda, Balok. Punyalah ramai yang sakit gigi hari tu! TApi budak yang kerja kat situ, dengan tersengeh-sengeh cakap, "Akak boleh tak datang malam karang? Kejap lagi kami nak tutup clinic dah."

So, kami pun balik rumah.... Lepas siap mandi, aku solat... MAk ai! Sakitnya gigi masa ruku'  & sujud! MAcam nak terjatuh semua gigi aku tu, walaupun yang sakitnya hanya sebatang aje....

JAm 8 malam tepat, aku sampai di clinic semula.. Bukan apa.. PAda fikiranku, datang awal, settle awal & bolehlah aku tidur dengan nyenyak malam ni...

Bila nama aku dipanggil, aku berdebar.. Aku memang paling tak suka gi dentist ni.. Nak-nak pulak setahun yang lepas, Hubby Baby pernah alami pengalaman yang amat mengerikan. Gigi yang akarnya masih kuat, dipaksa cabut dengan menggunakan plier di sebuah klinik gigi di Jalan Beserah. Lepas tu, siap berjahit lagi... Bengkak muka dia seminggu! Kami dah banned dah klinik tu..hehehehe..

Dah! Cukup le tu! Aku tak mau ingat peristiwa tu...

Aku pun masuk dalam bilik rawatan..

"Selamat malam, Puan. Ada apa saya boleh tolong?" kata dentist tu. Orangnya muda lagi. Good looking guy. Tapi itu tak menjamin kesakitan ini akan berkurangan....

"Gigi saya sakit ni. Berlubang.. Sakit dah 3, 4 hari dah ni.. Tapi hari ni memang sakit sungguh!" kataku sambil duduk dan kemudiannya baring di atas dental chair....


Gentle aje this young dentist buat kerja.. Setiap kali dia mahu membersihkan gigi aku yang berlubang tu, dia akan alert aku. Memang bagus PR dia..



Aku masih mampu tersenyum macam Mr Gingerbread tu... Terasa ngilu dan sakit tapi masih kekal tersenyum. Selepas ditampal, aku disuruh datang semula 2 minggu lagi untuk tukar tampalan sementara tu kepada tampalan kekal... Dengan senyum, aku  jawab "OK. I'll see you in 2 weeks then.."

Tapi esoknya, tampalan tu tercabut semuanya... Huhuhuu.. Sakit balik! Tapi, clinic tutup sebab cuti sempena Malaysia menang lawan bola dengan Indonesia... Lepas tu, cuti tahun baru pulak.. Huhuhuu... Tahan sakit lagi la jawabnya...

But with all the errands & the school reopens, terpaksa tangguh dulu lawatan amal aku ke klinik...
Dah settle semua, semalam, 4 hb Januari, baru aku dapat pi jumpa dentist semula. Tu pun sebab memang makin dasyat kesakitan yang aku tanggung... Menyeringai menahannya!


Sakitnya bukan setakat di gigi sahaja.. Tapi sampai sakit kepala aku dibuatnya. Sebelum keluar rumah, aku telan dulu pain killer ...

Di clinic, ada la plak sorang patient ni bawak anak-anak dia sekali.. Lari sana, lari sini, menjerit-jerit diaorang main... Aduh! Gigi dah lah sakit, kepala pun sakit. Budak-budak ni pulak buat macam kat playground aje... Sabau aje lah.....
Bila nama aku dipanggil, Aku terus masuk dan beri salam pada dentist yg bertugas malam tu. Owh! The owner of the dental clinic.. So, aku pun story la kat dia pasal tampalan yg dah tercabut tu.. Dia pun mulakan tugas. Aduh.... tak segentle the younger dentist hari tu.. Tapi tahan aje la.... I just want the pain to go away! Bila dah siap, aku pun balik la..tapi dengan denyutan lagi... Namun aku masih boleh tersenyum sebab aku tak dikenakan apa-apa charges kali ini... FOC! Thank you, doc!

Aku ingat, mesti boleh tidur nyenyak malam tadi.. I was wrong! Kesakitan tu masih setia dengan aku.. Aku pun dok la depan tv dengan botol 100Plus yang sejuk tu aku tekap kat muka... NAk kurangkan sakit la kononnya... Sempat la tengok Hawai-5-0 & CSI! Lepas tu baru aku tidur..tu pun mungkin sebab pain killer yang aku telan lagi masa tengah tgk tv tu...

Sampai hari ni, aku masih lagi sakit... Nak solat pun menyingai.. Makan macam baby.. bubur, air barli, roti yang direndam dalam air dan I had bits of a bread soaked in my mushroom soup for dinner :((

Esok, balik dari Pekan, baru aku nak gi dentist balik... Hubby Baby ajak pi petang tadi tapi aku berjaya beri seribu alasan not to go... hehehehe. Lagipun, esok nak pi sekolah Along.. Mana tahu, kot-kot rasa sakit ni akan hilang bila dapat jumpa orang yang aku rindu... ;P

Hopefully Hubby Baby tak lupa untuk belikan aku ubat kat 7E.. huhuhuuu.. sakittttttt!!!!  Tapi, syukur..sakit-sakit aku ni masih boleh lagi makan ,minum dan selesaikan tugas-tugas harianku.. (walaupun x siap semuanya..hehehe). I'm praying for a better tomorrow.. :))

0 comments:

Catat Ulasan