CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selasa, 4 Januari 2011

The Senior & Final Year, 2011

 Selepas sebulan setengah dok memerap kat dalam rumah.. Akhirnya Along mendaftar semula ke Asrama Putera Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang.. KAli ini sebagai pelajar senior, Tingkatan 5. Malangnya dia dipindahkan ke Tingkatan 5 Jasa dari 5 Budi... Nak buat macamana... result final exam last year tidak berapa "memberahikan' (sama maksudnya dengan memberangsangkan bagi org Pantai Timur). Sokmo busy dgn squasy training... So, result pun cam squasy ball le jugak..hehehehehehe

Lepas daftar diri kat Asrama Putera, dah angkut semua barang-barang masuk Dorm A02 (sebelah je dengan dorm untuk Pengawas), kami berduyun-duyun ke Dewan Makan untuk bayar segala jenis yuran... Ni le part yang paling aku tak suka! Yuran makan RM750 (gaji lebih dpd RM5K) @ RM 250 (gaji kurang dpd RM5K). Yuran makan SPM RM 20, Kebajikan RM10... Yuran tambahan RM55.50 & Yuran PIBG RM117 (untuk student lama sahaja)....

Lepas dah kempis purse aku, perut rasa lapau... Jom pi bandar Pekan! (kalaulah korang tahu betapa besaunya so called "bandar' Pekan ni, mesti korang terkentut-kentut...). Pi KFC (the only fast-food restaurant in Pekan), sendat macam ikan dalam tong! TAk bolehh.... MAu kena rileks-rileks sikit...

Tetiba, aku tanya "Along ada bawak balik songkok tak?"
Dia jawab.. "Alamak! Lupa la..X apa.."
Aku ni x boleh! KAlau sekolah kata Jumaat kena pakai songkok, mesti kena pakai songkok! So, singgah le kat kedai orang Kenboja kat deret TAbungHAji tu.. Dah try songkok, dia kata "Baju Melayu nanti, Along beli kat Koperasi aje la ye.."
"Ha? Apsal kelmarin masa beli barang tak ingat?! "Aku mengeluh...
""BAju Melayu Along tu kenapa?" Tanya aku
"Pinggang dia dah kecik.." kata Along.
"Kak, ada baju Melayu putih tak? Size L" Mintak aku pada peniaga Kemboja tu...
Mmmm..ingat kena keluar RM18 aje.. Rupanya RM63!
Anak oh anak!!! NAsib baik anak! KAlau tak..........

Lepas tu kami mula pusing punya pusing (macam la banyak tempat leh pusing!) TAk banyak pun kedai makan kat sini ..Ni plak hari Ahad...banyak yg cuti..Ada satu restaurant "FArouk Restaurant" baru bukak... Hubby Baby ingat boleh le dapat makan nasi beriyani kambing... Tapi... dapat makan nasi putih kambing je! Chis! Baru kul doblas tengahari dah habis! Ooo..lupa plak.. Dalam kawasan2 yang dekat dengan bandar Pekan ni ada MRSM, SBPI, SHAH, SM(A) & beberapa lagi sekolah harian yg berasrama..so, masa ni memang pack bandar ni.. PAtutlah abis nasi beriyani dia!

Sebelum makan.... kita basuh tangan dulu...

Addeen mengaplikasikan cara-cara yang betul membasuh tangan yang dia belajar dari kindy dia dan dari aku...

Lamanya dia basuh tangan.. Siap ulang sampai 3 kalI!

Dah takde tempat yg lebih menyejukkan..kami doo le kat sebelah dapur masak diaorng


Along dah siap makan.. Dok pandang budak2 SHAH yg masing2 makan dgn family dalam restaurant yg sama..

Ummi dan Along yg berbaju kaler sedondon :))


Abah pun mestilah sedondon dengan Umminya...heheheh



MAcam artis yang kena terjah dalam Melodi lak!

Dia ni memang susah sikit nak pandang camera! Bukan camera-shy pun tapi bila aku nak ambik je, dia mesti ngelak! Ggggrrrr!!!!

Luas pandangan!

Tengah kelip mata daaa......

"Ummi! Ambik gambar Addeen dengan Abah yg cute ni!"

"Dengan Along pulak la!"

Ni bukan tertidur ye..tapi ngelak papparazi !!!

Addeen je yang hantu camera... MAcam sapa yek??? Hehehehehehe
BAlik kat SHAH, kami pergi bank pulak... NAk kena simpan dulu duit untuk beli barangan keperluan sekolah. Owh...kat sini, bank bukak sempena pendaftaran students .. Cash money tak boleh lebih dpd RM30 ...KAlau lebih, mesti mau simpan dalam bank.... KAlau kena curi (macam dak Along selalu kena), tanggung sendiri... Alasan dia untuk tidak menyimpan dalam bank ni.."NAk keluarkan duit tu selalu tak sempat..Ramai!" hehehehehe
Penyimpan  dapat keuntungan tahunan ke?????

Along berurusan di bank..dengan K Ida, pekerja bank....:))Dia lebih banyak nyakat K Ida tu!!!

Ni canteen sekolah.... BAnk tu letaknya di canteen, sebelah Kedai Koperasi.. Senang sikit budak2 ni nak berurusan...dan berhabisan!
Garukan di muka yang tak gatal!



Muka toye sbb geng dia dah balik asrama...heheheheh

Aku tinggalkan Along dengan hati yang sebal.. RAsa macam nak simpan aje dia dalam purse! Tapi, apa kan daya.. MAkin lama dia makin membesar .. TAk lama lagi, dia akan menjalani hidup dia sendiri.. Aku kena belajar untuk terus hidup tanpa anak2 di sekeliling aku... huhuhuu.... Katalah apa pun, aku tetap sebal dan sebak setiap kali tinggalkan Along di asrama...

Selepas ini, bermulalah rutin kami ke SHAH saban minggu , Insyaallah... walaupun dah berkali-kali Hubby Baby  kata, "Kita gi tengok Along 2 minggu sekali ke..ataupun bila dia balik wajib je.." Huwarrghhhhhhh!!!!!!!

Untuk Along, jaga diri, Solat jangan tinggal, call ummi seminggu sekali & study smart! Good luck my dearest! Muahsss!!!

0 comments:

Catat Ulasan