Between me & my best GF
January 15 at 5:09pm
Adik aku pernah bawa aku ke Ikan Bakar Malim di persimpangan Cheng, Melaka. Dan aku berulang kali ke sana selepas itu.. Sebab apa? Sebab ikan bakar dia! NAk pergi Umbai jauh lak.. Pi la kat sini.. Mmg x boleh lawan PArameswara Ikan Bakar tu tapi cukup la untuk melepaskan gian!
Teringin nak makan ikan Bakar .. tp kat Kuantan ni rasanya lain.. Yg ok, dekat Ana Ikan Bakar di TAnjung Lumpur tu.. tp jauh la... Sian Hubby Baby yg sampai umah lewat...
Ikan Bakar Malim
Ikan Siakap @ apa2 ikan pun xpe. Ikut u all le..
bahan perapan-kisar semuanya
5 helai daun limau purut
3 btg serai
4 inci lengkuas
3 inci halia
3 inci kunyit hidup
10 biji cili kering-ikut suka
sedikit asam jawa,garam
bahan kuah asam
2 sudu cili kisar
2 biji tomato dicincang halus
semangkuk kecil asam jawa
sedikit gula,garam
3 ulas bawang merah dipotong
sedikit minyak utk menumis
bahan utk kuah kicap
5 biji cili padi
3 sudu cili kisar
4 sudu kicap manis
2 sudu kicap masin
1 sudu kicap pekat
sedikit minyak utk menumis
Cara
1. Bahan perapan digaulkan bersama ikan dan bakar ikan hingga masak.
2.Utk membuat pencicah kuah asam;panaskan minyak
3.Tumis semua bahan sehingga naik bau dan garing.
4.Buat langkah sama dgn kuah kicap.
5.Setelah siap hidangkan ikan yg dibakar bersama kuah pencicah yg dimasak tadi.
6.Boleh dihidangkan bersama2 nasi putih,timun mahupun ulam-ulaman.
Ni comment my friend yang dah buat & makan ikan bakar ni untuk hubby dia...Sheena Haron January 20 at 3:28pm Report
hehehe... hari ni baru dapat rasa ikan bakar... sedap la.... hari tu my maid buat pari asam pedas... not really fond of pari but ikan bakarnye sedap. Tq. Muahhh!!!!
0 comments:
Catat Ulasan