CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Rabu, 19 Januari 2011

Bahagianya....

Along suka peluk Addeen erat-erat.....
Awal pagi tadi, sebagaimana rutin, anak2 bersalam tangan, mencium dan memelukku di pintu rumah sebelum ke sekolah. Ketika mereka berjalan ke kereta, aku menyalami tangan Hubby Baby, **** dan ku peluk dia erat-erat.. Sementara itu, anak-anak sudah pun bersandar di dalam kereta, di tempat masing-masing. Aku sekadar melihat dari pintu rumah, menghantar mereka dengan pandangan mata dan lambaian sahaja. Tiba-tiba..

Addeen: "Ummi, I love you!" terdengar suaranya nyaring...
Aku: I love you too!! Aku balas jeritannya..

BAtrisyia: "Ummi! I love you! Muahs!" jeritnya sambil melayangkan ciuman buatku.
Aku: "Ummi loves you too!!" balasku padanya sambil mata mengiringi kereta yang sudahpun bergerak menuju destinasinya. Kelihatan Faeiqah melambai-lambai dengan tersenyum kepadaku...

PAbila anak-anak mengucapkan sayang kepadaku, aku amat amat bahagia. Tak terkata dan tak mampu aku nak bayangkan kebahagiaan itu. Kalaulah Along ucapkan ia padaku sekerap dia semasa kecil dahulu, kebahagiaanku akan lebih sempurna...

Along, Kakak, Adik dan Addeen...

Kasih sayang Ummi pada kalian tak berbelah bagi. Biar apapun yang berlaku, kalian tetap menjadi tunjang jantung Ummi. Ummi rindu kalian semua setiap kali kalian melangkah meninggalkan rumah, waima ke sekolah sekalipun..... Sebagaimana rindunya Ummi kepada Abah sesaat Abah hilang dari pandangan mata Ummi...



Kini aku semakin faham isi hati Ibuku yang sering merindui anak-anaknya ....


Oh! How I miss Along!! It's been 2 weeks since I last saw him....

0 comments:

Catat Ulasan