Suatu hari, pembesar suara di sebuah masjid di Perak disambar petir. Jadinya, tiadalah kedengaran laungan azan ke setiap ceruk perkampungan itu. Suatu pagi, lima org nyonya yang rutin mereka ialag berjogging, melewati masjid tersebut. Pada masa yang sama,Imam masjid itu pula sedang membersihkan kawasan sekeliling masjid.
Nyonya: Ustad, Apa pasal suda lama x dengar itu bunyi aa?
Imam: Itu pembesar suara sudah kena petir la. Kenapa?
Nyonya: Haiyoooo. Masjid takde kasi bunyi, kita susah mau bangun pagi lorrr....
Imam: Ya ka?
Nyonya: Iya la. Kita mau bangun awal. Boleh pegi jogging, kerja pun manyak bole siap. Kenapa ustad x panggil olang datang betulkan itu balang?
Imam: Sudah panggil itu Kang. Tapi dia banyak sibuk sekarang...
Itu serba sedikit yang aku ingat.. Banyak hikmahnya bila azan dilaungkan. Selain memanggil umat Islam untuk sama-sama menunaikan solat, ia juga membantu penganut agama lain dalam kehidupan seharian mereka... Tapi sayangnya, baru sekarang ada yang rasa terganggu dengan panggilan azan dari masjid... Tapi kenapa dia tidak rasa terganggu dengan bunyi music, bunyi mercun dan lain-lain bunyi yang lebih menyengat telinga daripada azan yang hanya dilaungkan selama beberapa minit sahaja di setiap waktu solat?
* Imam dalam perbualan tadi ialah Ustaz Mohd. Kazim Elias Al-Hafiz. Kisah ini diceritakan sendiri oleh beliau pada 20hb JAnuari 2010 semasa beliau berceramah di Musolla Al-Raudhah, Taman Pelindung Perdana, Kuantan, Pahang.
JANGAN HILANGKAN.....
8 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan