CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤

Rabu, 26 Januari 2011

Jemput-jemput Cendawan

Seusai solat Subuh, aku termenung di dapur. "apa nak breakfast ni??"
Depan mata, ada pisang berangan 3 sisir. Nak dibuat cekodok pisang, pisang tu belum masak betul lagi.. Kalau nak makan gitu aje, bolehlah.. Aku bukak fridge.. belek sana, belek sini...Ada carrot, ada portabello mushroom, ada cili hidup, dan ada macam-macam lagi dlm vege box tu... Dok tenung je portabello tu... "Kalau buat jemput-jemput potabello, sedap tak?" aku bertanya diri sendiri...Untuk menjawabnya, jom kita buat jemput-jemput portabello! Tapi sukatan tak ada..aku main tabur aje...

Jemput-jemput Portabello

Tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking soda 
1 biji telur
Cendawan Portabello @ apa-apa cendawan pun x apa (diced)
Carrot (potong mancis & halus @ grated, ikut size yg kita nak
Garam
Low fat milk 
Air secukupnya
optional1 biji bawang besar (diced)
optional1-2 cili besar (diced)

  1. Ayak tepung bersama baking soda. buat lubang ditengahnya.
  2. Masukkan telur, susu dan sedikit air. Adun dan tambahkan lagi air sampai ia tak pekat dan tidak juga cair.. macam buat jemput-jemput bawang tu la...
  3. Campakkan garam dan masukkan portabello, carrot, bawang dan cili.
  4. Jumputkan ke dalam minyak panas atau gunakan sudu aje...
  5. Goreng hingga ia bertukar warna keemasan atau sehingga ia timbul (maksudnya dah masak la tu...)
  6. Hidangkan dengan cicah lada atau dengan sos cili botol aje...
Batrisyia: Wah..sedaplah jemput-jemput ni! Lembut! Ada mushroom lagi!

Faeiqah: Nyum! Nyum! (sambil mata pandang buku dan mulutnya mengunyah jemput-jemput..

Addeen: (sambil tunjukkan thumbs up) Sedappppp.. Lazat... dan berkhasiat! (mamat ni mmg poyo sikit!).               Addeen nak makan dalam kereta lagi boleh?

Hubby Baby: Sedap! Terima kasih, Yang...

Korang cubalah ye... Ada rasa lemak2, lain sikit dr jemput-jemput tradisional tok nenek kita dulu..

0 comments:

Catat Ulasan