CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 23 Januari 2011

Jemput-Jemput Labu

Minggu sudah, Hubby Baby beli labu banyak. Sebijik setengah tu kira banyak le..Biasa aku beli setengah labu je... Dia nak minta labu masak lemak dan jemput-jemput labu... Aku tak pernah masak jemput-jemput labu..so tanya dia macamana nak buat.. Dia kata, labu kena kukus dulu...Yang lelain, sama cam jemput2 biasa aje..                                  


Jemput-jemput Labu


500 gram labu, dikukus dan dilecek hancur. Kalau suka, boleh lebihkan
  1. 500 gm tepung gandum tapi kalau nak guna tepung naik sendiri pun boeh jugak..
  2. 1 sudu makan gula pasir
  3. 2 sudu teh garam
  4. Air ikut kelembutan adunan...


  1. Aku biasanya akan kukus dahulu labu. Lepas dah masak, scoop ou tisi dia, lenyek then ketepikan kejap
  2. Bancuh tepung dengan gula dan air ikut suka.
  3. Masukkan gula dan garam.
  4. Kemudian, masukkan labu yang dah terkorban kena lenyek dan ratakan. Kalau adunannya terlebih lembut, tambahkan sedikit tepung... 
  5. Apabila minyak sudah cukup panas, jemput atau sudukan adunan tu tadi. 
  6. Goreng sampai jemput-jemput tu nampak keemasaan warnanya, bolehlah keluarkan dari kuali.Toskan.
  7. Makan kena suam-suam..baru terangkat! Buatkan lah pemakan-pemakan yang mengadap jemput-jemput tu dengan kopi 'O'. 
Memang terangkat! Sebab aku kena buat lagi satu adunan! Hubby Baby puas hati sungguh..Anak-anak, sampai hari ni masih request lagi...Alhamdullillah..

Sila le jemput mencuba jemput-jemput labu yang mudah sangat ni..

0 comments:

Catat Ulasan