CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 23 Januari 2011

Bingka Labu


Ahad lepas, Hubby Baby minta aku masakkan kuih berasaskan labu.Dia suka kuih-muih tradisional Melayu, dan aku terfikirkan bingka!.. Selain daripada labu masak lemak, aku tak pernah gunakan labu.. So, berposak la aku mencari resepi membuat bingka labu ni.. Seumur hidup aku, jangan kata bingka labu..bingka tepung pun aku tak pernah masak sendiri! Dok membeli aje... Rupanya, mudah sahaja membuat bingka..Jom tengok bahan-bahan dan cara menyediakannya...

Bingka Labu

A
5 biji telur
500ml santan
200 gm tepung gandum
180 gm gula halus
1/3camca teh garam
1 sudu teh esen vanilla

B
450gmLabu manis, kukus dan dilecek halus

  1. Satukan semua bahan-bahan A. Larutkan dan sebatikan.
  2. Tapis adunan.
  3. Masukkan labu lecek tadi dan ratakan hingga adunan tidak bergentel. Disini, aku gunakan blender.Kemudian baru aku tapis adunannya.
  4. Sapukan mentega pada acuan bingka yang berlubang tengah hingga rata.
  5. Pre-heat oven pada 200"C.
  6. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga tiada adunan yang melekat pada pisau atau garfu yang dicucuk ke dalamnya.
  7. Apabila sudah siap, keluarkan dan cool off rack dahulu sehingga ia benar2 sejuk.
  8. Apabila sudah sejuk, barulah dipotong. 


Rasanya... MARVELOUS! Tak caya? Cubalah buat.. Mulanya aku sangka mesti akan berlebihan dan boleh dijadikan sarapan esoknya tapi...LICIN!!!! X sempat 1 jam selepas ia benar-benar sejuk, hanya tinggal piring sahaja!

0 comments:

Catat Ulasan