Kan hari tu aku kata nak ke sekolah Along di Pekan.... so last Thursday aku dan suami meredah hujan lebat memandu ke Pekan...Bandar Diraja. Perjalanan hari tu ambil masa lebih sejam! Biasanya 50 minit je... Tapi sebab hujan lebat betul, sampaikan x nampak jalan! Jarum meter di dashboard kereta dok kat 70km/j je.. Ada masanya turun lebih rendah lagi.. TAkpe..janji selamat sampai..
Bila berurusan dengan sekolah asrama penuh ni, ada procedure yang nak kena ikut.. Tak la boleh diredah aje... Aku kena daftar dalam Buku Daftar Pelawat dan beritahu Pak Guard di entrance sekolah apa urusan yang nak dibuat. Then terus ke Pejabat Sekolah di bangunan AMAL ...
|
BAngunan AMAL dimana terletaknya Pejabat Sekolah dan Bilik Guru bersebelahan sahaja... |
Aku berurusan dengan kerani sekolah untuk tuntutan insuran dan beritahu mereka tentang temujanji Along di Hospital Pekan yg letaknya sejauh sebatang parit besar dari pagar sekolah..hehehehehe.... Tapi akhirnya Along tak pergi kerana terlupa dek kesibukannya dan Ibu Zainon (person incharge of student's medical issues ) pun terlupa dek kesibukannya juga kot... Apa nak buat kalau dah masing-masing terlupa...
Hospital Pekan yang baru.....
Selepas tu aku berurusan pula dengan guru tingkatan Along, Puan Nur Haslinda. NAk bayar lagi Yuran Asrama yang masih berbaki bagi tahun 2011 ini. Hari tu aku hanya bayar untuk satu semester sahaja.. Bila difikirkan kembali, kasik settle je semua, senang. Lagipun, sambil bayar tu aku bolehlah curi masa sedikit berbual tentang Along dengannya. Puan linda mungkin perlukan beberapa minggu untuk kenal perwatakan dan sikap Along(satu kelas ada 25 orang murid sahaja..). Untuk mudahkan dia, aku kenalkan siapa Along pada dia.. Aku ni bukan jenis parents lain yang hanya bercerita tentang kebaikan anak sahaja.. Aku juga akan beritahu gurunya tentang the other side of my son... setakat yang aku tahu. Kalau yang aku tak tahu, aku suka dan terima jika ada yang beritahu pada aku... Aku tak expect banyak dari Puan Linda sebab aku faham tugas seorang guru yang perlu menghadapi 1001 karenah students, paperworks dan kursus @ meeting yang perlu dihadiri. Yang aku pinta cuma sedikit perhatian buat Along yang akan menghadapi SPM penghujung tahun ini. Aku juga x letak target aku untuk Along tapi aku berpaksi pada target Along sendiri.
|
Bangunan ILMUdimana terletaknya semua kelas Tingkatan 5. Kenapa? Mungkin mudah diperhatikan kerana berdekatan dengan Pejabat dan berhadapan dengan Bilik Guru.
Selesai berurusan dengan Puan Linda, aku minta izin untuk berjumpa dengan Along semasa rehat di kantin sekolah. Aku faham, pelawat tidak dibenarkan berjumpa dengan murid semasa sessi persekolahan. Kalau hari Sabtu pun, kami boleh melawat mulai jam 1 tengahari hingga 6 petang sahaja. Kalau datang awal, memang akan diminta beredar dulu la jawabnya!
Hubby Baby pandang jam tangan.. "Alamak! Ni baru pukul 9, Yang! Laqma nak tunggu. Nak tunggu gak ke?" Chis! Ada ke dia tanya gitu kat aku! Hati aku dah berbunga-bunga dah nak jumpa anak ni!
"Ala Yang, kita tunggu le recess kejap. Dapat minum dengan dia pun jadilah. Dapat cium dia pun, jadilah. Boleh ek?"Rayuku dengan muka tersengeh-sengeh dan mata berkelip-kelip... ;P
"OK" ...Alhamdullillah....
Aku dan Hubby Baby pun pimpin tangan Addeen..Ingat nak pergi duduk kat canteen la dulu, sambil dok jeling kelas dia di tingkat paling atas bangunan ILMU tu..
Tiba-tiba, "Ha! Tu Along!" Hubby Baby bersuara..
Aku pandang kedepan dan tersengeh memandang anak aku yang kelihatan segak berbaju sekolah dan bertali leher berserta kasut hitam yang tersarung di kakinya. Dia pun tersengeh bila nampak kami.. Aduh! Dah lama aku tak tengok dia memakai uniform sekolah..sejak dia memulakan persekolahannya di SHAH Mac tahun lepas.
Tangan aku dan Abahnya disalam serta dicium betul-betul dihadapan Bilik Guru .
"Along sihat? Kang kita jumpa kat canteen masa recess k..Ummi tunggu kat sana je" Kata aku.
""Recess? Alamak.. Along rasa tak sempat pergi canteen kot. Kerja banyak ni."
"Ummi, Along dapat jadi Ketua Kelas lagi tahun ni."beritahu dia pada aku.
"Alhamdullillah. Tahniah. Buat kerja betul-betul. Belajar tau." ingatan aku pada dia.
"Barang semua dah beli? Buku apa yang kurang? Karang masa recess kita beli." Aku masih cuba cari peluang untuk habiskan 20 minit yang berkualiti dengan Along di canteen.Tapi ...
"Tak apa la Yang. Dak Along sibuk. Ni kan dah jumpa.". Aduh! Abahnya dah bersuara :(
"Betul ek semua ada? Duit ada lagi tak" Macam tak logik je soalan aku tu sebab baru tiga hari sebelumnya aku berikan dia RM 175 untuk perbelanjaan dan pembelian keperluan sekolah dan duit belanja....
"Along tak keluarkan lagi pun duit dari koop. Lum perlu lagi. Semua cukup. Buku2 latihan pun kitorng sambung je dari buku tahun lepas punya.Ummi jangan risau. NAnti Along beli sendiri apa yang kurang tu. Along kan dah beso" huhuhuu.. TAk tahan betul hati bila dengau Along cakap macam tu....
Adden pun salam Along sambil kepalanya Along gosok... Along hulur tangan, bersalaman dan mencium tangan kami. Aku cium pipinya kiri dan kanan... Ops! Cikgu-cikgu yang dok dalam Staff Room tu semua dok pandang dan senyum....hehehehe... Biar 50 tahun pun umur diaorang, aku akan tetap cium anak-anak aku...
Babai Along... NAnti kita jumpa k... I love u! Muahsss!!!!
"Dah hilang sakit gigi?"soal Hubby Baby sebaik kami meninggalkan Sekolah Sains Sultan HAji Ahmad Shah Pekan.....ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh..... |
0 comments:
Catat Ulasan