CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 23 Januari 2011

Rindu Dia..

How can I not missing this boy???? A boy with 1000 characters!!

In all situations...



Hari ini, dah masuk 3 minggu aku tak jumpa dia.. Jangan tanyalah macamana hati aku.. Macam nak terbalik terguling-guling dah ni.. Hubby Baby kata "Tak apa la. Jumaat nanti kan dia balik..Sabau.." bila aku minta izin untuk pergi ke Pekan hujung minggu ni. Aku dengar suara dia seminggu sekali atau dua kali sahaja.. Aku ulang suara. SEKALI ATAU DUA KALI SAHAJA!!! Form 5 tak pergi lab. KAlau pergi pun ada class atau ada discussions... Aku tahu dia bercakap yang benar sebab aku tengok status kawan-kawan dia yg request aku jadi FB friend
Still the same face when he was small..
With his BFF..
My 2 heroes

diaorng pun x berubah dr the last status... "Kerja berlambak cam hape ntah! X de masa yang boleh nak buang dok online la Ummi.."kata dia bila aku tanya Jumaat lepas... Iyelah... F5.. SPM pressure kat budak2 SBP ni mmg dasyat.. His childhood friend pun wrote the same thing in her blog tadi.. She's in Seri Puteri, Cyberjaya..   Tambah-tambah lagi, sekolah along dapat 'naik pangkat' ke Sekolah Berprestasi Tinggi, a higher level... So, the pressure bertambah... Tak apa lah... Aku sokong dan doakan dia sentiasa, biarpun jauh dari mata tapi dia tetap dekat, tersangat dekat di hatiku....
I missed the boy in this photo too...
This used to be the small boy earlier.. He'd grown!But he's still my little brother....I pray for his best future too...

Jemput-Jemput Labu

Minggu sudah, Hubby Baby beli labu banyak. Sebijik setengah tu kira banyak le..Biasa aku beli setengah labu je... Dia nak minta labu masak lemak dan jemput-jemput labu... Aku tak pernah masak jemput-jemput labu..so tanya dia macamana nak buat.. Dia kata, labu kena kukus dulu...Yang lelain, sama cam jemput2 biasa aje..                                  


Jemput-jemput Labu


500 gram labu, dikukus dan dilecek hancur. Kalau suka, boleh lebihkan
  1. 500 gm tepung gandum tapi kalau nak guna tepung naik sendiri pun boeh jugak..
  2. 1 sudu makan gula pasir
  3. 2 sudu teh garam
  4. Air ikut kelembutan adunan...


  1. Aku biasanya akan kukus dahulu labu. Lepas dah masak, scoop ou tisi dia, lenyek then ketepikan kejap
  2. Bancuh tepung dengan gula dan air ikut suka.
  3. Masukkan gula dan garam.
  4. Kemudian, masukkan labu yang dah terkorban kena lenyek dan ratakan. Kalau adunannya terlebih lembut, tambahkan sedikit tepung... 
  5. Apabila minyak sudah cukup panas, jemput atau sudukan adunan tu tadi. 
  6. Goreng sampai jemput-jemput tu nampak keemasaan warnanya, bolehlah keluarkan dari kuali.Toskan.
  7. Makan kena suam-suam..baru terangkat! Buatkan lah pemakan-pemakan yang mengadap jemput-jemput tu dengan kopi 'O'. 
Memang terangkat! Sebab aku kena buat lagi satu adunan! Hubby Baby puas hati sungguh..Anak-anak, sampai hari ni masih request lagi...Alhamdullillah..

Sila le jemput mencuba jemput-jemput labu yang mudah sangat ni..

Mine..

私は、あなたが不足しています


そして、私は良いことです..



私は、あなたと一緒にいたい



場合にのみ私はできる!






This is a very memorable poem..
I wrote this short poem to my boyfriend loonngggg time ago... 
It was before I flew to Japan for my 4 months AFS Cultural Programme.
When I was there, I translated it into hiragana  with my foster sister's help...
Now, you can just google the words or sentence you want to translate!
If you want to translate the whole short poem, please google on your own...

Bingka Labu


Ahad lepas, Hubby Baby minta aku masakkan kuih berasaskan labu.Dia suka kuih-muih tradisional Melayu, dan aku terfikirkan bingka!.. Selain daripada labu masak lemak, aku tak pernah gunakan labu.. So, berposak la aku mencari resepi membuat bingka labu ni.. Seumur hidup aku, jangan kata bingka labu..bingka tepung pun aku tak pernah masak sendiri! Dok membeli aje... Rupanya, mudah sahaja membuat bingka..Jom tengok bahan-bahan dan cara menyediakannya...

Bingka Labu

A
5 biji telur
500ml santan
200 gm tepung gandum
180 gm gula halus
1/3camca teh garam
1 sudu teh esen vanilla

B
450gmLabu manis, kukus dan dilecek halus

  1. Satukan semua bahan-bahan A. Larutkan dan sebatikan.
  2. Tapis adunan.
  3. Masukkan labu lecek tadi dan ratakan hingga adunan tidak bergentel. Disini, aku gunakan blender.Kemudian baru aku tapis adunannya.
  4. Sapukan mentega pada acuan bingka yang berlubang tengah hingga rata.
  5. Pre-heat oven pada 200"C.
  6. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga tiada adunan yang melekat pada pisau atau garfu yang dicucuk ke dalamnya.
  7. Apabila sudah siap, keluarkan dan cool off rack dahulu sehingga ia benar2 sejuk.
  8. Apabila sudah sejuk, barulah dipotong. 


Rasanya... MARVELOUS! Tak caya? Cubalah buat.. Mulanya aku sangka mesti akan berlebihan dan boleh dijadikan sarapan esoknya tapi...LICIN!!!! X sempat 1 jam selepas ia benar-benar sejuk, hanya tinggal piring sahaja!

Kiwi Muffins


We have been scooping kiwis & eat them as they are. I never cooked anything using this sweet and sour important fruit. Since there were a bunch of them in the cooler, why not I make a difference, I thought... I googled for the recipe and found this...

KIWI MUFFINS

A
1 cup all-purpose flour (I used plain flour )
1/2 cup sugar
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp ground cinnamon
1/4 tsp ground all-spice (Don't worry if u don't have it)
A dash of salt

B
1 large egg
1/2 cup milk
2 tbs butter, melted (margerine will be just fine)
2 kiwi fruits, peeled and chopped
1/2 cup of raisins, or less, chopped 

  1. Combine all ingredients in A. Put aside.
  2. Beat ingredients in B together until it blends well.
  3. Stir B into A and mix them well.
  4. Fold in raisins . Then only fold in kiwis.
  5. Fill the mixture up to 3/4 of the muffin cups.
  6. Pre-heat the oven at 220'C.
  7. Bake them approximately 15-20 minutes.
  8. Makes 18 cups, depending on the size of the cups you use.
My children were not fond of Kiwi Muffins... because they have that sourly taste....


Walnut Muffins



It's Walnut Muffins now... It's the same as Vanilla Muffins. You could just add in some cinnamon and coarsely chopped walnuts. I threw in a lot of them... I really mean A LOT! And please remember to put aside a few perfect walnut for deco... All ingredients are the same as Vanilla Muffins's. If it's too much, just get half of the vanilla muffin's mixture to get ur walnut muffins done... At one shot, you get two types of muffins! That's easy isn't it?..


Walnut Muffins

4 cups flour
1 tbs + 2 tsp baking powder
1 tsp cinnamon powder
1 tsp salt
2 cups milk
2 cups sugar
2 large eggs
1 tbs vanilla essence @ 1 vanilla pod
8 tbs butter, melted & cooled off
2 1/2  cups (or less) of coarsely chopped walnuts
A few perfectly looking walnuts

  1. Combine and sift flour, baking powder, cinnamon powder and add in salt.
  2. In another bowl, whisk sugar, milk, egg, melted butter and vanilla essence.
  3. Pour the milk mixture into the dry ingredients and mix them well.
  4. Add in the chopped walnuts and mix well.
  5. Spoon in greased or paper-lined muffin tins. Put one whole walnut on top of each muffin mixtures.
  6. Preheat oven at 400'F @ 200'C. Bake them approximately 20-30 minutes.
  7. Makes 2 dozens of muffins, depend on the size of the muffin cups

Vanilla Muffins


 Upon request from my girls, I made these yummy vanilla muffins.....

Vanilla Muffins

4 cups flour
1 tbs + 2 tsp baking powder
1 tsp salt
2 cups milk
2 cups sugar
2 large eggs
1 tbs vanilla essence @ 1 vanilla pod
8 tbs butter, melted & cooled off

  1. Combine and sift flour, baking powder and add in salt.
  2. In another bowl, whisk sugar, milk, egg, melted butter and vanilla essence.
  3. Pour the milk mixture into the dry ingredients and mix them well.
  4. Spoon in greased or paper-lined muffin tins.
  5. Preheat oven at 400'F @ 200'C. Bake them approximately 20-30 minutes.
  6. Makes about 2 dozens of muffins, depends on the cup size.


(....)

Sabtu, 22 Januari 2011

Time is crawling...

Aku tak suka bila kena tinggal begini.. walau sesaat pun! Tapi bila terpaksa ditinggalkan, inilah pengorbanan namanya... Walau tak boleh nak dibandingkan dengan pengorbanan yang lebih besar dengan apa yang dilalui oleh Edira - Johan, Mymy - Dollah, Nor - Faisal dan yang lain-lain tu, sesaat berjauhan, rasa cam berjuta tahun tak jumpa!

Life is not measured by the numbers of breathe we take... but by the numbers of moments that take our breathe away.....and I am missing those breathtaking moments with you...:(

Tepek?!??!?!?!?!

Alamak! Sakit mata! Tengah kemas-kemas katil anak2 daraku, nampak pulak ada kertas yang herot-berot ditepek kat dinding bawah rak buku diaorang.. Memang sakit mata dari jauh!..
Alamak! Mata aku rosak ke apa ni?? Chis! Tak ngaku rabun jauh dah berpuluh tahun!
Aku pun pergi dekat.... La.... memotivasi diri sendiri rupanya dak Faeiqah ni... Alhamdullillah...
Akur teringat, aku dulu macam ni jugak.. Aku tulis cantik-cantik atas kertas dan aku masukkan dlm alas meja plastik meja aku dalam kelas. Kat tepi katil, aku ada jugak tepek kertas typing bertulis kata-kata semangat buat diri sendiri.
Tapi kenapa 7A?Sebab..kan FAeiqah sekolah cina... So, dia ada two extra papers, i.e. BAhasa Cina Kertas 1 dan Kertas 2. Sama aje macam BM..satu objective dan satu lagi essay... Tu yang dia tunggang-terbalik tiap kali dia buat karangan dalam Bahasa Cina tu...

Mudah-mudahan FAeiqah akan berjaya mencapai targetnya ni.. Nanti kita beli lagi buku-buku tambahan ye.. Kita sendatkan lagi rak-rak buku yang dah terlebih-lebih buku tu ye.. Dah berpuluh kali sedekah buku dan jual buku tapi rak2 tu semua tetap sendat!!!
Ummi dengan Abah sentiasa support kakak, serta doa kami sentiasa tak putus untuk keempat-empat sekali!

My New BFF...


Seminggu ni, hidup macam tak sempurna... bila card readerku dah 'expired'! 
NAk tunggu Hubby Baby lapang untuk ajak pi EC Mall sampai migraine! 
Finally, malam tadi, dia ajak pi ECM.. 
Dia kata "Tak sampai hati Abang nak pergi KL tinggalkan Olyn takde card reader.. Jom kita Maghrib dulu, then pi beli" 
Aku apa lagi! 
Disebabkan dia nak naik bas S.P. Bumi jam 1:30 am tapi aku lom pack lagi bag untuk dibawa, cepat aje aku bergerak pi mandi & solat... 
Dan dia belikan di Carrefour je sebab "Kita nak beli barang dapur sikit,kan?Kita beli kat sini aje. Tak yah lah gi atas." (Kat tingkat paling atas EC Mall tu tempat semua kedai komputer & accessories nya) 
Dalam display table, hanya ada card reader jenis ni aje... 
Ada slot untuk enam sizes. Murah aje..RM24 je.. Tapi aku punya mestilah pinkish! Ala-ala kewanitaan gitu! Walaupun murah, tapi it makes my days merrier :P

Jumaat, 21 Januari 2011

 I had just started my fourth novel, I should say! I used to see the writer's name in the magazines but never had the interest to read anything he wrote. What a jerk am I! 
From a few forums I went through, he is a writer and a motivator. 
I can't say much as this is his first novel I ever read (of course it's the first!It's my 4th novel, you guys!What do you expect??) But have a sight of the synopsis. Hope this novel is good!

Doa Buat Suamiku by Sri Diah

Officially, this was my second malay novel and I am proud of myself!.My Hubby Baby cynically smiled at me when I started to read my second novel!  Well...it's not as good as Ketika Cinta Bertasbih. Every new chapter forced me to guess it's about which character. Is it Hazwani or Datuk Munir? MAybe it's Iskandar or Ridhuan? Or is it Junainah? Ain ? Datin Muny? But still it's a good novel to read... If you are thinking of reading it, take a peep at the synopsis Doa Buat Suamiku.

Ketika Cinta Bertasbih


I wasn't a fan of malay novels during my novel-addicted years.. I only read novels which I have to for my SPM (  Sorry. Seriously I can't remember the title ...) written by A Samad Said. The second novel was for my STPM ( same case here...Sorry...) 
But my second daughter, Faeiqah reads three languages of novels since 2007, when she was only in her Year 3 of primary. As time passes by, I felt so shameful to my children who are better in Malay and they really knocked by these malay novels. They can read 24/7 and they learned many bombastic words from these novels. 
Last December, I started to learn to read and like these malay novels which was a taboo for me. I went to the State Library, Jalan Gambut and spent an hour, just to read the synopsis of randomly chosen novels from the shelves. Actually, I only took four books! It was hard for me.. Trust me! 
After reading the synopsis, the prefaces and the mid chapters, I took  "Ketika Cinta Bertasbih by HABIBURRAHMAN ( a well-known Indonesian writer) as my first step to be a malay novel reader.  
Actually, I just want to be on the same track as my children but I won't admit it... 

Chapter by chapter I went through. I was amazed! It's a romantic novel in an Islamic way... And I gained so much from it. From the  synopsis it sounded very bold but once you start the engine, you will see a beautiful scenery there...  And now I understand how love in Islam is so beautiful when you live by it.

The Nyonyas..

Setiap hari, selama 20 minit aku pandu kereta pulang ke rumah selepas menjemput anak-anak dari sekolah... Samada diaorng balik jam 1.10 tghari ataupun jam 6 petang selepas kelas tambahan atau koku, mereka akan duduk bercerita ataupun berbual...atau mengumpat????? 
Aku tak faham sebab 
                                
              我不明白他们所谈论
                              I do not understand what they are talking!

                  难道他们说了我什么事?
                                            Did they said something about me?


         您好!您好!英语请!或者至少,用你的母语!             
             Hello! Hello! English please! Or at least, use your mother tongue!
              But they keep on talking like nyonyas with perfect mandarin dialect! Kalau tak perfect pun, dah hampir dah tu....


        Tension gue!   

Makmum Kat Mana ek?


Pertama kali aku berjemaah dengan suami dirumah, aku terasa malu kerana aku tidak tahu dimana sepatutnya makmum muslimah sepatutnya berdiri....  Zaman itu, internet baru diperkenalkan di Malaysia dan tiada capaian yang mudah sebagaimana sekarang..Jika ingin mencari ilmu pun melalui buku-buku ataupun bertanya kepada yang lebih memahami bab-bab agama.. Kalau tak pun, "Yang, tolong bentangkan sejadah sementara Olyn pakai telekung ni" .. Masa itu, zaman jahiliyahku, nak mengaku malu la pulak... Ish! Malu pada manusia tp x malu pada Allah pun. Tapi, itu masa tu.. Sekarang, dah berubah dah... (^-^) 


Mudah-mudahan panduan yg ada ini, membantu semua yang singgah di blog ini. Ilmu yang ada,kita kongsi bersama. Insyaallah ada keberkatannya....

Rabu, 19 Januari 2011

Bahagianya....

Along suka peluk Addeen erat-erat.....
Awal pagi tadi, sebagaimana rutin, anak2 bersalam tangan, mencium dan memelukku di pintu rumah sebelum ke sekolah. Ketika mereka berjalan ke kereta, aku menyalami tangan Hubby Baby, **** dan ku peluk dia erat-erat.. Sementara itu, anak-anak sudah pun bersandar di dalam kereta, di tempat masing-masing. Aku sekadar melihat dari pintu rumah, menghantar mereka dengan pandangan mata dan lambaian sahaja. Tiba-tiba..

Addeen: "Ummi, I love you!" terdengar suaranya nyaring...
Aku: I love you too!! Aku balas jeritannya..

BAtrisyia: "Ummi! I love you! Muahs!" jeritnya sambil melayangkan ciuman buatku.
Aku: "Ummi loves you too!!" balasku padanya sambil mata mengiringi kereta yang sudahpun bergerak menuju destinasinya. Kelihatan Faeiqah melambai-lambai dengan tersenyum kepadaku...

PAbila anak-anak mengucapkan sayang kepadaku, aku amat amat bahagia. Tak terkata dan tak mampu aku nak bayangkan kebahagiaan itu. Kalaulah Along ucapkan ia padaku sekerap dia semasa kecil dahulu, kebahagiaanku akan lebih sempurna...

Along, Kakak, Adik dan Addeen...

Kasih sayang Ummi pada kalian tak berbelah bagi. Biar apapun yang berlaku, kalian tetap menjadi tunjang jantung Ummi. Ummi rindu kalian semua setiap kali kalian melangkah meninggalkan rumah, waima ke sekolah sekalipun..... Sebagaimana rindunya Ummi kepada Abah sesaat Abah hilang dari pandangan mata Ummi...



Kini aku semakin faham isi hati Ibuku yang sering merindui anak-anaknya ....


Oh! How I miss Along!! It's been 2 weeks since I last saw him....

Isnin, 17 Januari 2011

Kau Pergi...

Kurang dari dua minggu lepas aku mula ikuti blog http://masafzal.blogspot.com/ ini kerana catatannya disiarkan di dalam http://www.iluvislam.com. Aku jadi followernya kerana dia seorang yang tabah dan positif dalam menerima dugaan Allah yang amat berat. Saban hari aku buka bolgnya untuk mengikuti perkembangannya yang menderita Hodgkin Lymphoma. Pagi ni, melayari blognya, aku mendapat khabar bahawa penulis blog ini, Mas Afzal Masarudin telah pulang ke rahmatullah pada 18 December, 2010.


 “Tiap-tiap jiwa (yang bernyawa) akan merasakan kematian.” (Qs. Ali ‘Imrân [3]: 1


Al-Fatihah buat rohnya. Semoga arwahnya ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa di alam sana. Untuk keluarganya, terutama Mama Afzal, moga kalian tabah menerima ketentuan Allah.

Klik  http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/1120-ibu-yang-tidak-pernah-kecewa.html unutk baca catatan arwah Afzal.

Ahad, 16 Januari 2011

Sibuknya Mereka!

Faeiqah , Batrisyia dan Addeen...tiga nama yang memiliki 1001 karektor yang tersendiri.. Tetapi mereka mempunyai rutin harian yang hampir sama dalam segala hal. Mereka akan mula membersihkan diri pada jam 6 pagi. Selesai berpakaian lengkap, mereka akan menunaikan solat Subuh. Kemudian, mereka angkat beg-beg sekolah (setiap seorang membawa 2 buah beg yg padat diisi dengan buku2 dan kamus.) serta meletakkannya di tepi pintu. Ianya memudahkan Abah mereka mengangkat beg-beg untuk dibawa masuk ke dalam kereta.

Aku hanya menanti mereka di meja makan, menemani mereka bersarapan dengan Abah. Seusai minum air milo ataupun susu serta hidangan ringkas yang aku sediakan, mereka menyalam tanganku yang halus bak sutera, mencium kedua belah pipiku yang gebu dan kami saling berpelukan sebelum aku mengucup ubun-ubun kepala mereka serta berpesan "Belajar ye sayang".

Seawal 6.45 pagi, mereka sudah memulakan perjalanan buat hari itu. FAeiqah akan duduk tenggelam di dalam dunianya sendiri, membaca novel yang memang sentiasa akan dibawa dan diletakkan di dalam kereta Abah. Batrisyia pula akan rancak berbual dengan Abah dan Addeen pula, kadang-kala dia akan menyambung semula tidurnya sebelum sampai ke sekolah. Jika tidak pun, dia akan bersama berbual rancak dan bercerita dengan Batrisyia dan Abah.

Sesampai di pintu masuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min, Faeiqah dan Batrisyia akan bersalaman dengan Abah dan terus ke dewan sekolah. Jam 10.20 pagi, mereka akan bersama-sama duduk di kantin sekolah dan menghabiskan bekalan yang aku telah sediakan.

Addeen pula, dia akan dihantar ke Affan Little Muslim Pre-School di Taman Pelindung Bayu, Beserah yg jaraknya kurang daripada satu kilometer dr sekolah kakak-kakaknya. Selesai menghantar anak-anak, Abah akan terus pandu kereta ke tempat kerjanya di Gebeng.

JAm 11.45 pagi, aku pandu kereta ke Affan untuk menjemput Addeen yang akan keluar jam 12 tengahari. Biasanya bila aku sampai, Addeen akan keluar dari sekolah dengan diiringi guru kelasnya. Dan menjadi kebiasaanku, aku akan bertanya tentang perkembangan Addeen di sekolah dr gurunya sekejap sebelum ke sekolah kakak-kakaknya pula.

Jam 12.10 tengahari, aku dan Addeen akan duduk di dalam kereta, menunggu waktu sekolah SJK(C)Kong Min tamat jam 1.10pm. Setiap hari, aku akan pastikan aku membawa buah-buahan dan susu sebotol untuk Addeen. Sambil-sambil itu, aku akan melayan Addeen bercerita tentang aktivitinya di sekolah. KAdang-kala dia akan bercerita sampai kakak-kakaknya keluar dari sekolah! 50 minit bercakap dan bersoal-jawab dengan aku! Ada masa, pening jugak aku dibuatnya!Tapi sesekali aku bawa sekali kereta-kereta mainannya supaya dia tak ganggu aku dikala aku tidak berapa sihat atau aku ingin menghabiskan bacaan novelku..hehehehehehe... Kejamkah aku????


Sebaik sahaja FAeiqah dan Batrisyia memasuki kereta, aku terus menyusuri jalan pulang ke rumah kami. 20 minit memandu, kami sampai. Ketiga-tiganya  terus gantung baju sekolah masing-masing (selalunya aku kena ingatkan jugak walaupun itu adalah rutin mereka sejak dari umur 5 tahun lagi!) , mandi, solat Zohor dan makan tengahari di hadapan TV. Alasan mereka "Masa ni aje kitorang bole tengok tv." Betul juga kata mereka sebab jam 2.30 petang, masing-masing sudah siap untuk ke KAFA As-Syakirin. Hanya FAeiqah sahaja yang tinggal dirumah menemaniku kerana dia sudah tamat kelas KAFA tahun lepas selepas tamat UPKKnya. Tempoh yang ada, dia gunakan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahn dan melipat baju-bajunya.

Selesai solat Asar, Faeiqah pula bersiap untuk pergi mengaji Al-Quran di  dengan Ustazah Fadijah di KAFA yang sama. 5.30 ptg, aku hantar dia ke KAFA. Disana dia akan mengaji diikuti dengan adik-adiknya yang selesai KAFA jam 5.45 petang. Abah yang pulang dari kilang jam 5.30 petang akan terus ke KAFA yang dijalankan di Masjid BAndar Damansara Kuantan, bersolat Asar disana dan terus membawa anak-anak pulang ke rumah jam 6 petang. Mereka akan bersenggang dan bersedia untuk Maghrib sebelum makan malam sebaik selesai solat Maghrib. Dan kemudian, menyelesaikan kerja-kerja sekolah serta tidur jam 9 malam.

Setiap Sabtu pula, Faeiqah dan Batrisyia menghadiri kelas tambahan di sekolah serta menyertai aktiviti ko-kurikulum sehingga jam 12.30 tengahari. Ahad pula, mereka menghadiri kelas Tahfiz di masjid dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang...

Kasihan rasanya pabila melihat wajah-wajah  keletihan yg tidur nyenyak di bilik mereka. Zaman aku dahulu, masih ada masa untuk bermain basikal dan bermain masak-masak bersama kawan-kawan. Aku masih ada masa untuk mencari dan mengumpul setem  serta membaca novel di hujung minggu serta menulis surat untuk boyfriend yang dok kat Kerteh masa tu! Siapakah dia??????.... Mereka sekarang lebih sibuk dari kita semua!

Sabtu, 15 Januari 2011

Nilai Tudung Seorang Wanita


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian...



*Credit: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=178925688796227&set=a.173559182666211.34737.100000363925414 

Rabu, 12 Januari 2011

DOA SUPAYA TIDAK BERPUTUS ASA

 
"Ya Rabbku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdo'a kepada Engkau, ya Rabbku."(Surah Maryam ayat 4)

Sebagai hambaNya, kita jangan sekali berputus asa dengan dugaan dariNya. Insyaallah, ada hikmah disebalik semua yang Dia turunkan buat kita...

Selasa, 11 Januari 2011

Share Them...

I need sometime to post recipes to share with others... When??????
Just sit tight & watch me.....

Share Them...

I need sometime to post recipes to share with others... When??????
Just sit tight & watch me.....

Eye to Eye Meeting..

Kan hari tu aku kata nak ke sekolah Along di Pekan.... so last Thursday aku dan suami meredah hujan lebat memandu ke Pekan...Bandar Diraja. Perjalanan hari tu ambil masa lebih sejam! Biasanya 50 minit je... Tapi sebab hujan lebat betul, sampaikan x nampak jalan! Jarum meter di dashboard kereta dok kat 70km/j je.. Ada masanya turun lebih rendah lagi.. TAkpe..janji selamat sampai..
Bila berurusan dengan sekolah asrama penuh ni, ada procedure yang nak kena ikut.. Tak la boleh diredah aje... Aku kena daftar dalam Buku Daftar Pelawat dan beritahu Pak Guard di entrance sekolah apa urusan yang nak dibuat. Then terus ke Pejabat Sekolah di bangunan AMAL ...
BAngunan AMAL dimana terletaknya Pejabat Sekolah dan Bilik Guru bersebelahan sahaja...
Aku berurusan dengan kerani sekolah untuk tuntutan insuran dan beritahu mereka tentang temujanji Along di Hospital Pekan yg letaknya sejauh sebatang parit besar dari pagar sekolah..hehehehehe.... Tapi akhirnya Along tak pergi kerana terlupa dek kesibukannya dan Ibu Zainon (person  incharge of student's medical issues ) pun terlupa dek kesibukannya juga kot... Apa nak buat kalau dah masing-masing terlupa...
Hospital Pekan yang baru.....

Selepas tu aku berurusan pula dengan guru tingkatan Along, Puan Nur Haslinda. NAk bayar lagi Yuran Asrama yang masih berbaki bagi tahun 2011 ini. Hari tu aku hanya bayar untuk satu semester sahaja.. Bila difikirkan kembali, kasik settle je semua, senang. Lagipun, sambil bayar tu aku bolehlah curi masa sedikit berbual tentang Along dengannya. Puan linda mungkin perlukan beberapa minggu untuk kenal perwatakan dan sikap Along(satu kelas ada 25 orang murid sahaja..). Untuk mudahkan dia, aku kenalkan siapa Along pada dia.. Aku ni bukan jenis parents lain yang hanya bercerita tentang kebaikan anak sahaja.. Aku juga akan beritahu gurunya tentang the other side of my son... setakat yang aku tahu. Kalau yang aku tak tahu, aku suka dan terima jika ada yang beritahu pada aku... Aku tak expect banyak dari Puan Linda sebab aku faham tugas seorang guru yang perlu menghadapi 1001 karenah students, paperworks dan kursus @ meeting yang perlu dihadiri. Yang aku pinta cuma sedikit perhatian buat Along yang akan menghadapi SPM penghujung tahun ini. Aku juga x letak target aku untuk Along tapi aku berpaksi pada target Along sendiri. 

Bangunan ILMUdimana terletaknya semua kelas Tingkatan 5. Kenapa? Mungkin mudah diperhatikan kerana berdekatan dengan Pejabat dan berhadapan dengan Bilik Guru.

Selesai berurusan dengan Puan Linda, aku minta izin untuk berjumpa dengan Along semasa rehat di kantin sekolah. Aku faham, pelawat tidak dibenarkan berjumpa dengan murid semasa sessi persekolahan. Kalau hari Sabtu pun, kami boleh melawat mulai jam 1 tengahari hingga 6 petang sahaja. Kalau datang awal, memang akan diminta beredar dulu la jawabnya!
Hubby Baby pandang jam tangan.. "Alamak! Ni baru pukul 9, Yang! Laqma nak tunggu. Nak tunggu gak ke?" Chis! Ada ke dia tanya gitu kat aku! Hati aku dah berbunga-bunga dah nak jumpa anak ni!
"Ala Yang, kita tunggu le recess kejap. Dapat minum dengan dia pun jadilah. Dapat cium dia pun, jadilah. Boleh ek?"Rayuku dengan muka tersengeh-sengeh dan mata berkelip-kelip... ;P
"OK" ...Alhamdullillah....

Aku dan Hubby Baby pun pimpin tangan Addeen..Ingat nak pergi duduk kat canteen la dulu, sambil dok jeling kelas dia di tingkat paling atas bangunan ILMU tu..
Tiba-tiba, "Ha! Tu Along!" Hubby Baby bersuara..
Aku pandang kedepan dan tersengeh memandang anak aku yang kelihatan segak berbaju sekolah dan bertali leher berserta kasut hitam yang tersarung di kakinya. Dia pun tersengeh bila nampak kami.. Aduh! Dah lama aku tak tengok dia memakai uniform sekolah..sejak dia memulakan persekolahannya di SHAH Mac tahun lepas.
Tangan aku dan Abahnya disalam serta dicium betul-betul dihadapan Bilik Guru .
"Along sihat? Kang kita jumpa kat canteen masa recess k..Ummi tunggu kat sana je" Kata aku.

""Recess? Alamak.. Along rasa tak sempat pergi canteen kot. Kerja banyak ni."
"Ummi, Along dapat jadi Ketua Kelas lagi tahun ni."beritahu dia pada aku.

"Alhamdullillah. Tahniah. Buat kerja betul-betul. Belajar tau." ingatan aku pada dia.
"Barang semua dah beli? Buku apa yang kurang? Karang masa recess kita beli." Aku masih cuba cari peluang untuk habiskan 20 minit yang berkualiti dengan Along di canteen.Tapi ...

"Tak apa la Yang. Dak Along sibuk. Ni kan dah jumpa.". Aduh! Abahnya dah bersuara :(
"Betul ek semua ada? Duit ada lagi tak" Macam tak logik je soalan aku tu sebab baru tiga hari sebelumnya aku berikan dia RM 175 untuk perbelanjaan dan pembelian keperluan sekolah dan duit belanja....
"Along tak keluarkan lagi pun duit dari koop. Lum perlu lagi. Semua cukup. Buku2 latihan pun kitorng sambung je dari buku tahun lepas punya.Ummi jangan risau. NAnti Along beli sendiri apa yang kurang tu. Along kan dah beso" huhuhuu.. TAk tahan betul hati bila dengau Along cakap macam tu....

Adden pun salam Along sambil kepalanya Along gosok... Along hulur tangan, bersalaman dan mencium tangan kami. Aku cium pipinya kiri dan kanan... Ops! Cikgu-cikgu yang dok dalam Staff Room tu semua dok pandang dan senyum....hehehehe... Biar 50 tahun pun umur diaorang, aku akan tetap cium anak-anak aku...

Babai Along... NAnti kita jumpa k... I love u! Muahsss!!!!

"Dah hilang sakit gigi?"soal Hubby Baby sebaik kami meninggalkan Sekolah Sains Sultan HAji Ahmad Shah Pekan.....ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh.....

Isnin, 10 Januari 2011

His New School..

Hari ni Addeen mula sekolah selepas hampir 2 bulan bercuti.. Selepas 2 tahun di Pintar Ilmu Kindergarten , tahun ni mula dididik oleh guru2 yang baru di sekolah yg baru..



Seawal 6 pagi Addeen dah bangun, mandi dan sarapan.... Tu yang muka poyo je...

AFFAN LiTTle MusLims pre-SchOOl (ALMpS)... Dah 2 tahun aku cuba masukkan dia ke sini... Very limited intake dan kena booking dulu tempat... So, awal Oktober 2010 aku dah bayar booking. Itu pun hanya tinggal dua tempat kosong aje..huhuhuu.. Rezeki Addeen la tu..


Sekolah ni aku berani recommend kat semua orang sbb dah lama beroperasi dan anak2 didikan mereka pun berkualiti... ALMpS ada satu cawangan di Balok tapi aku prefer main branch di Pelindung ni. Lagipun, dekat saja dengan SJK(C) Kong Min, sekolah kakak-kakaknya.. Senang sikit Hubby Baby nak hantar dan aku nak jemputnya anak-anak dari sekolah...
                            AFFAN LiTTle MusLims pre-SchOOl... dari corner...
Parents tak dibenarkan tunggu anak-anak sepanjang waktu persekolahan... Aku hanya dapat hantar Addeen di tempat letak kasut tu dan kemudian cikgu dia take over...So, no pics dlm kelas..huhuhuu..
From a wider view... Nampak tak undershade area di tepi? Tu tempat anak-anak didik mereka makan @ dining area.
Waktu sekolah bermula dari jam 8 am dan tamat tepat jam 12 tengahari... Meaning aku dan Addeen akan duduk dalam kereta menunggu Faeiqah dan BAtrisyia selama sejam... 

 Addeen ceria sungguh bila kami sampai....The first sentence from him was "Addeen suka sekolah ni.. Seronok la sekolah baru Addeen ni, Ummi!"

Jom pi masuk kereta dulu... Dalam kereta boleh cerita kat Ummi ngan Abah, k...
KAmi lega sebab dia memang seronok berada dalam kelas 6 Mango dibawah didikan Cikgu...alamak! X ingat lak namanya..... Esok kena tanya nama cikgu.... Hehehehehe...:D

HArapan kami, dia akan membesar menjadi muslim yang sejati dan soleh. This is our 2nd step leading to it.. insyaallah.... 

Dinner For Today??


Hubby Baby: Yang.. Malam ni kita nak makan apa?
Aku: Abang nak makan apa?
Hubby Baby: Kita buat sandwich nak?
Addeen (out of nowhere menyampuk): Kita buat sandwich macam pagi tadi nak? Yang ada macam hotdog tapi nipis-nipis je tu..(merujuk kepada sliced chicken sandwich pieces). Addeen kan suka yang itu...

Hubby BAby: Kita buat sandwich sardin nak?

Dan dia terus berlalu pergi ke dapur sementara aku masih dok ngadap lappy ni...

Aku terbau sesuatu yang harumm.. Bangun & ke dapur...
Biasanya aku akan sapukan butter dulu tapi....Tanpa butter, Hubby Baby terus letak cheese sekeping....

Ni sebelum aku hulurkan kepingan cheese pada dia.. Sian dia terpaksa potong2 cheese dia...

Ni le hasilnya... Dia x mau guna sandwich maker yg dah umur 18 tahun tu.. Dia nak guna yg dah 4 tahun dok dlm kotak...

Thanks Yang for making soft sandwiches, instead of the crispy ones.. Sian org yg x boleh cabut gigi ni...

Mahu Tapi "MALU"

 MAlam Sabtu lepas, kami dok depan TV tengok cerita hantu.. Anak-anak ni le yang nak sangat tengok...
So, Hubby Baby pun bukaklah cerita
PHOBIA 2.... Citer seram Siam.... 

MAsing-masing siap le dengan bantal dok depan TV... NAk tahu macamana diaorang tengok cerita seram @hantu????
Tengok sebelah mata.... Hahaahhahahahahahahaa!!!!!! Ada lagi gaya wajib bila tengok cerita-cerita seram aka hantu ni.....

 Dia hanya tengok dari celahan 2 tangannya sahaja! Hehehehehehe... MAsalahnya...bukan sorang je macam ni.. YAng lagi 3 tupun sama....Kenapa tiga plak? Along mana ada kat umah???BAk kata NAbil..Lu pikir le sendiri!  Anak sapalah ni! Sapa ntah dia ikut agaknya ek??? (Cheh! TAnya konon!)