CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 29 Mei 2011

Bagaimana Kami Kekal Bahagia?

Hari ini genap 18 tahun kami mengharungi kehidupan bersama. Aduhhh... Terlalu banyak kemanisan yang diselitkan dengan kepahitan yang telah kami lalui dan setiap saat bersama mengukuhkan lagi hubungan dan cinta kami. Ada yang kami kongsi bersama ahli keluarga dan ada juga yang hanya dikongsi kami berdua. 
Ibu dan arwah Ayah telah bersama selama  30 tahun sebelum arwah  menghembuskan nafas yang terakhir... Dan Ibu masih kekal merindui arwah Ayah sehingga ke saat ini. Ibu masih tersenyum mengingati saat manis mereka bersama dan masih menitiskan air mata merindui kehadiran arwah disisnya.

Kehidupan dengan Hubby Baby banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Dia juga yang banyak mendidikku erti sebuah kasih sayang. Dialah yang memberikan dan melimpah-ruahkan cintanya kepada aku dan anak-anak...
Kami bahagia dengan limpahan kasih sayang dan cintanya. 

Aku pernah percaya bahawa wang akan memberikan kebahagiaan dalam kehidupan. Tapi perkahwinan ini telah membuktikan wang bukanlah punca kebahagiaan sebuah kehidupan. Kebahagiaan rumahtangga yang kami bina ini bersandarkan kepada kasih sayang dari Allah, cinta dan kasih sayang antara satu sama lain, komunikasi, kepercayaan, tolak-ansur, dan perasaan saling memahami. Kelihatan amat sukar tapi terpulang pada kita untuk memudahkan segalanya.  

  

2 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆

selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 18 buat akak dan ur husband...bukan senang nak kekalkan sesebuah perkahwinan...semoga kekal hingga ke syurga insyaAllah @____@

Cool Lean

Terima kasih Ayu. Ameen3X..... Bukan senang nak sampai ke umur ini sebenarnya.. Terlalu banyak kepayahan dan kemudahan yg kami lalui bersama... TApi dengan sikap sabar dan tenang mengahdapi semuanya, Insyaallah, kita selamat bersama...

Catat Ulasan