Kerana mesyuarat AJK PIBG dan tiada kelas tambahan dan ko-ku di sekolah, kami angkut semua anak2 ke Pekan... Tapi hanya Hubby Baby aje yang bermesyuarat.. Along pula memang ada kelas sehingga 12:30 tengahari..so, kami berempat pusing-pusing satu bandar Pekan mencari kedai untuk bersarapan..
Habis aje sarapan, Faeiqah minta tambah lagi sekeping roti canai, Batrisyia dan Addeen pula tambah lagi roti telur. Aku rasa sangat tergugat, so "Dik, buatkan akak lontong satu..." dengan senyum... "Bungkus ke kak?" si gadis Kemboja tu bertanya.. "Bukan bungkus.. Makan ye.." Aku senyum lagi... Korang senyum aje ye...
Dengan penuh perasaan Addeen menghabiskan roti telur yang kedua...
Lepas tu, cari tempat yang dah lama aku tak lawat... Kat mana tu???
|
|
|
|
|
\/
Pasar borong tudung dan pakaian!!! Tengoklah lambakan tudung!
Aku mencari tudung untuk gantian tudung lama... Hubby Baby kata dah sampai masanya aku turunkan semua tudung lama saiz M kepada anak-anak...Dan sampai masanya juga aku kekal dengan tudung size L setiap masa.... Gumbira mak!
Tengok tu! Tiga beranak cuba mencapai tudung yg cantik-cantik tu... Murah sangat kat sini..Separuh harga dari tudung-tudung jualan para sahabat, jiran dan di websites!
Aduh.... Rambang mata la plak! Jngan marah! Siap dok atas kerusi kenit lagi!
Dah lama aku cari tudung kelabu size L .. Selalunya ada size M sahaja.. Kalau ada pun, harga antara RM45- RM60 kat pasar malam!
Mamat Ben10 yang handsome ni sudah letih dan pening melayan Ummi dan kakak-kakaknya memilih tudung!
Cantik jugak tudung putih ni.. Batrisyia mahu tapi ni size L.. Dok mencari size M, xde la plak...Takpe eh Dik.. Lain kali kita cari lagi..
Walau macamana pun, sulaman di tangan tu yg paling aku suka! Eh! Apa kaitan plak ni?? Saje je..hehehehe
Tokey tengah kira... Ben10 ni plak tengah blebe kat Umminya! Cheh! Lorat sungguh!
Dak Batrisyia pun dah boring sebab Ummi ni lama nau memilih tudung!
Hello! Bukan salah Ummi memilih tau! Salah tokey tu le dok lambakkan tudung depan kami!
Ni aku yang kitai semuanya! Elok-elok dalam plastik, semua aku keluarkan! Tapi kita ni kan pembeli...mestilah nak memilih.. Yang pi kasikkan plastik-plastik tudung bertimbun tu wat apa kalau bukan untuk dikitai ????
Wang di'bekal' oleh Hubby Baby hanya RM150. Breakfast tadi dah dekat sembilan belas.. Ada la kat dalam poket RM131... Ni kes tak bawak purse la ni! Tertinggal kat rumah! Ssshhhh! Dendiam aje.. Kita-kita aje yg tahu aku memandu keliling Pekan tanpa lesen dan IC!
Dengan confident, "Dik, kira ni! Harga adjust le lagi... pat lai size L, ge lai size M.. "
Dengan confident, "Dik, kira ni! Harga adjust le lagi... pat lai size L, ge lai size M.. "
"133?? Err... Dik kejap ek! Akak ada 131 aje ni.. x leh kurang lagi ke??"
"Dah habis kurang dah ni kak.."
Dalam kepala... Takkan nak SOS Hubby Baby? Dia tgh meeting! Lagipun keta ada kat kita! Mmm... Eh!
Dalam kepala... Takkan nak SOS Hubby Baby? Dia tgh meeting! Lagipun keta ada kat kita! Mmm... Eh!
"Kejap ek Dik..Akak gi ambik duit dalam keta jap" walaupun keta dok parking kat depan Sekolah Ahmad tu! Berpeluh nak gi kat keta ni!
Dalam Pasar Tani Sabtu Pekan dan Pasar Borong Pekan tu, aku sesat mencari arah .. Dok jenjet-jenjet nak cari Sekolah Ahmad! Heheheheh... Sesat barak! Bila dah jumpa, ambik dulu dua hengget yang tersimpan dalam lopak keta dan terus aku drive kereta ke tepi padang bola bandar Pekan supaya dekat sikit dengan Pasar Borong tudung...tapi, tak ingat lak kat mana khemahnya! Semua nampak sama aje..Khemah tudung dan jubah di setiap penjuru.. Macamana nak cari?? Kena cari arah Pasar Tani la pulak! Sbb ianya sebelah Pasar Tani sahaja! Mata melilau dan makin pening mencari.. Anak-anak ada kat khemah tu tadi! Risaunya! Tetiba ..."Ummi! Lamanya Ummi ambik duit!" Lega! Dah terbabas rupanya...
Bayar utang 2 hengget tu, terus nyusur ke kereta.. "Ummi, haus la. Panas.."
Siannya ... tapi "Ummi takde duit dah ni! Dalam keta tadi tu aje duit yang ada.. Kita gi ambik Abah kat sekolah Along k..Pas tu kita gi makan ngan minum kat KFC!"
Aduh mak.. Mabuk sungguh tengok tudung! Jom pergi lagi! Hehehehehe...
Bukan senang nak dapat tudung separuh harga pasaran runcit tau! Sampai mabuk aku dibuatnya pepagi buta!
Aduh mak.. Mabuk sungguh tengok tudung! Jom pergi lagi! Hehehehehe...
Bukan senang nak dapat tudung separuh harga pasaran runcit tau! Sampai mabuk aku dibuatnya pepagi buta!
0 comments:
Catat Ulasan