CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 12 Mei 2011

Kalau demam, apa nak buat???



Kalau ke sekolah, kenalah pakai baju..hehehehe
Masa kekecik dulu, kalau budak-budak demam, mesti orang tua kita selimutkan kita setebal mungkin dengan tuala basah di dahi... Kita jugak dilarang daripada mandi.. Dan kita taat aje pada apa yg mereka suruh..dok dendiam!

Bila aku memiliki anak sendiri, lain pulak cara yang aku lakukan.. Atas nasihat Hubby Baby juga, aku akan mandikan anak sekerap yang mungkin. Memang menangis la dia... merayu-rayu supaya tak dimandikan... Tapi Umminya ni kan ke degil.. Buat pekak telinga aje... Selain itu, aku akan tekap tuala basah (tepid sponging) di setiap celahan dan permukaan badan anak.. Dan dia akan aku letakkan dibawah pusingan kipas yang ligat serta tanpa berbaju.. Kakau dah besar, aku pakaikan baju yang nipis sahaja... Bila dah ada air-con dalam rumah, yang demam akan disuruh duduk dalam salah satu bilik yang berair-con...

Pastikan tak ada payung dalam bilik mandi korang!
Ramai yang kata aku kejam... Tapi tahu tak apa yang doktor-doktor akan buat pada baby yg demam? Masa Along baby, dia dirawat oleh Dr Zainal Abidin, pakar kanak-kanak di Straits Hospital dan kini di Hospital Putra, Melaka. Bila temperature terlalu tinggi, Along akan dilap dengan tuala dan kemudian dimandikan oleh misi-misi disana atas arahan doktor. Setiap kali Along demam , Dr Zainal juga akan ingatkan kami untuk mandikan dia dengan air paip sahaja...

Sampai sekarang, pakar kanak-kanak adik-adiknya, Dr Siti Nor (Kuantan Specialist Hospital) akan tegur jika berbaju sejuk ke clinic.... Ada orang tua yg masih marah pada aku melihat cara aku dan Hubby Baby merawat anak2 kami yg demam panas... Tolonglah jangan marah.. Apa yg kami buat adalah untuk kebaikan anak-anak kami juga..serta anak-anak lain yg kami sampaikan cara ini kepada ibubapa mereka... Tak percaya???

Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya demam adalah drpd percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yg demam itu dgn air,atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.
 Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:Apabila salah seorang drpd anda demam,hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pd waktu sahur. 
 Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:Apabila salah seorang drpd anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian drpd api neraka,hendaklah memadamkannya dgn air sejuk.Hendaklah berendam dlm sungai yg mengalir,mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi drpd 9x InsyaAllah..

Tapi, ada caranya.. Mulakan jirusan air dari hujung kaki. Kemudian perlahan-lahan kita jirus lagi sampailah ke kepalanya... Bila dah sampai kepala, aku akan dudukkan anak dibawah pancuran air beberapa minit... Memang ..bibirnya akan agak biru dan menggigil-ngigil menangis.. Tapi pekakkan telinga dan keraskan hati aje! Aku sanggup buat apa saja supaya anak-anak sihat!

0 comments:

Catat Ulasan