|
Tenangnya SHAH.. Xde bunyi pun walaupun ada lebih
dr 650 orang yg ada dalam bangunan2nya...
|
Hubby Baby ada meeting di SHAH pagi tadi..Since dia dah nyatakan kehadirannya hampir 3 minggu lepas pada Setiausaha, nak tak nak dia terpaksa pergi..Terpaksa deal dengan big boss.. Lagipun Ajk meeting yg lepas dia tak dapat pergi sebab kesibukannya bekerja juga... So, aku ambil peluang untuk ikut sekali.. Anak-anak pun ikut sebab hari ni kelas tambahan pun takde kat sekolah diaorang... Ada chance jumpa anak! Sayangnya, Along ada class sampai 12:30 tghari.. So, kami berempat pergi
memabukkan diri di awal pagi Sabtu... Selepas tu, drive balik ke sekolah. Hubby Baby kata "meeting PIBG mesti dalam 2 jam aje.. " tapi kami dah tawaf sekolah tu sampai 10 kali! berpeluh sakan dah sebab hari panas.. Mana taknya..dah pukul 11 masa tu!
Sejam menunggu, kami dah lapar dan dah haus sesangat! Air masak yang aku bawak pun dah menjadi rebutan sehingga ke titisannya yang terakhir! Nak beli air kat canteen, mana aku ada duit.. Kan purse dah tertinggal kat rumah! Mabuk-mabuk dengan tudung tu pun dah habis kutip duit dalam kereta dah!
So, apa lagi? Posing lah!
Belakang Anjung Ilmu... santai-santai dengan ikan-ikan dalam kolam...
Dah penat merayap! Jom dok kejap dalam kereta...
Di Laluan Tokoh.... Ramai rupanya tokoh yang lahir dari SHAH ni..
Takde kerja dah ni.... Jom juling-julingkan bijik mata!
Where Excellence Is Created!
Bosan. Penat. Letih, Lapau. Haus... semua ada! Berapa lama lagi daaaa?????
Sesatkah anda?? Meh tengok kat peta sekolah ni!
Sorang Negaraku, lagi sorang lagu SHAH.. Minah berbaju kurung ni plak mestilah lagu Pahang! Cuba tengok warma baju kurung! Hitam Putih!
Segarnya pokok-pokok kat depan office... Eh! Office sekolah kat tingkat atas daaa....
Dah boring, dok kat Anjung Siber SHAH.. Godeh-godeh computer, eh! Leh bukak pulak! Layan FB jap...
Tetiba sms menjerit mintak dibaca.."pegi makan dengan anak. sini ada jamuan"
Aku balas "Cheh! Kan dah kasik tau..duit dah abis... "
Dia balas "Mari amik duit"... Dapatlah RM100 untuk lunch..
Then pi cari Along kat asrama... Melilau mencari sebab PA system asrama merajuk lagi! Letih mencari sebab semua orang baru balik asrama.. Ada yang kat dorm, ada kat surau, ada kat DM dan ada juga yang baru balik dr sekolah... Tiga empat orang aku minta tolong panggil Along di tiga empat tempat tapi dia takde... Rupanya budak Bio belum balik dr lab! So, merayaplah aku dengan Addeen sampai kat surau.. Nampak la senior2 ni dengan baju batch diaorang baru balik dari sekolah.... Terjumpa jugak kengkawan yg rapat dengan dia.. Borak kejap... Kepoh-kepoh sikit pasal Along punya progress kat sekolah.. Biasa le.. Kekadang kena tanya-tanya jugak dengan kawan-kawan yang banyak spent masa dengan dia kat asrama ni..
Bila dah jumpa Along, nak tergelak aku dibuatnya! Kenapa?? hehehehehe...
So, drift le ke KFC lepas hantar kad outing yang dah disign warden pada Pak guard sekolah.. KFC plak ramai rakyat! Beratur aje la aku dengan Along... Masa tengah tunggu diaorang prepare makanan kami, Hubby Baby call.. dah siap dah.. So, aku lari le kejap ke SHAH balik...
"Yang, Along outing tu.. Jangan pressure dia ye sebab dia nak beli barang.." kata aku..
Aku tahu, Hubby Baby nak kena pergi plant tapi aku nak biar Along beli barang keperluan dan buku-bukunya dengan tenang... So, dia call SM dia dan kata masih ada hal dan masih di Pekan.. Akan cuba sampai di kilang dalam pukul 4pm...So, kami makan la...
Cuba tengok rambut Along.. Dah kontot! Kena potong dengan cikgu sebab rambut tengah tu agak panjang dr sepatutnya.. Trend bubudak sekarang.. mesti nak ada pacak-pacak kat tengah tu! Macam jaws! Kan dah kena tebas!
Makan..makan.... Makan.... Lepas tu gi Mydin kejap, beli barangan keperluan Along.. Then pergi Men Men Bookstore.. Banyak jugak buku dia sapu! Tak apa..anak nak belajar, jangan ditahan-tahan... Sediakan aje duitnya.. RM160... Hehehehe... tiga ratus dah terbang untuk Along.. Tapi, tak apa...
Lepas tu, terus aje hantar dia balik ke asrama... Salam-salam..Kiss kiss.. dan vroom ke Kuantan semula... Hubby Baby cerita pasal meeting yang banyak membuang masa sehinggakan dia pulak yang dok selamatkan masa.. sebab dia nak rush ke kilang balik! Sampai rumah kul pat dah.. Solat dan dia terus pergi kerja.. Aku? Aku missed my scheduled physio session sebab nak spent masa dengan suami dan anak-anak.. It's worth it! Senin nanti leh pergi...
I spent a quality 2 hours with my loved ones.... Alhamdullillah.. Thanks PIBG! If not for you, he will be busy at the plant today and the following 15 days to come!