CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Rabu, 5 Januari 2011

Kesian gigiku....




Minggu lepas, aku sakit gigi.. Fuh! Dah lama tak sakit gigi ni... Bila tetiba sakit, memang dasyat! Tak bertangguh lagi, aku ajak Hubby Baby ke Klinik Pergigian Al-Huda, Balok. Punyalah ramai yang sakit gigi hari tu! TApi budak yang kerja kat situ, dengan tersengeh-sengeh cakap, "Akak boleh tak datang malam karang? Kejap lagi kami nak tutup clinic dah."

So, kami pun balik rumah.... Lepas siap mandi, aku solat... MAk ai! Sakitnya gigi masa ruku'  & sujud! MAcam nak terjatuh semua gigi aku tu, walaupun yang sakitnya hanya sebatang aje....

JAm 8 malam tepat, aku sampai di clinic semula.. Bukan apa.. PAda fikiranku, datang awal, settle awal & bolehlah aku tidur dengan nyenyak malam ni...

Bila nama aku dipanggil, aku berdebar.. Aku memang paling tak suka gi dentist ni.. Nak-nak pulak setahun yang lepas, Hubby Baby pernah alami pengalaman yang amat mengerikan. Gigi yang akarnya masih kuat, dipaksa cabut dengan menggunakan plier di sebuah klinik gigi di Jalan Beserah. Lepas tu, siap berjahit lagi... Bengkak muka dia seminggu! Kami dah banned dah klinik tu..hehehehe..

Dah! Cukup le tu! Aku tak mau ingat peristiwa tu...

Aku pun masuk dalam bilik rawatan..

"Selamat malam, Puan. Ada apa saya boleh tolong?" kata dentist tu. Orangnya muda lagi. Good looking guy. Tapi itu tak menjamin kesakitan ini akan berkurangan....

"Gigi saya sakit ni. Berlubang.. Sakit dah 3, 4 hari dah ni.. Tapi hari ni memang sakit sungguh!" kataku sambil duduk dan kemudiannya baring di atas dental chair....


Gentle aje this young dentist buat kerja.. Setiap kali dia mahu membersihkan gigi aku yang berlubang tu, dia akan alert aku. Memang bagus PR dia..



Aku masih mampu tersenyum macam Mr Gingerbread tu... Terasa ngilu dan sakit tapi masih kekal tersenyum. Selepas ditampal, aku disuruh datang semula 2 minggu lagi untuk tukar tampalan sementara tu kepada tampalan kekal... Dengan senyum, aku  jawab "OK. I'll see you in 2 weeks then.."

Tapi esoknya, tampalan tu tercabut semuanya... Huhuhuu.. Sakit balik! Tapi, clinic tutup sebab cuti sempena Malaysia menang lawan bola dengan Indonesia... Lepas tu, cuti tahun baru pulak.. Huhuhuu... Tahan sakit lagi la jawabnya...

But with all the errands & the school reopens, terpaksa tangguh dulu lawatan amal aku ke klinik...
Dah settle semua, semalam, 4 hb Januari, baru aku dapat pi jumpa dentist semula. Tu pun sebab memang makin dasyat kesakitan yang aku tanggung... Menyeringai menahannya!


Sakitnya bukan setakat di gigi sahaja.. Tapi sampai sakit kepala aku dibuatnya. Sebelum keluar rumah, aku telan dulu pain killer ...

Di clinic, ada la plak sorang patient ni bawak anak-anak dia sekali.. Lari sana, lari sini, menjerit-jerit diaorang main... Aduh! Gigi dah lah sakit, kepala pun sakit. Budak-budak ni pulak buat macam kat playground aje... Sabau aje lah.....
Bila nama aku dipanggil, Aku terus masuk dan beri salam pada dentist yg bertugas malam tu. Owh! The owner of the dental clinic.. So, aku pun story la kat dia pasal tampalan yg dah tercabut tu.. Dia pun mulakan tugas. Aduh.... tak segentle the younger dentist hari tu.. Tapi tahan aje la.... I just want the pain to go away! Bila dah siap, aku pun balik la..tapi dengan denyutan lagi... Namun aku masih boleh tersenyum sebab aku tak dikenakan apa-apa charges kali ini... FOC! Thank you, doc!

Aku ingat, mesti boleh tidur nyenyak malam tadi.. I was wrong! Kesakitan tu masih setia dengan aku.. Aku pun dok la depan tv dengan botol 100Plus yang sejuk tu aku tekap kat muka... NAk kurangkan sakit la kononnya... Sempat la tengok Hawai-5-0 & CSI! Lepas tu baru aku tidur..tu pun mungkin sebab pain killer yang aku telan lagi masa tengah tgk tv tu...

Sampai hari ni, aku masih lagi sakit... Nak solat pun menyingai.. Makan macam baby.. bubur, air barli, roti yang direndam dalam air dan I had bits of a bread soaked in my mushroom soup for dinner :((

Esok, balik dari Pekan, baru aku nak gi dentist balik... Hubby Baby ajak pi petang tadi tapi aku berjaya beri seribu alasan not to go... hehehehe. Lagipun, esok nak pi sekolah Along.. Mana tahu, kot-kot rasa sakit ni akan hilang bila dapat jumpa orang yang aku rindu... ;P

Hopefully Hubby Baby tak lupa untuk belikan aku ubat kat 7E.. huhuhuuu.. sakittttttt!!!!  Tapi, syukur..sakit-sakit aku ni masih boleh lagi makan ,minum dan selesaikan tugas-tugas harianku.. (walaupun x siap semuanya..hehehe). I'm praying for a better tomorrow.. :))

Selasa, 4 Januari 2011

Younger Years

When I was younger, I love to read English novels... I dare to admit that I was addicted to novels by......

Yes! Who wouldn't? Danielle Steel was one of the best writer those days.. till this minute,actually..  I bought many of her books from Thai Kuang Bookstore, once, a famous bookstore in Melaka Town  .. I can really, put aside my extra daily school allowance just to get her books... IRead too many of them that I can't recall the titles, every each of them... Among them were 'Now And Forever", "Season Of PAssion", "Palomino", "The Promise", "Summer's End"  and "Rememberence".

 Now, looking at my bookshelves, there's nothing from Danielle Steel! I frequently go to Popular & look for her latest book but they are rather expensive these days... Rather than buying her books, I am more comfortable paying books for my kids...  But now, being updated of her latest books..it's eating me inside out!!!!!!!

Antara Kesukaan...

Pagi ni, meriah anak-anak & Hubby BAby... Sebab.....Aku sediakan ......
Sausage pansa ni adalah sarapan yang paling berat boleh mereka terima di awal pagi... KAlau aku sediakan nasi lemak, sahih, aku sorang je yang makan.... So, nak buat apa bersusah payah jika tidak digemari ramai, kan????
Suka nau dia buat huruf V ni!
Minah ni memang suka! Dia suka extra cheese & letak sikit tomato sauce.. Kalau iceberg salad ni takde dan aku ganti dengan kubis biasa, dia buang aje sayurnya nanti... So, iceberg mesti sentiasa ada stock...

Awek cun ni plak tak berapa gemar dgn cheese banyak-banyak ni.. Dia ni ada lain sikit dari Along dan Faeiqah... Dia suka sausage panas yg plain saja.. no salad, no tomato sauce & no cheese..Tp aku terlupa plak.. Sudahnya, Addeen yang peghabihkan breakfast dia ni (cheesenya dia kumpulkan dan suapkan umminya...)dan aku gantikan dengan a plain hot sausage..


Nyum! Nyum!


Hubby BAby ni... suka sangat suh aku snap pose maut macam ni! Along banyak ikut cara Abahnya... Semuanya dia suka extra! Kalau cheese, memang dia hantu cheese! Dari kecik dulu dah terserlah kehantuannya itu! Bezanya, Abahnya cukup dengan satu sausage panas sahaja.. Tapi Along... boleh makan dua atau tiga!bergantung kepada stok...hehehehehehe...

Aku teringin jugak sebenarnya nak sediakan breakfast yang berat seperti nasi lemak, mee goreng, bee hoon goreng, nasi goreng dan lain-lain yang sewaktu dengannya tapi.. xde sambutan lak kang... PAling awal ada permintaan pada breakfast macam tu ialah jam 9 pagi... Mmm.. By the time nak habiskan, aku dah ready nak masak lunch dah!
Huhuhuu.. Ntah berapa banyak buku dah yg ada kesan sos sbb dak Faeiqah ni  macam tak leh jauh langsung dengan buku! LAyannnn....

The Senior & Final Year, 2011

 Selepas sebulan setengah dok memerap kat dalam rumah.. Akhirnya Along mendaftar semula ke Asrama Putera Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang.. KAli ini sebagai pelajar senior, Tingkatan 5. Malangnya dia dipindahkan ke Tingkatan 5 Jasa dari 5 Budi... Nak buat macamana... result final exam last year tidak berapa "memberahikan' (sama maksudnya dengan memberangsangkan bagi org Pantai Timur). Sokmo busy dgn squasy training... So, result pun cam squasy ball le jugak..hehehehehehe

Lepas daftar diri kat Asrama Putera, dah angkut semua barang-barang masuk Dorm A02 (sebelah je dengan dorm untuk Pengawas), kami berduyun-duyun ke Dewan Makan untuk bayar segala jenis yuran... Ni le part yang paling aku tak suka! Yuran makan RM750 (gaji lebih dpd RM5K) @ RM 250 (gaji kurang dpd RM5K). Yuran makan SPM RM 20, Kebajikan RM10... Yuran tambahan RM55.50 & Yuran PIBG RM117 (untuk student lama sahaja)....

Lepas dah kempis purse aku, perut rasa lapau... Jom pi bandar Pekan! (kalaulah korang tahu betapa besaunya so called "bandar' Pekan ni, mesti korang terkentut-kentut...). Pi KFC (the only fast-food restaurant in Pekan), sendat macam ikan dalam tong! TAk bolehh.... MAu kena rileks-rileks sikit...

Tetiba, aku tanya "Along ada bawak balik songkok tak?"
Dia jawab.. "Alamak! Lupa la..X apa.."
Aku ni x boleh! KAlau sekolah kata Jumaat kena pakai songkok, mesti kena pakai songkok! So, singgah le kat kedai orang Kenboja kat deret TAbungHAji tu.. Dah try songkok, dia kata "Baju Melayu nanti, Along beli kat Koperasi aje la ye.."
"Ha? Apsal kelmarin masa beli barang tak ingat?! "Aku mengeluh...
""BAju Melayu Along tu kenapa?" Tanya aku
"Pinggang dia dah kecik.." kata Along.
"Kak, ada baju Melayu putih tak? Size L" Mintak aku pada peniaga Kemboja tu...
Mmmm..ingat kena keluar RM18 aje.. Rupanya RM63!
Anak oh anak!!! NAsib baik anak! KAlau tak..........

Lepas tu kami mula pusing punya pusing (macam la banyak tempat leh pusing!) TAk banyak pun kedai makan kat sini ..Ni plak hari Ahad...banyak yg cuti..Ada satu restaurant "FArouk Restaurant" baru bukak... Hubby Baby ingat boleh le dapat makan nasi beriyani kambing... Tapi... dapat makan nasi putih kambing je! Chis! Baru kul doblas tengahari dah habis! Ooo..lupa plak.. Dalam kawasan2 yang dekat dengan bandar Pekan ni ada MRSM, SBPI, SHAH, SM(A) & beberapa lagi sekolah harian yg berasrama..so, masa ni memang pack bandar ni.. PAtutlah abis nasi beriyani dia!

Sebelum makan.... kita basuh tangan dulu...

Addeen mengaplikasikan cara-cara yang betul membasuh tangan yang dia belajar dari kindy dia dan dari aku...

Lamanya dia basuh tangan.. Siap ulang sampai 3 kalI!

Dah takde tempat yg lebih menyejukkan..kami doo le kat sebelah dapur masak diaorng


Along dah siap makan.. Dok pandang budak2 SHAH yg masing2 makan dgn family dalam restaurant yg sama..

Ummi dan Along yg berbaju kaler sedondon :))


Abah pun mestilah sedondon dengan Umminya...heheheh



MAcam artis yang kena terjah dalam Melodi lak!

Dia ni memang susah sikit nak pandang camera! Bukan camera-shy pun tapi bila aku nak ambik je, dia mesti ngelak! Ggggrrrr!!!!

Luas pandangan!

Tengah kelip mata daaa......

"Ummi! Ambik gambar Addeen dengan Abah yg cute ni!"

"Dengan Along pulak la!"

Ni bukan tertidur ye..tapi ngelak papparazi !!!

Addeen je yang hantu camera... MAcam sapa yek??? Hehehehehehe
BAlik kat SHAH, kami pergi bank pulak... NAk kena simpan dulu duit untuk beli barangan keperluan sekolah. Owh...kat sini, bank bukak sempena pendaftaran students .. Cash money tak boleh lebih dpd RM30 ...KAlau lebih, mesti mau simpan dalam bank.... KAlau kena curi (macam dak Along selalu kena), tanggung sendiri... Alasan dia untuk tidak menyimpan dalam bank ni.."NAk keluarkan duit tu selalu tak sempat..Ramai!" hehehehehe
Penyimpan  dapat keuntungan tahunan ke?????

Along berurusan di bank..dengan K Ida, pekerja bank....:))Dia lebih banyak nyakat K Ida tu!!!

Ni canteen sekolah.... BAnk tu letaknya di canteen, sebelah Kedai Koperasi.. Senang sikit budak2 ni nak berurusan...dan berhabisan!
Garukan di muka yang tak gatal!



Muka toye sbb geng dia dah balik asrama...heheheheh

Aku tinggalkan Along dengan hati yang sebal.. RAsa macam nak simpan aje dia dalam purse! Tapi, apa kan daya.. MAkin lama dia makin membesar .. TAk lama lagi, dia akan menjalani hidup dia sendiri.. Aku kena belajar untuk terus hidup tanpa anak2 di sekeliling aku... huhuhuu.... Katalah apa pun, aku tetap sebal dan sebak setiap kali tinggalkan Along di asrama...

Selepas ini, bermulalah rutin kami ke SHAH saban minggu , Insyaallah... walaupun dah berkali-kali Hubby Baby  kata, "Kita gi tengok Along 2 minggu sekali ke..ataupun bila dia balik wajib je.." Huwarrghhhhhhh!!!!!!!

Untuk Along, jaga diri, Solat jangan tinggal, call ummi seminggu sekali & study smart! Good luck my dearest! Muahsss!!!

NAsib baik....


Apa yang peliknya gambau ni? Korang yang tak tahu, mesti tak rasa pelik... Tapi ni sebenarnya jalan 2 lorong Bypass Kuantan- K.T. depan perumahan aku. 

Pukul 2.45 petang semalam, aku baru lalu di sini dengan anak2, balik dari sekolah .... Ada dahan tumbang kat laluan 2 lorong sebelah kanan tu. (laluan tu ke arah Kuala Terengganu sementara laluan kiri ni plak ke arah Kuantan)... 

Pukul 3 petang, Lepas hantar anak-anak ke KAFA, aku dan Faeiqah nak ke bandar Kuantan untuk kali kedua dalam satu hari . Melepasi Jalan masuk Bandar Damansara, aku terkejut sebab nampak lori dan bas serta kenderaan lain dipandu menyongsang arah... menggunakan lorong kami untuk ke arah K.T....
"KAkak, ni mesti ada accident kat jalan sebelah ni... Kalau tak, diaorg tak guna jalan kita ni.." kataku pada FAeiqah yg sedang membaca.....
"HA ah la Ummi! Mesti teruk accident tu , kan" Balas dia.. 

Highway Bypass Kuantan-Kuala Terengganu ni memang selalu accident.. Minor accident ada, major accident pun ada.. Dah terbiasa... So, aku pun standby le camera phone Nokia 6230 aku yang classic ni..hehehehehe..


Rupanya....Dahan yang tumbang aku nampak tadi dah tukau jadi pokok besau dah! Mentang-mentanglah ni negeri Pahang, yang kaya dengan balaknya, sebatang pokok balak tumbang dari mini bukit di tepi highway ni... Habis 2 lane jalan ke arah Kuala Terengganu tu di hadangnya.. Siap dengan pembahagi jalan yg selebau 1 lane tu pun dia conquer!  Driver-driver yg sehala dgn aku terpaksa naik bahu jalan samapi ke longkang tu untuk beri laluan pada kenderaan yg menghala ke KT bila melalui tempat kejadian... ...
Tengok betul2 kat belakang trailer putih tu... Tu aje gambau yg dpt aku snap.. Maklumle..Hp classic..heheheh

MPV itam yg melintang tengah divider ni nak cross divider tu tp sian.. tersangkut lak dalam lecak.. Dia dok ram minyak je...Tak lepas2 pun! Almaklum la... Dah 5, 6 hari area kami ni ujan.....

Memang banyak pokok-pokok balak kat tepi-tepi highway ni...Bila angin kuat, macam nak tercabut aku tengok.... So, peringatan buat aku dan semua pengguna highway Bypass Ktn-KT ni, hati-hati bila memandu.. Jangan ingat lesen dah umur 20 tahun, kita selamat sentiasa.. MAlang mana ada bau????



Isnin, 3 Januari 2011

(HAMPIR) KOSONG..


Malam tadi, aku yg tidur paling lewat.. Bumi Kuantan yg sentiasa hujan sejak beberapa hari lepas pun gagal untuk memujukku menarik comforter menutup tubuh sambil memeluk bantal peluk kekabu yg dibuat oleh mak mertua di kampung...

Hubby Baby yg dah mula tidur seawal jam 8 malam pun aku gerakkan pukul 1pagi...Aku sediakan Tuna Sandwich, air kopi gelas besar & air teh halia sebagai booster supaya dia bangun  solat Isya'...

Ops! GAmbau ni takde kaitan dengan mana filem @ drama ye...



































Lepas tu, kitorang ngadap tv, tengok cerita ....
Aku tengok di antara celah2 jari dan bantal sahaja..... Hehehehehehe
Ntah pukul berapa ntah aku tidur tapi.....Bila aku terjaga jam 5.45 am, Faeiqah dah siap mandi dah... Batrisyia pula menyusul.... masuk bilik mandi...Aku, straight to the kitchen le..apa lagi..Masak air & keluarkan segala roti dan jem serta butter...


So simple... with milo & nestle yogurt for the kids and a glass of hot coffee for my  Hubby Baby..
Lepas tu, baru aku solat...(Ish..ish..ish.. Patutnya solat dulu!) Selepas semua selesai solat, breakfast plak......


And they are ready to rock!
Whatever she's doing, there will always a book in her hand... Beware! Sometimes she eats them! 

Batrisyia terlupa nak sematkan balik the bag's straps lepas dah kering... ... 

Adik is putting on her new shoes while kakak is...V!

Kasut baru le katakan.... Nak kena adjust la plak...

Notice the bag on  her back & the other 2 bags on the bench? Yes! She had to carry 3 bags to school today! Usually, she'll bring her backpack & her black bag only...Mmm...too many books, I guess... Ni belum beli her 4 inches Chinese Dictionary lagi! And her other dictionaries...Skola Cina memang bayak buku, banyak dictionaries & banyak homework!Huhuhuuu


Finally, an ear to ear smile for Ummi... from a new girl on the block.... It's her 1st day wearing her hijab to school today... Alhamdullillah, she decided to wear her hijab... Doakan ketetapan hatinya....
Tahun ni tahun yg besar buat kami sekeluarga.. Along SPM dan FAeiqah pula UPSR... Doaku buat anak-anak, mudah-mudahan apa sahaja impian mereka, akan menjadi kenyataan, dengan usaha tanpa mengenal jemu... JAdilah anak-anak yang berjaya di dunia dan  di akhirat kelak... Doa Ummi dan Abah sentiasa mengiringi setiap langkah kalian.. Muahsss!!! WE LOVE U ALL!!!










KEMBALILAH KAU......

Plannya pukul 10.30 pagi dah kena bertolak hantar Along balik asrama ..Sebenaunya, tu arahan yg tertulis dalam surat dari sekolah dia untuk students yg dok Kuantan, Pekan & Rompin......TApi, jam tu jugak Hubby Baby diperlukan di kilangnya untuk sign permit merah (ni kira cam permit untuk buat kerja-kerja berisiko la).
So, kami pun menunggu le sambil dak Along masukkan barang2nya ke dalam kereta...11.15am, kami bertolak ...Dalam perjalanan, aku titipkan pesanan penaja buatnya... Berbakul-bakul iklannya! 
dan......

dan lagi......
dannnnnn lagiiiiii.....
& finally....
EAT RIGHT!

Finally........

Aku pi masuk bilik Along, entah berapa kali ntah....Pusing-pusing, masuk lagi bilik dia..Cam kosong benau bilik tu walaupun hakikatnya.... 
bersepah, semak, & macam kena langgar garuda!Seinci pun aku tak kemas lagi...Biasanya aku biaukan aje sebagaimana asal dia tinggalkan..seminggu ke..dua minggu ke..suka ati aku le.... selagi aku rasa hati lom tenang, selama itu le aku biaukan aje...Huhuhuuu.....

PAgi semalam......

PAgi ini...............