CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 25 Mac 2011

Addeen pulak..

Semalam Addeen dah rasa..gigi sakit..
 Malam tadi, pergi dinner pun Addeen kememeh aje..sebab gigi sakit...



Dalam kereta Addeen mula nangis,,,sebab sakit gigi...
Sepanjang malam pun Addeen merengek..sebab gigi Addeen sakit lagi...

Dan pagi ni Addeen cuti..sebab Addeen nak jumpa doktor gigi..
Abah pun kata Addeen kena jumpa doktor gigi sebab kalau tunggu hari Sabtu, nanti ulat makin besar..
Addeen takut ulat besar-besar kat gigi Addeen..

Tadi Ummi bawa Addeen pergi doktor gigi yang selalu Ummi pergi tu.
Ni Addeen masa kat klinik tadi. Addeen tunggu doktor panggil nama Addeen.
Mumula doktor tu pakaikan Addeen cermin mata hitam.

Doktor tu kata gusi Addeen dah bengkak, x boleh cabut. Doktor tu peksa aje semua gigi Addeen. Doktor tu pun memang tak mau cabut gigi Addeen. Dia suruh Addeen pilih perisa tooth mousse  yang mana Addeen suka
Addeen suka strawberry tapi strawberry dah habis.
Ummi suruh Addeen pilih antara tiga perisa ni..Dan Addeen pilih...

Doktor suruh Ummi sapukan setiap malam lepas Ummi tolong gosokkan gigi Addeen sebelum tidur...
Doktor kata nanti gigi Addeen jadi kuat lepas gunakan ubat sapu ni.
Addeen nak gigi yang kuat sebab Addeen tak suka bila gigi Addeen sakit....

WE ARE HERE!


LFE IS NOT ALWAYS EASY..
LIKE PUSHING AN EASY BUTTON..

LIFE IS NOT ALWAYS COMPLICATED...
LIKE DECIDING YOUR ROUTE...

MAKING A WISE DECISION  IS NOT A TOSS OF COIN..


PRAY HARD TO BE GUIDED
PRAY TRUTHFULLY TO HIM FOR A SIGN...
SEEK FOR STRENGTH FROM ALLAH..
MAY THIS BE THE ONE...

INSYAALLAH, MY LITTLE BROTHER...
ALLAH IS LISTENING..
MUMMY IS WILLING TO LISTEN ..
AND WE ARE ALL HERE FOR YOU..
TO GUIDE YOU 
TO ASSIST YOU 
IN ANY WAY WE COULD...


Khamis, 24 Mac 2011

Ayat Penggerak

Bila kita dahagakan ilmu, kita akan sentiasa mencarinya. Jika dizaman dahulu, tanpa pilihan, kita perlu pergi mencari guru untuk mendapatkan ilmu . Tapi di akhir zaman ini, kita tak perlu keluar dari rumah untuk mencariilmu.. Ada ilmu yang kita boleh perolehi dengan hanya duduk di depan computer dan melayarinya dari rumah..macam aku ni. 

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
Pendek aje doanya....

Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Doa ini aku dapatkan dr website Darussyifa'

Rabu, 23 Mac 2011

Kan dah kena!

Semalam, terkocoh-kocoh nak tinggalkan rumah, telefon berbunyi lak..

Caller: Hello, Selamat tengahari.

Me: Hello.

Caller: Boleh saya bercakap dengan Encik Mat Yunus? @ Hubby Babyku


Me: Dia sedang bekerja.

Caller: Saya dari streamyx TM. Boleh saya tahu siapa yang bercakap?

Me: Saya isteri nya.

 I need to make this a short one as I was in a hurry... I'm not being impolite. Please don't judge me


Caller: Saya dari Streamyx. Saya ingin maklumkan yang bayaran streamyx En MYJ telah tertunggak sebanyak           RM13X.XX  bla..bla..bla.... Tarikh akhir bayaran ialah 7hb April.

Me: Sejak bila pula kami ada bayaran tertunggak? Saya bayar bill. Saya tahu samada tertunggak ataupun tidak. Check dulu dalam sistem ye.

Caller: Boleh saya tahu nama puan? Puan isteri En MYJ kan?

                                                                Aku dah terasa hangen...

Me: Last month, u called me telling we have unpaid bills. The previous month u called me too telling me the same story. I went to TM point and I checked. there's no unpaid bill! And every time u call, u'll ask for my name.. I'm still the same wife bearing the same name since 1993!

                        When I'm angry, everything will be in English... it sounds better..heheheh


Caller: En. MYJ ada no handphone tak?

Me: OMG! I really don't understand you people! You keep on asking the same thing as u asked me many many times before. I don't know what system your company is using. I thought TM is advanced! Last year when we upgraded our streamyx, I wrote his number in the form but the staff is not updating his number! Go and get his number from the form.

Caller: Terima kasih puan.

What the heck is wrong with this company???? Katanya, the biggest communication company in Malaysia.. Siap pi advice overseas companies lagi! Tapi no hp MYJ pun x leh nak masukkan dalam system.. Dah 4 tahun kita update kat TM Point! Sususah, meh aku masukkan! GGGGRRRRRRRRRR....... Kalau bulan depan dia call lagi, boleh tak kalo aku hempuk dia???????




Nasib baiklah Hubby Baby sanggup tadah telinga kat luar bilik mesyuarat mendengar luahan kemarahan aku... Thank you, Yang...

Moral of the story:
Jangan percaya iklan diaorang! 

♫*♥*♫ Sedetik Lebih ♫*♥*♫





Aku suka dengar lagu-lagu yang Anuar Zain nyanyi...
Masa sekolah dulu aku tak minat pun..
Tapi lepas dia buat comeback, dengar suara dah jadi terminat pulak..
Hubby Baby pun tahu.. Anak-anak pun tahu..
So, kalau video clip dia keluar kat Tv, semua akan biarkan aku tonton..
Kalau lagu dia keluar kat radio, semua akan diam..
Kalau gambar dia keluar dalam majalah atau suratkhabar, semua akan tunjuk kat aku..
Tapi aku taklah fanatic cam zaman sekolah dulu..
Gambar Syed Sobrie bertepek-tepek kat file! 
Anyway... aku nak share kata-kata yang Anuar alunkan dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa..



Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...




Selasa, 22 Mac 2011

Anak ...

Setiap kali aku baca blog Elis mesti airmata mengalir...

Setiap kali membaca isi hati seorang ibu yang menanti dengan penuh harap akan anaknya dapat didakap semula....
aku hiba.. aku sebak..

Aku sendiri, 
bila anak jauh dari aku, tak lena aku dibuatnya...
bila anak tidak didepan mata, aku terbayang-bayang akan dia..
bila waktu makan, aku ternampak-nampak dia duduk di kerusinya makan bersama kami....

Inikan pula Elis yang sudah 2 tahun tak melihat kelibat anaknya..
Sudah 2 tahun dia tak dapat tatap wajah anaknya...
Dah 2 tahun dia tak dapat peluk anaknya..
Cukup 2 tahun dia tak dapat dengar berbicara...

Luluh hati ini..Berat mata aku yang membaca dan melihat keadaan Elis melalui kata-kata di blognya, berat lagi bahunya yang memikul kedukaan itu.. 

Aku berdoa supaya hati bekas suaminya berdetik untuk bawa Ferris berjumpa dengan Ummienya... 
Aku berdoa semoga Elis akan terus tabah dan tidak berputus asa walau berapa lama pun masa yang diperlukan mudah-mudahan waktunya akan sampai tak lama lagi...
Aku pohon padaNya supaya Ferris terjaga keislamannya walau dimana jua dia berada.... 
Dan aku yakin, Ferris dapat merasakan kerinduan  yang terpaksa Elis tanggung terhadapnya selama ini.. kerana ikatan seorang anak dengan umminya tak akan terhapus walau berapa lama pun mereka terpisah jauh...

Elis must be missing this moment damn much!

Congratulations!

This is my youngest little sister.. no doubt she is little...
She started off as a secretary after graduating from UiTM ..
And climbed up with difficulties to be where she is now..
A petite safety officer!
Don't play-play with her..


She struggled herself to gain knowledge..
Went through hard times achieving her Diploma in Safety..
Then, headed through a rough path for her degree.
And today, she made her way to be a Master in Safety holder..
She sacrificed her time for her family for years..
And I am proud to say..
She's in the Dean's List for this coming graduation in UTM JB.
She'll be awarded by The Sultanah of Johore on Friday..
And will be receiving her scroll on Sunday...

I am very happy for her..
For she made her own way to the top..
In her studies..
In her career..
And in her family life...

Wished I could be there...
To witness her rewarding-herself-day
Wished I could be there..
To hand her the cake myself..
But I know she knows..
Wherever I am,
I am standing by her side...
All the way... 
All the time....


HAPPY GRADUATION, MY LITTLE SISTER!!
AND CONGRATULATIONS FOR BEING THE BEST !

Isnin, 21 Mac 2011

Adik Oh Adik....

Tun Mahathir is his mentor... 
He admired & liked Tun since he was small. 
He announced it loudly to the world...
And at the moment, at this age, he still admires and likes Tun.
He had the courage to tell Tun about it...

But now.. he's numb!
He admires this person. 
This person is not Tun 
But this person made him...
Sigh!

He likes this person..
This person is in his heart..
This person made him sighed!

Hey 'this person'!
He likes you..
He is waiting for your answer....

He's waiting patiently...

Hoping for ur call

Waiting for your reply....

Jumaat, 11 Mac 2011

What I want?

 I am still under the weather.....
Hope I'll be healthy and kicking in no time!
I'm praying hard to Allah to give me my good health to spend some quality times with my family back home...
I want to play in the puddle...
I want to be under the sun...
I want to swing with my kids and Hubby Baby...
I want to listen to the music along the  Hang Tuah Mall with my Hubby Baby..
I want to let Along play paintball with his Pak Busu(k)...
I want to watch the children play with their cousins..
I want to have a noisy group over dinner with everyone....

Most of all...
I want to spend some quiet time with my hubby Baby.. without the coughing & phlegms!!

Ya Allah, please let us have Your mercy.. I know You are listening and I know You care...Ameenn... 



Khamis, 10 Mac 2011

My Anteater

Hubby Baby is very sick today..
I gave him fresh young coconut water last night for he complaint aches whole body part.

After dawn prayer, he cuddled himself like an anteater...
This is a real anteater.. not my Hubby Baby!
He had his breakfast on the bed and swallowed some panadols after that.
I bathed him a few minutes ago with cold water from the basin, starting from his feet upwards..
I am all dressed up and we are ready to see the doctor....

Love doesn't make him well.. 
My love will only make him relieve and feel safe..

Rabu, 9 Mac 2011

Detailnya Isteri Simplenya Suami





DIARI ISTERI

Malam minggu – Dia bersikap pelik, tadi kami berjanji bertemu di Restoran Mamak. Aku seronok shopping dengan kawan- kawan aku sehingga aku terlambat sampai di restoran. Dia hanya diam tanpa memberi komen

Dia mengajak aku berbual namun suaranya tidak begitu jelas kerana suasana yang bising. Kemudian aku mengajaknya dia berjalan ke kerusi di taman tepi restoran tadi yang agak lengang supaya perbualannya dapat disambung. Tapi sampai di sana dia tidak menyambung apa yang dia cakap tadi. Dia diam dan duduk agak renggang dengan aku.


Aku tanyakan ” Bang, ada apa yang saya buat salah” , dia menjawab “tak ada pape….”. Aku tanyakan apakah kesalahannku yang membuatkan dia marah. Dia kata perkara itu tidak ada kaitan dengan aku dan minta aku tidak perlu bimbang.

Dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang, aku kata pada dia aku mencintainya, dia cuma tersenyum nipis dan tetap bermuka selamba. Aku tidak faham perangai dia petang itu. Aku tak faham kenapa dia tak menjawab, ” Aku juga mencintaimu”..?

Sesampainya dirumah aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak memerlukan aku lagi. dia hanya duduk dan menonton tv, apa yang aku katakan padanya, dia hanya menjawab…”hmmm..”

Akhirnya aku memutuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia pun masuk bilik. Aku tak tahan lagi, aku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan perkara yang sebenarnya, tapi dia terus tertidur.

Aku mula menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Hidupku terasa kiamat..

DIARI SUAMI

Hari ini CHELSEA kalah…HAMPEHHH!!!!

Rintihanku...seorang hamba

Wanita...

Lembut wanita kerana senyumannya..
   Cekal wanita kerana beraninya..
Patuh wanita kerana kesetiaannya..
   Sabar wanita kerana Imannya..

Kasih wanita kerana belaiannya..
   Lemah wanita kerana airmatanya..
Ikhlas wanita kerana simpatinya..
   Pendam wanita kerana cemburunya..
Sayang wanita kerana sifat keibuannya..

Tanpa wanita lelaki menjadi lemah.. 
   Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..

Alam Pun Bahagia!

Dengan penuh yakin, aku bersiap untuk jumpa dentist...

Sarung jubah warna coklat, sarung stokin coklat dan sarung sandal coklat..
Kenapa? 
Sebab kena ada confidence untuk menapak ke dentist!


Aku bawak sekali Encik Pooh ni dak Faeiqah punya...
Untuk apa? Untuk sapu airmata dan digigit buat pernyedap hati tutup mulut kalau batuk..
Bila tengok senyuman Encik Pooh, aku lega...

Sampai di depan seberang clinic..
Aku jeling dulu..
Dengan harapan Manalah tahu kalau-kalau clinic tutup hari ini..
Huhuhuu.. clinic bukak daaa....
Doktor tengah dok baca suratkhabar dan clinic sunyi pulak hari ni..
Aku terasa macam VVIP lak... Banyak masa boleh sembang dengan doktor..

Dan treatment pun bermula...
Ops! Sorry! My dentist tak buat macam ni k...
Pun bukan macam ni!

A gentle lady doctor helped me to relax and close my eyes throughout the treatment..
Lelap aje mata..tenang ...
Sebenarnya takut tengok peralatan-peralatan dan kerja -kerja yang dilakukan!

Pesan doktor, "Kalau sakit lagi lepas ni, u kena either cabut atau buat root canal, ok"
Huwaaarrggghhhh!!!!
Alam bagaikan memahami hatiku ..
Hujan pun turun dengan lebatnya...

Tersangatlah lebat sangat sampai aku dok dulu kat kaki lima barisan kedai dengan harapan supaya hujan teduh seketika untuk aku seberangi jalan ke kereta..
Sebenarnya aku suka meredah hujan ni! 
So, melintas!
Ada pulak motor rider yang letak motor dia kat tepi pintu kereta..
Lencun dah sebab kena tolak dulu motor tu!
Kalau buat-buat bukak pintu dan biarkan motor tu jatuh, boleh tak??
Rupanya Encik Pooh yang masih kering telah cuba untuk mengeringkan aku yang lencun.

Dalam otak "Kita baru balik dentist, kita kena cuti masak ni.."
"Dik, bungkus nasi lemak ayam dua, sambal asing tapi extra, ayam asing, roti kosong dua, kuah dhal dengan kari asingkan, lontong tak mau gulai kawah, lontong satu, telur dia tolong  potongkan empat tapi bungkus asing. Lepas tu, kuah kasik lebih dengan sayur yang banyak k..."
"RM12.70 kak"

Aku bahagia........