Hati terdetik untuk bersuara melalui ketukan-ketukan jari...
Dalam kehidupan ini, kita hidup dalam suatu kelompok kecil yg bila digabung menjadi suatu kelompok masyarakat yg agak besar. Seperti saya dan keluarga saya sendiri. Kami hidup dalam sebuah kelompok masyarakat yg ahlinya adalah lebih dari 500 orang. Masyarakat kami yang dikepalai oleh Pengerusi KRT Bandar Damansara Kuantan adalah antara KRT yg sangat aktif bagi Zon Kuantan ini. Majoritinya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kaum minoriti adalah kaum Cina & India yg juga sering menyertai aktiviti-aktiviti yang kami anjurkan.
Dalam kehidupan ini, kita hidup dalam suatu kelompok kecil yg bila digabung menjadi suatu kelompok masyarakat yg agak besar. Seperti saya dan keluarga saya sendiri. Kami hidup dalam sebuah kelompok masyarakat yg ahlinya adalah lebih dari 500 orang. Masyarakat kami yang dikepalai oleh Pengerusi KRT Bandar Damansara Kuantan adalah antara KRT yg sangat aktif bagi Zon Kuantan ini. Majoritinya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kaum minoriti adalah kaum Cina & India yg juga sering menyertai aktiviti-aktiviti yang kami anjurkan.
Namun bukanlah hendak mendabik dada dengan mengatakan bahawa KRT kami hampir sempurna. Tidak sama sekali. Tetapi setiap aktiviti yang dirancang, akan diusahakan sedaya mampu untuk diadakan sebaik mungkin. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dgn baik. Kunci kepada kejayaan semua aktiviti-aktiviti ini adalah kerana adanya sekelompok manusia yang sanggup berkorban masa, tenaga & buah fikiran demi untuk masyarakat yang sangat kecil ini. Tiada istilah 'berpuak' atau 'geng' antara mereka yang tersebut.
Tetapi sangat menyedihkan bila ada beberapa individu yang hanya mahu bermasyarakat jika 'geng' mereka turun padang sahaja. Memang ia terjadi dalam mana-mana masyarakat pun. Tapi pada pendapat saya, dalam masyarakat yang sangat kecil ini, kita adalah SATU geng yang besar kerana Ketua Geng kita hanyalah ALLAH yang SATU. Hari ini mungkin anda rasa anda hanya mahu bersama dengan geng anda sahaja. Tapi esok hari, atau bila sampai waktunya kita dipanggil pulang ke pangkuanNya dan ia terjadi di dalam daerah ini, Geng Bandar Damansara Kuantan inilah yang akan menunaikan fardhu kifayah, menguruskan jenazah kita. Mereka jugalah yang akan bersedekah Al-Fatihah & membacakan Yaasiin buat makanan roh kita sementara menanti ditimbun tanah di dalam liang lahad kelak.
Kita adalah Geng Allah yang duduk di bawah lembayung Geng Bandar Damansara Kuantan ini. Jangan kita cuba untuk menyombong diri dan mendabik dada pada jiran terdekat serta masyarakat sekeliling kita. Cubalah untuk bermasyarakat dengan jiran-jiran tetangga di kiri, di kanan, di depan dan di belakang kita. Tak salah pun jika kita bermasyarakat, dengan kita sendiri menjaga sempadan pergaulan dalam Islam. We lose nothing but insyaALLAH we'll gain more than what we could imagine...
Mudah-mudahan KRT Bandar Damansara Kuantan akan terus bergerak cergas dan semua akan terbuka hati untuk menyokong aktiviti-aktiviti yang bermanfaat buat semua golongan masyarakat yg sangat kecil ini.
#This is just my 2 cents... Maaf jika ada yang tersedak dan tersentak ataupun tersentap.. Tiada niat nak menyedak,menyentak mahupun menyentap sesiapa... #
Terima kasih buat...... WanMohdZaki~MohdZaki~Azizah~MatYunusHubbyBabyyangsentiasamemberisemangatdansokonganbuatsaya)~Noraziah~Izzat~MohdNoor~Ibrahim~AbJalil~Sarimi~Norsiyati~NoorHayati~KZu~MakCikRaudah~KMariahNor~PokZul~PokZulBit~Abuya~Zaiton~SarjanRozi~Linda~KNorMPK~Mardina~Norwani~KZah~SemuaAJKKRT~SemuaahliJiranWanita~SemuaahliJiranMuda~dansemuayangselalumembantusetiapperjalananaktivitiKRTBandarDamansaraKuantanselamaini....
0 comments:
Catat Ulasan