Aku hanya seorang manusia, hamba Allah yang sangat tidak sempurna. Ada waktunya aku mampu menjadi sangat penyabar... Ada waktunya aku menjadi bagaikan remaja yang berhibur ke bowling alleys. Ada waktunya aku ingin dibelai bagai kanak-kanak ribena. Ada masanya aku bagaikan seorang guru disiplin yang cuba mendisiplinkan anak-anak, dan (kadang-kadang) suami sendiri. Ada masanya aku menjadi The Incredible Hulk yang berubah menjadi hijau dan mengamuk.. Ada masanya aku x mampu nak kawal kemarahan itu. Mungkin kerana aku jenis yg terlalu nak menjaga hati orang-orang yang aku sayangi dan aku cintai...
Buruk la rupa The Incredible Hulk ni.. Aku Hulk Gigirl yg jelita ;P |
Ya Allah.... Bila aku sedar yang selama ini aku terlalu banyak menyinggung hati-hati mereka, aku berazam untuk menghentikan ia... Alhamdulillah, aku berjaya.. Tapi hidup ini bagaikan roda.. Ada masa kita menyinggung dan ada masa kita disinggung... Pada aku, jika yang menyinggung itu adalah masyarakat sekeliling, tidak aku peduli kerana mereka juga seperti aku, tidak sempurna. Tapi bila aku disinggung oleh orang terdekat, pedihnya hati.. Namun, dah aku sematkan dalam hati untuk menelan semuanya... Allah sahaja yang mengetahui apa yang bergelodak dalam hati...
Ahad lepas aku tersangat marah pada anak-anak.. Katil dan bilik sendiri tidak dikemas selepas pulang dari kelas Tahfiz. Setiap minggu pun begitu.. Satu Ahad, satu paku tertimbus dalam hati.. Aku cakap elok-elok. Aku tegur elok-elok. Sampai kali ketiga ditegur dan disuruh pun, masing-masing masih tergolek-golek bermain dan membaca novel... Sudahnya, bila Hubby Baby pulang dari kilang dan bertanya kenapa, aku menangis tapi masih mengetap bibir dan mulut masih ku kunci.. Aku tahu dia masih penat selepas bekerja setiap hari, menguruskan Majlis Muhibbah untuk KRT kami dan Ahadnya terpaksa ke kilang sebab ada masalah yg perlu dia selesaikan. Bila diasak, aku menangis dan dia terus bertanya dan bertanya dan terus bertanya...
Next time, I want this Aston Martin to go for a spin.. Is that possible?????? ;P |
Sesampai di rumah, aku baring di atas sofa sambil membaca majalah Al-Ustaz sementara menanti Asar. Sebaik Asar, aku tunaikan kewajipanku padaNYA dan aku baring (berlakon seperti tidur kerana kepalaku sangat sakit). Kakak menjengah ke dalam bilikku sebelum pulang ke asramanya.. Dia lihat aku sedang tidur dan dari hujung katil dia bercakap kepadaku "Ummi, kakak balik asrama dulu. Ummi jaga diri. Kakak minta maaf sebab tak dengar cakap Ummi tadi. Kakak sayang Ummi. Assalamu'alaikum.." dan pintu tertutup dgn perlahan... Sebak rasanya tapi aku agak keras hati bila aku marahkan anak-anak. Aku tak suka nak 'buka mulut' semasa sedang marah sebab aku takut akan keluar perkataan-perkataan yg tidak sepatutnya... Tapi hatiku memamng sangat sebak bila mendengar kata-kata Kakak..
Sebaik Kakak masuk ke dalam kereta, aku dengar bunyi motor.. Along balik...
"Ummi mana?" Along bertanya..
"Ummi tido dalam bilik. Jangan kacau Ummi" terdengar suara Addeen menjawab...Urm.. Addeen pun tahu, jangan kacau Ummi kalau Ummi marah.
Aku terus mengkakukan diri diatas katil. Hubby Baby pulang & duduk di hujung katil pun, aku masih terkaku memeluk bantal peluk dan kepala bagaikan daging burger yang dikepit roti.. Lama juga dia duduk disitu menghadap laptop dan lama juga hatiku menjerit-jerit ingin dipujuk... Tapi aku tahu, Hubby Baby sendiri tak tahu bila masa yg sesuai untuk memujuk aku bila dalam keadaan yg sebegitu........
Aku dah kata, AKU BUKANLAH MALAIKAT.... Ada masa aku hangin macam orang lain juga! Dan bila aku hangin, aku hanya nak stering kereta sahaja! And let me have that spin......
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي
0 comments:
Catat Ulasan