# n3 kali ini bukan untuk membuka aib diri sendiri yang jahil tapi untuk memberi dorongan pada anak-anak dan keluarga terdekat.. Bukan juga untuk ber'riak' tapi sekadar mengingatkan diri bahawa setiap perubahan hanya boleh kita lakukan dengan kemahuan yang kental!
Aku bukanlah seorang yang pandai ilmu agama.
Pada usia 21, aku memulakan kehidupan sebagai seorang pendidik di sekolah rendah, barulah aku tahu tentang Solat Dhuha.. mungkin sebab aku dihantar untuk menabur ilmu di Kg Baru, Lenga, Muar, Johor dan tinggal dengan sebuah keluarga yang memiliki pengetahuan agama yang mendalam ..Jahilnya aku... Malunya aku pada Dia dan dia... Namun hanya setakat tahu akan hukum sunatnya sahaja tidak memadai. Bila ditimbuni dengan tugasan seorang pendidik
Pada usia 35 tahun, , Alhamdulillah, aku sedar akan kepentingan dan kelebihan solat di waktu pagi ini. Tidak seperti anak-anakku... Along mulai bersolat Dhuha di sekolah semasa masih dalam tadika lagi. Kakak diajar tentang solat yg penuh nikmat itu pada umur 7 tahun, di KAFA dan Adik berumur 6 tahun, juga di KAFA yang sama. Dua-dua sekolah Cina, jadi kami lebih mengharapkan didikan dan asuhan dari KAFA terutamanya Ustazah Fadijah. Addeen diajar tentang Dhuha & mempraktikkannya seawal umurnya 5 tahun di KAFA dan berkesinambungan di Tadika Affan. Sepanjang cuti sekolah hujung tahun, kami hantar mereka ke Kelas Tahfiz di surau dan Klinik Al-Quran di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 dan dhuha dilakukan setiap hari.
Aku mulai mencari ilmu tentang solat2 sunat, terutamanya Dhuha dengan lebih mendalam. Ibu beranak 4 ini belajar mendidik diri untuk melakukannya dirumah, terutamanya semasa berseorangan di rumah pada hari-hari persekolahan. Mungkin aku mahu bersujud dalam keadaan yang tenang dan ingin setiap pengabdian aku kepadaNya luhur dan bukan untuk riak pada manusia lain, termasuk suami dan anak-anak sendiri. Tapi saat itu, doa Dhuha masih belum melekat didalam ingatan. Mungkin faktor umur dan otak yang sudah tepu
Selain itu, aku mulai mendidik diri dan jiwa serta telinga untuk mendengar radio yang berbentuk Islamik.. Radio IKIM.FM jadi saluran wajib bagi aku dan anak-anak bila menaiki kenderaan yang aku pandu. Ia juga menjadi channel semasa aku berinternet. MasyaALLAH.. Itulah antara kebaikan kecanggihan dunia masa kini.
Setiap pagi, jam 8.20 pagi, Doa Dhuha ini akan berkumandang di radio. Dengan pendengaran yang masih baik, aku belajar untuk menghafal doa Dhuha dengan cara yang lebih mudah, dengan berlagu.. Alhamdulillah, sebagaimana aku pernah mendidik anak-anak bangsa dengan mengubah banyak isi pelajaran kepada bentuk lagu, ia juga sangat berkesan untuk wanita yang sudah hampir ke penghujungnya ini.
Sekarang aku tidak lagi merasa malu kepada anak-anak kerana aku mampu untuk melagukan doa dhuha sebagaimana mereka dapat membacanya dengan lancar, tanpa lagu! Dan Alhamdulillah, dari Radio Ikim juga aku tahu maksud bacaan setiap satu dalam Bahasa Melayu juga. Ia lebih menyentuh hati bila kita dapat memahaminya... Tapi aku masih lagi 'berkhalwat' dengan DIA sahaja...
Dalam kebahagiaan ini, aku masih malu kepada anak-anak kerana pengetahuan mereka dalam agama adalah jauh lebih banyak dan lebih dalam daripada aku. Namun setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya.. Banyak pengetahuan agama yang aku dapat pelajari dari anak-anak dan juga dari Hubby Baby, yang tidak pernah mahu memaksa aku mendalami ilmu agama secara terang-terangan namun dia tidak pernah menghalang aku mengikuti mana-mana kelas agama dimana saja yang aku hajati. Dia sentiasa menyokong aku kerana dia sedar, dengan kesibukan kerja dan tanggungjawabnya di kilang, dia tidak mampu untuk menyampaikan ilmu yang ada dalam dirinya dengan lengkap..
Panduan Dhuha ini aku c&p dari web.. x ingat yang mana satu.. Tapi aku mahu ia terus disebarkan.. Moga ia memberi manfaat buat insan yang lain....
0 comments:
Catat Ulasan