Hari Sabtu yang lepas, semua ada di rumah. Along balik rumah sebab dia tak sihat. Kakak balik rumah kerana minggu ni balik wajib. Tapi Hubby Baby pulak yang terpaksa masuk plant untuk selesaikan masalah yg masih belum dapat diselesaikan... Janjinya lunch diluar. Lepas lunch boleh beli barang-barang keperluan anak-anak sekali. Tapi sebab tanggungjawab di kilang, dia pergi. Tunggu punya tunggu bak menunggu bulan jatuh ke riba, x jatuh jatuh juga bulan tu sampailah dah Zohor. Sudahnya dia call and minta bawa anak-anak lunch di mana-mana dahulu. "Sorry Yang. X boleh masuk product lagi. Tapi malam karang kita dinner sama-sama ye Yang"
My heart melt when he gives his wordssss... Adehhhhh |
Usai solat, "Jom kita lunch!"
Ingat nak makan kat kedai milik parents bff Addeen, tak ingat pulak nama kedainya tapi awal pagi tadi, sebelum Hubby Baby gi kilang, kami dah dating kat sana. Hoi! Breakfast, lunch kat sana, x malu ke?? Sampai kedai aje, Ayah Ammar (Ammar tu nama bff Addeen) kata "Tinggal nasi minyak aje kak" dgn sengeh lebau.. Dia memang kenal kami sebab anak sama kelas & kami kerap juga ke kedainya untuk breakfast, lunch, dinner ataupun supper. Kat sana ada roti canai (dah 4 tahun kami tak gi kedai mamak..).. So, kami pusing and "Jom kita makan kat Oh Fatimah aje. Kat sana pun ada nasi dengan mee jugak"
Dulu kedainya hanya ada signboard kayu kecik aje kat tepi tiang... Tapi sekarang dah grand dah signagenya.. Murah rezeki tokey.. |
Oh Fatimah ni famous jugak. Aku tak tahu la famousnya kenapa tapi kalau bas persiaran dan pelancong, mesti datang sini. Mungkin salah satu sebab kedainya berhadapan dengan Swiss Garden Resort & Spa kot... Aku tahu pasal Oh Fatimah ni pun sebab kat sini la aku berjumpa untuk pertama kalinya dengan bekas tunang-tak-jadi my lil big brother dulu..Tapi, dari sebuah warung yang kecil dah berubah jadi sebuah restoran yang besar... Kat sini juga ada jual kraft tangan yg berasaskan laut.. Memang Oh Fatimah ni dekat dengan laut pun.. Ni kan Kuantan...
Tray pertama islah ikan celup tepung dgn udang celup tepung Tray sebelahnya islah sotong celup tepung. Tray ketiga pisang goreng. Last tray tu keropok lekor. Sata dan otak-otak pun ada.. |
Dulu, memang hanya ada keropok lekor.. Lepas tu berkembang dengan sata dan gorengan seafood yang memang jadi makanan orang Pantai Timur ni.. Kami panggil "celup tepung". Ikan celup tepung, udang celup tepung, sotong celup tepung... Rahsia keenakan celup tepung Oh Fatimah ni terletak pada kesegaran seafoodnya.. Kalau kat tempat lain, mmg tak sedap la.bila tekak aku berkata-kata....Selain tu ada jugak nasi kukus berempah, mee/nasi yang goreng2, mee celup, nasi ayam dan macam-macam menu lagi selepas jam 4 petang..
Hidangan kami... |
Untuk aku sendiri, seekor ikan kembung celup tepung yang sangat enak bila dicicah sosnya.. Lepas tu order mee kari semangkuk. Cukup la tu kan bila lunch jam 3 petang ni... Untuk sejukkan tekak, aku order ABC se. Tu ABC kat depan tu aku punya la..hehehe Lupa diri la si diabetic ni! Sampai ikan tinggal tulang dengan kepala pun mee kari x kesampaian.. Aku redha aje la...
Anak-anak ambil 6 batang keropok lekor, 5 cucuk sotong celup tepung, 3 cucuk crab ball goreng dan 1 cucuk udang celup tepung. Ditambah lagi dengan mee celup untuk Kakak dan Along, nasi kukus ayam berempah untuk Along dan Adik. Addeen memadai dengan sotong celup tepung secucuk dan sebiji crab ball dengan sebatang keropok lekor. Dia dah makan roti canai 2 keping kat rumah untuk breakfast at 10am tadi.. Lebihnya, dia main dengan pencungkil gigi yang ada atas meja mesti owner tengok makan hati sungguh sebab budak ni tabur semua pencungkil gigi atas meja, lepas tu masukkan balik dalam bekas sebab dah kena tegur dengan Ummi dia! Hello! Ummi ajau ke buat gitu? Tak baik buat gitu! Kang orang lain nak guna..
Ummi! Jangan ambik gambar Adik tengah makan! |
Adik makan nasi kukus ayam peha berempah sambal belacan dan kari asing. Kelihatan macam x menarik mana pun kalau nak dibandingkan dengan nasi kukus ayam berempah yang kami selalu makan kat Mee Calong Beserah. Adik suka ayam berempah yang ada salutan rempah sedikit bertepung. Dia suka the crunchiness... Bila aku tanya, dia kata "Ok la.." Tu maksudnya x menepati citarasa dia la kan... Tapi habis licin jugak :)
Lagi sorang mangsa camera handphone cap semut aku.. Tangan tu sakit lagi.. bukan sesaja nak bergaya cam boxer... |
Along cuma complaint "Panasnya ayam ni!" aje.. Dan dia pun makan sampai habis.. Dia x complaint tu kira ok la jugak tu.. Kalau sedap pada tekaknya, dia akan komen sendiri tanpa ditanya.. Ni, dia x cakap pun.. So I take it as OK aje..
Untuk basahkan tekak, Kakak minta 2 gelas carrot milk, Adik minta watermelon juice, Along minta ice lemon tea & teh tarik, Addeen order milo tabur and Ummi cukup ABC yg tadi tu.. Budak yang ambil order tu dok sebut " air ada 7 ni"... Macam tak caya aje dia air 7 untuk 5 orang! Dik, meh sini makcik kasik tau.. Anak-anak makcik ni kalau makan dgn minum, memasing cam piranha tau! Tersengeh la kami semua... Hehehehe
Ini gambar menjadi bukti kesungguhan Ummi bila makan! Akakaka |
Kami berempat makan dan makan sambil berbual... Aku kalau time makan, memang dengan sepenuh hati.. Addeen pulak dok main dan bila dah puas main, dia usik abang dengan kakak-kakaknya. Kami selesai makan sejam kemudian... Kan makan ialah waktu berkualiti untuk keluarga....
Total yang aku bayar ialah RM56.00... minus satu mee celup dan mee kari yang sampai sudah tidak disediakan.... Walau terpandang-pandang mee kari tu, tapi perut aku kenyangggg juga..... Alhamdulillah...
Total yang aku bayar ialah RM56.00... minus satu mee celup dan mee kari yang sampai sudah tidak disediakan.... Walau terpandang-pandang mee kari tu, tapi perut aku kenyangggg juga..... Alhamdulillah...
2 comments:
makan gini mmg terbalik la kaka
sotun gelup tepung 1 plate plzzzzz :P
Ayu, mmg sedap.. Habis kerak dia pun akak letak sos cicah & slurp! Heaven! Tp bila dah sedar, "Oh my! Sangat x sihatnyaaaa....." Tapi.. Sayang semuanya, sudah terlambat... hehehe
Catat Ulasan