CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 19 Oktober 2012

Azabnya Hidup ....

Sejak kebelakangan ni, aku banyak menonton drama dan filem Melayu. Sengaja mahu menilai kesedaran dan kematangan dunia perfileman negara kita... Malam tadi, aku sempat tonton sebuah drama yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin. 

Neraka Ayah.. Kisah kesukaran bagi Kimi, seorang remaja yang diamanatkan oleh arwah Ibunya untuk menjaga adiknya Achik. Kehidupan dua beradik ini sebagai anak penagih dadah dan kaki judi adalah sangat azab, bagi aku yang menonton... I can relate it to someone dearest to me :(

Dalam kegelapan malam, hanya skrin computer sahaja yang memantulkan cahaya, menitis airmata... Aku tahu kisah itu memang terjadi dalam masyarakat kita. Penghinaan dan cemuhan dari teman-teman dan orang sekeliling hanya menambahkan lagi kesakitan dan penderitaan mereka. Yg menerima hinaan dan cemuhan itu tidak dapat hendak menghalang ia dari terjadi tapi jika semua itu diterima sebagai ujian dan dugaan dari Allah, akan ada pengakhiran yang baik.

Aku tak pandai berkata-kata.... U all tengok aje la cerita ini.. Memang kualitinya tidak sama dengan filem-filem dari Hollywood tapi pada aku, banyak yang boleh dipelajari dari cerita ini.. Ada jugak scene yang macam tak logik bilamana Kimi berusaha membawa Achik ke klinik di penghujung drama merentasi kampung tapi tiada seorang pun makhluk yang datang membantu! Setahu aku, orang kampung la yang akan datang membantu dengan tanpa dipinta.... 


Apapun, lakonan yang baik dari Syafie Naswip dan Rykarl Iskandar! Rupa Rykarl ni sebiji macam anak buah aku, Sabrina Azrai! Dari mula drama aku dah lorat "Yang! Muka cam dak Sabrina la!" dan semasa tengahari tadi, sambil lunch dengan Hubby Baby, di TV, sebuah drama lakonan Aaron Aziz dan Rykarl! "Eh! Dak Sabrina lagi la, Yang!" X caya??? Jap eh.. Cuba tengok!


L-R :  Harris @ Abang, my sis masa ambik her scroll in master kecik-kecik cili padi tu... A Safety Officer !!!, and Sabrina @ Adik

Sama tak? Bezanya Rykarl lelaki dan Sabrina perempuan!

Anyway, cubalah untuk tonton drama ini...



0 comments:

Catat Ulasan