CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 21 Oktober 2012

Bila Direbus..


Hampir setiap Ahad yang terluang, aku dan Hubby Baby akan ke Pasar Tani di Stadium Darul Makmur.. Banyak daun-daun yang aku sendiri tak pernah nampak di sekitar Melaka tapi ada disini.. Ramai peniaga yang datang dari ceruk-ceruk kampung sekitar Kuantan & Pekan. Malahan ada juga yang dapatkan barang jualan dari Temerloh, especially ikan patin lawang dan ikan-ikan sungai yang lain. 

Satu benda yang menjadi favourite belian kami di hari yang santak santai ini ialah jering rebus.. Semasa di Melaka dulu, aku tak pernah makan jering.. Sambal jering, jering masak lemak atau apa-apa yang berkaitan dengan jering memang bukan pilihan aku la.. Tapi aku suka ambil kulit jering, potong separuh sampai ketengah diameter jering & sepit kat telinga jadi anting-anting.. :) Inikan pula jering rebus! Memang ia suatu yang baru bagi aku 13 tahun yang lepas... Tapi sekarang tak lagi..

Jering rebus is a must kalau gi Pasar Tani!  Jering rebus dimakan dengan parutan kelapa muda yang digaul rata dengan garam dan gula. Pernah juga dulu terbeli jering yang dah tak boleh nak ditelan lagi.. Kelapanya dah mulai berbau dan jeringnya berlendir ..  Takut pulak cirit, so aku buang terus seplastik! Tapi dalam dua minggu ni, ada satu tempat yang jering rebusnya sedap kat Pasar Tani tu.. Baru 2 minggu jumpa sebab berminggu-minggu sebelum tu asyik busyyyy aje dengan macam-macan aktiviti setempat.

Last week, Hubby Baby beli 3 bungkus jering rebus ni (Dia yang ajar aku makan jering rebus!). Sebungkus kami share berdua semasa dalam kereta menuju rumah. Lagi 2 bungkus, dia bawa pi kilang seminit selepas aku turun dari kereta kat depan rumah! Tadi dia dok sakan tanya aku "Yang, ingat tak kat mana kita beli jering rebus hari tu? Abang bawak gi plant, budak-budak yang memang pandai rasa jering rebus ni semua kata sedap. Nak nak Pian! Dia memang selalu makan yang mak dia buat kat kampung. Bukan senang nak buat ni.. Kena pakai macam2 daun nak kasi hilang pahit dan 'ubat' dia" .

Aku yang selalu jadi GPS bergerak ni pun pimpin dia sampai kat gerai tu. Letaknya gerai itu di entrance masuk yang pertama ke parking area Stadium Darul Makmur, kalau dari T-junction Kamdar. Kiranya entrance yang mengadap LKPPN di Bangunan Malay Chinese Indian Town tu..  Gerainya ialah gerai kedua sebelah kiri entrance tu.

"Kak, kasik 5 jering rebus tu" kata aku kat kakak yang menjual tu... tapi aku rasa aku ni lagi kakak dari dia! Kasik chance la rasa muda..hehehe
"Banyak beli. Makan sorang ke?" tanya makcik yang duduk kat tepi meja jering rebus tu.. Mungkin tu mak kakak tu kot.. 

Hubby Baby pun dengan ramahnya bersuara, "Minggu lepas saya beli. Kawan-kawan kata sedap. Tu yang beli lagi ni. Nak bawak pi kilang lepas ni. Sapa buat?"
Aku ingat, mesti makcik tu yang buat.. Kakak tu jawab "Dia yang buat" sambil tunjuk kat orang yang  kat tepi meja sambil senyum lebau.. Eh! Bukan makcik tu tapi seorang lelaki yang memang nampak macam orang kampung piau, berdiri sambil senyum dengan bangganya...
"Nak order pun boleh. Ni kita rebus dengan daun-daun kampung", sambut lelaki tu..

Aku bayar RM10 untuk 5 bungkus jering rebus tu. Sebungkus RM2 sahaja.. Kira ok la tu nak dibandingkan dengan proses merebusnya yang memakan masa berjam-jam tu...

Selesai akad jual beli, aku kata "Yang, kakak tu kata boleh order.. Nak ambil nombor hp tak? Kita boleh order bila K Oza datang. Kalau Mak dengan budak-budak datang pun kita boleh order.. Syok kan kalau makan ramai-ramai..."
"Kang kalau kerap sangat makan kang, jemu pulak", jawab dia.. Potong stim betul! Bersemangat kita ni nak ambil contact number, dia cakap gitu.. 

Apapun, sampai dalam kereta, jering rebus sangkut kat dalam kereta aje, x letak kat bonet barang pun..
Sampai di rumah, dia keluarkan sebungkus jering rebus tu dan sama macam minggu yang lepas, dia terus pi kilang membawa bersama 4 bungkus jering rebus, selepas seminit turunkan aku.. Hehehehe...

Macamana nak buat jering rebus? Daun apa yang nak digunakan dalam rebusan? Berapa lama nak rebus? Mau rebus jering tua @ muda??? Tolong jangan tanya soalan itu sebab aku hanya tahu kita kena kukus parutan kelapa, gaul dengan garam & gula secukup rasa sahaja.. Tang jering, aku tahu makan sahaja.. Nanti kalau ada resepi yang boleh dipercayai, aku akan share, insyaALLAH. Tapi kalau sesiapa ada resepi yg ori, boleh  juga share dengan aku.. Mana tahu aku nak buat sendiri ke.... Eh! Jangan gelak! Jangan gelak!

* Ada terjumpa resepi jering rebus kat blog Dari Dapur Orang Kampung ni.. Sapa rajin, cuba la dulu.. Kalau buat, share la hasilnya.. 

0 comments:

Catat Ulasan