CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 17 Disember 2010

Ia hanyalah satu soalan...

Aku nak minta maaf pada sahabat2 yg mengajar BAhasa Malaysia  kalau apa yang aku bakal tuliskan ini salah...

Semasa aku mula belajar Bahasa Melayu di sekolah rendah dulu, aku dan kawan-kawan sekelas di ajar tentang jenis-jenis ayat. Macam-macam jenia ayat ada. Ada ayat pasif. Ada ayat aktif. Ada ayat penyata. Ada ayat berbentuk soalan dan macam-macam jenis lagi..
KAmi di suruh buat berbagai bentuk ayat bagi setiap jenis yang diminta oleh cikgu..
Masa tu, aku pandai Bahasa Melayu ni.. Bukanlah pandai sangat tapi kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan berbangsa Cina & India yang lain, memanglah aku pandai..hehehhe

Benda yang sama juga aku belajar masa di sekolah menengah.. Yang paling aku ingat, setiap ayat berbentuk soalan, akan diakhiri dengan tanda soal dihujungnya. KAlau ayat seruan, diakhiri dengan tanda seruan di akhir ayat juga... Kalau ayat penyata, hanya sekadar dimatikan ayat dengan tanda noktah sahaja..

Dalam satu situasi yang membabitkan dua orang:
A: Aku nak tanya ni..
B Apa dia yang kau nak tanya?

Ayat Si A menunjukkan yang dia menyatakan keinginannya untuk bertanya pada si B.
Ayat Si B pula menunjukkan yang dia sedang bertanyakan kepada Si A, apakah yg menjadi kemusykilan Si A.
At the end of the day, bolehkah Si B menyatakan yang Si A menuduh @membuat fitnah pada dirinya sedangkan dengan terang-terangan Si A menyatakan yang dia hanya ingin bertanya...

Mmm... Sudah terang lagi bersuluh.. X faham macamana satu soalan boleh berubah menjadi tuduhan @ fitnah.. Siapa yang menfitnah & siapa yang difitnah ni???

ALLAH TAHU!


Antara perbuatan yang paling ganjil di dunia ialah menipu diri sendiri. Contoh menipu diri sendiri ialah dia meyakini apa yang dipegang itu benar sedangkan dia sendiri mengetahui dia tidak meneliti apa yang dipegang itu sampai jelasnya nas dengan kaedah syarak yang telus. Lantas terus dia memaksa akal dan hatinya untuk menganggap apa yang dipegangnya itu benar dan berilusi dengan tanggapan itu sedangkan dia amat maklum yang dia tidak menelitinya sehingga benar-benar puas hati. Dia juga sedar bahawa cara dia menerima kebenaran ada unsur " buyers". Bukankah itu suatu perbuatan ganjil kerana menipu diri sendiri sedangkan diri sendiri mengetahui yang dia belum menilai nas dan hujah dengan sehabis mampu ? Apatah lagi dia sendiri sedar bahawa dia tidak tahu membezakan yang mana hadith sahih atau hasan dan yang mana dhaif atau palsu.

Jadi mengapa dia bertegang leher dan bermati-matian dengan pegangannya yang diputuskan dengan cara yang tidak telus ? Mungkin inilah penyakit yang diceritakan di dalam Quran seperti ayat berikut :

Allah Berfirman: " Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya MENIPU DIRINYA SENDIRI SEDANG MEREKA TIDAK SEDAR. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. "

[ Surah Al Baqarah Ayat 8-10 ]

HAK HAK ANAK TERHADAP IBU BAPANYA.

1. Wajib menyempurnakan keperluan makan minum mereka bila diperlukan.

2.Melengkapkan keperluan pakaian mereka yang mereka hajati. Rasulullah s.a.w. ketika menerangkan ayat yang bermaksud:

"Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah Luqman ayat 15)".

3.Menghulurkan sebarang bantuan apabila mereka memintanya.

4.Menyahut panggilan mereka.

5.Mentaati semua perintahnya selagi mana tidak menyuruh berbuat maksiat.

6.Berlemah-lembut ketika berbicara dengan mereka.

7.Jika berjalan harus dibelakang mereka.

8.Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan ALLAH S.W.T. dan rahmat-Nya Sebagaimana doa Nabi   
  Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.yang berbunyi:


   "Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami serta semua kaum mukminin pada hari
    perhintungan/hari kiamat."

MENDIDIK ANAK DENGAN CINTA

‎"Daripada Abu Umamah,seorang lelaki bertanya, "Wahai Rasulullah! Apakah hak kedua ibu bapa yang mesti ditunaikan oleh seorang anak" Jawab Rasulullah s.a.w "Khidmatmu kepada mereka itulah yang menentukan sama ada engkau masuk syurga atau neraka".(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah).


 "Anak adalah kurniaan ALLAH yang tidak dapat dinilai dengan apa sekalipun. Ia menjadi tempat curahan kasih sayang kedua orang tua. Namun, apabila bertambahnya usia anak, timbul pula persoalan baru. Apabila anak meningkat dewasa, anak dapat menampakkan wajah yang manis dan sopan santun, berbakti kepada orang tua, berprestasi baik di sekolah serta bergaul dengan baik dengan masyarakatnya."

     Tetapi bagi pihak yang lain mungkin berlaku sebaliknya pula. Tingkah lakunya semakin tidak terkawal, kenakalan berubah menjadi kejahatan dan ibu bapanya sering risau memikirkannya. Anak adalah pelaburan yang mahal. Wang yang kita keluarkan bagi mendidik anak supaya menjadi anak yang soleh, bukanlah pengeluaran yang sia-sia, tetapi itu adalah modal yang bakal memberikan keuntungan kepada kita.

     Tenaga yang kita keluarkan bagi mendidik anak tidaklah sia-sia, sebaliknya sebuah pelaburan yang menguntungkan .Oleh itu, kita perlu serius melabur untuk anak-anak supaya menjadi anak soleh. Apabila kita meninggal kelak, mudah-mudahan anak kita dapat menguruskan diri, keluarga dan segalanya. Kita perlu menganggap keturunan kita adalah sebahagian daripada keselamatan dunia dan akhirat untuk kita.

     Pengorbanan kita pada anak-anak tidak perlu dikira, apatah lagi mengharapkan balasan budi. 

     Beringatlah, semakin banyak kita berharap, semakin banyak pula kekecewaan yang kita dapat. Anak-anak adalah amanah daripada ALLAH yang perlu kita didik dengan baik. Perkara membalas budi dan keuntungan, kita serahkan kepada ALLAH, kita tidak perlu menagihnya daripada anak-anak kita.

     Apabila hati kita ikhlas, tidak mengharapkan balasan, tidak memaksa, pasti kemulian bakal terserlah. Tetapi apabila hati riak, batin kita bakal sengsara. Mengharapkan pujian dan pujaan, akhirnya mendapat hina dan nista. Anak-anak adalah aset keselamatan dan kebahagian dunia dan akhirat. Akhlak yang baik di kalangan anak-anak menjadi pengikat kasih dan mencipta keharmonian dalam hubungan sesebuah keluarga. Kita perlu membekalkan anak-anak kita bukan sahaja dengan ilmu, tetapi rezeki yang kita terima juga perlu halal supaya anak-anak kita berakhlak mulia.


Jom!

Di setiap detik yang terluang, kita boleh sentiasa basahkan lidah dengan 

                                

                   إستغفار اللَّهَ

"Aku memohon ampun kepada ALLAH, aku memohon ampun kepada ALLAH."



Hakikat istighfar dalam Islam adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada ALLAH S.W.T sambil memohon ampun terhadap segala dosa dan kesalahan yang dilakukan. ALLAH S.W.T memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya beristighfar sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi."(Surah An-Nisaa' ayat 106).

Khamis, 16 Disember 2010

Sisih

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sisih
sisih; ; menyisih 1 beralih ke tepi utk memberi jalan kpd orang lain; menepi: Kalau ada kereta, ~lah. 2 menjauhkan atau mengasingkan diri ke; menyendiri: Apabila orang datang, dia segera ~ ke dlm bilik. menyisihkan meletakkan ke tepi; mengasingkan; mengesamping­kan: ~ diri mengasingkan diri. tersisih sudah diasingkan atau dipisahkan dr yg lain; terasing: Dia berasa dirinya ~ dr masyarakat kampungnya.

-tersisih sudah diasingkan atau dipisahkan dr yg lain; terasing: Dia berasa dirinya ~ dr masyarakat kampungnya

-menjauhkan atau mengasingkan diri ke; menyendiri: Apabila orang datang, dia segera ~ ke dlm bilik.

- bersisih berpisah, berasing; ~ antah dgn beras prb berasingan orang kaya dr orang miskin; menyisih 1. beralih ke samping atau ke tepi (utk memberi jalan lalu dll), menepi, me­nyamping: dia ~ ke tepi memberi jalan kpd ibunya mendapatkan adiknya; 2. meng­asingkan atau menjauhkan (diri) dr, meng­hindar, menyendiri: selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga; 3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; disisih bagai antah prb a) diasingkan dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur ke­rana miskin; menyisihkan 1. mengasingkan (diri dll), memencilkan, menjauhkan: perasaannya yg berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yg sunyi; 2. me­misahkan, mengetepikan: pentingnya bahasa sbg alat dlm sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada; 3. Id menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dlm per­mainan dll), menyingkirkan (lawan); tersisih (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah: dia berasa dirinya ~ dr kawan-kawan yg telah lama bekerja di sana; hidupnya ~ dr kaum keluarga; sisihan (Mat) perbezaan antara nilai ke­putusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji; penyisihan perbuatan menyisihkan: ~ diri dan perasaan kecewa terhadap penderitaan manusia.

Satu perkataan yang mempunyai banyak maksud dan banyak penggunaannya.
Ada orang akan menggunakannyadalam cara yang negatif.
Jika digunakan secara negatif, maka kesudahannya akan negatif juga.
Ada juga yang positif dalam penggunaannya.
"Ali menyisihkan diri dari pergolakan itu untuk menenangkan keadaan."

Ada manusia yang tidak suka berada dalam suatu kelompok, lantas dia menyisihkan diri. Tapi disebabkan penyisihan dirinya itu, akhirnya dengan sendiri dia merasa tersisih. Hinggalah pada suatu masa, dia menganggap dirinya disisih oleh kelompok tadi.
Dalam keadaan begini, penyisihannya itu membawa kepada kesudahan yang negatif...
Pengajarannya, janganlah kita cuba menyisihkan diri atas kepentingan diri sendiri yang bakal memakan diri..Bila dah terasa disisih, janganlah salahkan orang lain pula....

Mmm.. apa yang aku merepek ni??
Ops! lupa! Blog aku! Ikut Suka Aku!(credit untuk cousin aku, Syaidah sbb kenalkan ISA ni..)


Pengetik keyboard yang serabot..huhuhuu



Hafazan Solat Delisa

#Don't judge a book by it's cover

Buku ni hasil tulisan penulis dari Indonesia..Tere-Liye , nama yang tercetak di kulit novel ni.
Faeiqah pinjam kat Perpustakaan Awam Pahang last week.. Masuk kereta, terus dia baca buku ni (macam le ganjil! Mmg camtu anak aku no 2 ni..) Sampai rumah, dari dia turun kereta sampailah dia terbaring dalam bilik, matanya tak lepas dr buku ni.. Satu persatu mukasuratnya dia amati... Sampai satu saat, aku tengok dia menangis..

"Kakak, kenapa?"tanya aku pelik...

"Buku Delisa ni sedih lah ,Ummi.." jawap dia..
Mmmm... Itu pun aku tak pelik.. sbb dia ni macam aku jugak.. Bila baca novel, penghayatan dia memang dasyat!
Aku jeling lagi kat dia. Menitis airmata dipipinya...

"Mesti cerita ni sedih sangat" aku berkata dlm hati.

Petang hari yg sama, dia dah khatam "HAfalan Solat Delisa" & dia masukkan dalam bag plastik FOS ni..

                                 (Ni le beg yg kami lanyak dengan buku-buku setiap kali ke perpustakaan saban hari)
                                                                                
HAti aku bagai dijentik-jentik ..Nak tahu bait-bait kata dalam novel ni yg berjaya merintikkan airmata anak dara aku ni.. So, sebelum tidur malam tadi aku selak muka surat demi mukasurat novel ini...TAki sedar aku tertidur ...sampai Subuh tadi..
Semasa hendak keluar, bersiap untuk drift, hantar Faeiqah ke sekolah (sekolah dia ada buat kelas tambahan masa cuti untuk pelajar-pelajarnya yang akan menduduki UPSR tahun depan), aku sambar Hafazan Solat Delisa. Bolehlah aku  baca semasa sarapan dengan BAtrisyia selepas hantar FAeiqah nanti (Lepas ni jangan tanya lagi ye dari siapa Faeiqah dapat perangainya yang suka membaca, waima di meja makan sekalipun!)..
Sambil makan roti canai banjir dhal bersambal ikan bilis, aku sambung semula pembacaan aku yg terhenti malam tadi. Setiap bait perkataan aku hayati dan....
Hati mulai sebak...Mataku mulai berkaca (bukan kaca mata tau!)

"Oooo...Patutlah Faeiqah menangis... Memang tersentuh dengan susunan kata-kata si penulis yang membayangkan Delisa yg terlalu ingin khusyuk dalam ujian solat di madrasah, dan pada masa yang sama, tsunami mengganas di Tanah Acheh (cerita ni berkisar di Acheh). Cara dia mengolah ayat, aku terasa bagai  sama dilambung ombak tsunami yang mengganas tanpa mengenal mangsanya....

"Adik, memang sedihlah cerita ni... " aku bersuara mengganggu kunyahan Batrisyia yg sedang asyik menikmati nasi lemak ayam berempahnya...
"iye ke, Mi?" soal Batrisyia yg memang selalu inginkan kepastian.
"Ha ah lah, Dik. NAnti adik baca pulak ek lepas Ummi dah habis" aku sarankan padanya.

U all...kalau tengok pada tajuknya, memang novel budak-budak aje..Sama macam novel-novel keluaran PTS yang memang menjadi koleksi Faeiqah & Firdaus dari empat tahun yang lepas. Tapi, cubalah cari novel ni. Baca. Hayati... Kalau tidak tersentuh hati si pembaca, memang kau hati kering!
*Gambar ini hanyalah sekadar hiasan semata-mata..

Hubby Baby selalu pesan...
Apa pun kita buat
Apapun kita ucap
Apapun kita berbisik
Yang penting, AKIDAH kena jaga..

Akidah ni kelihatan kecil
Tapi sebenarnya Akidahlah yang paling mudah terpaling.
Kadang-kala, apa yg terkeluar dr mulut kita boleh menjejaskan akidah kita..
KAdang-kala apa yg menjadi gurauan kita boleh menggugat akidah kita..
KAdang-kala apa yg kita pakai juga boleh menyerongkan akidah kita..
Selalunya itu semua tidak kita sedari....

So, ingatan untuk aku sendiri..
JAga lidah
JAga hati
Jaga perlakuan
Jaga pakaian
Jaga persekitaran kita....
Dan yang paling utama....
Jaga solat kita
Mohon supaya Allah sentiasa melindungi ,
 Memberi hidayah buat kita
Supaya akidah kita tidak terpesong atau hilang.....

Isnin, 6 Disember 2010

MENYAMBUT TAHUN 1432..

TAhun baru menjelma lagi... 
X perlu bunga api yg dibakar & memenuhi langit KLCC..
X perlu konsert-konsert yg hingar-bingar lagi melekakan kita..
X perlu topi-topi  party & tembakan serbuk2 'emas' dihemburkan bagi menyambut kedatangannya...
Cukuplah dengan hanya memohon ampun & maaf dari suami, ahli keluarga, jiran sekeliling  & sahabat handai kita..
Diikuti dengan kebaikan-kebaikan yg kita boleh lakukan di mana sahaja kita berada...
BAik di dalam kereta, di kedai runcit, mahupun di tepi jalan sekalipun...
Jangan kita sempitkan maksud 'kebaikan' itu dengan berzikir, alunan yg bertajwid dr bibir atau bersujud kepada Penciptanya..
Maksud 'kebaikan' itu sangat luas... Terpulang pada kita untuk mentafsirnya...
Pastikan tafsiran kita itu x melangkaui batas-batas agama.....

Hari ini, nantikan akhir waktu Asar supaya kita dapat berdoa kepada Allah di punghujung tahun 1431 ni..
Dan juga doa di awal MAghrib pada malam 1 Muharram 1432 ... 



Doa Akhir Tahun 
 -dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata 
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”




Doa Awal Tahun 
 -dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
 “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Mudah-mudahan tahun baru ini, kite penuhkan dengan kebaikan...
Dan mudah-mudahan Buku Catatan kita yg dipegang & dicatatkan oleh Malaikat Raqib akan penuh, berbanding dengan Buku Catatan yg diamanahkan kepada malaikat Atid...
Insyaallah......

Selamat TAhun Baru 1432 buat semua...
Sentiasalah buat kebaikan ..walaupun sesekali kebaikan itu membawa kepedihan di hati kita mahupun orang lain..kerana yg menilaikannya ialah Allah Yg Maha Adil & Maha Mengetahui..........

Aku memohon ampun & maaf kepada semua..atas segala silap & salahku... tingkah & lakuku..

Sabtu, 4 Disember 2010

Projek Satu

Dah berbulan aku beli benda alah ni... Kengkonon nak letakkan kat tudung anak-anak & baju kurung untuk Hari Raya yang lepas...Tapi...
"Yang, Anbang tengok, benda ni dah nak seinci dah abuknya....KAng ilang lip lap kang, payah lak..."Sinis Hubby Baby aku... 
 

Bila dia kata, Annual Dinner tahun ni themenya Arabian Night.... takkan aku nak jadi Tuan Puteri cam dalam citer Aladdin & The MAgic Lamp  lak???? Mau tersembul semua mata yg kenal kami....
Pi la jugak cari abaya yg ada bling2 @ yg ada pattern2 sikit.. Habis satu Kuantan aku pusing! X jumpa!
Teringat lak benda alah ni dah macam majuk kat dalam bilik jahit tu... selak-selak helaian abaya....
Hehehehehehe.. apa lagi...Meh kita tepek je mende ni kat abaya yg "Hitam Itu Menawan"!
Aku dok membelek2...x hengat camne nak tepekkan dia ni... Dok memikir...google kat tenet....Tapi x jumpa cara... 
Dah nak dekat pi bandar Kuantan dah..Nak tanya balik kat Nyonya kedai tu, camne nak buat!
Huwa!Huwa!Huwaaaa!!!! Mesti kena gelak punya!
Selepas dah migraine, barulah aku ingat...... 


 Step 1:  Memula, gunting dulu pattern yg kita nak tepek tu.. Senang sikit nak adjust...
  Step2: Tampalkan aje lapisan plastik yg bergam menda alah tu..Apa ke namanya ek????


 Kena adjust bebetul... Budget le pattern yg ada tu lek lok.. Kang ada yg x cukup lak kang....

 Step 4: Terbalikkan bahagian yg dah bergam ngan lip lap tu & iron....
             Aku guna iron Tefal Glider tu...So kena pegang bebetul.. KAng dia dok 'menggelide' ntah ke mana2              lak iron ni! Hehehehehehe.... Berkesan sungguh iklan Tefal Glider tu ek! 
Iron le sampai agak2 dia dah melekat semua mende alah tu.. Kang x cantik lak ....
 Step 5: Pas tu, balikkan balik & tarik plastik dia pempelan....Pempelan aje sbb kalo ada yg masih melekat kat plastik dia, leh glidekan iron tu lagi....
PEMPELANNNNN AJE! Cuba nengok ...lemah lembut & penuh gemalai aje aku tarik plastik tu..Kan..kan..kan... hehehee  (Kalo korang nak muntah ijau mengimaginekan kelemah-lembutan & kegemalaianku... silakan!)
 Step 5: Ulang le processnya berapa kali pun korang suka.... NAk tabur2 pattern dia pun boleh...Nak skema cam aku punya ni pun boleh gak....Alamak!X sama tinggi rendah le!!!!!
Xpe..bukan orang perasan pun...Janji Hubby Baby kata sedap mata dia memandang & x over, ok le tu....
Ini le hasil keras tangan aku.... 
Aisey! Kamera cap ayam... hasilnya pun rabun-rabun ayammmm


Malam ni nak pakai..... serba itam... sebab Hubby Babyku suka aku pakai colour itam...Tapi itam bukan sebarang itam tau! Shiny-shiny gitu!

Untuk Hubby BAby..good luck with ur performance tonite!
Mungkin x leh lawan dak Saiful, hubby dak Ros (my friend since Std 1!) yg dah bergelek gerudi ngan CT & KD hr tu... Hehehehe....

BTW, ignore je tarikh kat gambau2 tu... Cap ayam..tarikh pun kena ikut calender ayam le...hehehehe...