CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Rabu, 23 Februari 2011

Sokkabau

Seperti biasa awal-awal pagi ni aku mengemas... termasuk le area depan tv cum tempat Hubby Baby buat homework dia @tempat anak2 ambil kesempatan buat homework kat sini sambil jeling-jeling TV.Syok tau dok kat meja ni..siap ada bantal besau panjang lagi tersedia kat situ! Boleh landing kalo penat! Dulu, aku simpan meja ni setiap kali selepas digunakan. Kakinya boleh dilipat.. Aku yang nak sangat meja jepun ni untuk aku buat potong kain baju (masa tu memang rajin bebenau jahit baju). Hubby Baby kurangkan RM495 dari walletnya untuk meja aku ni.. Dia  terpaksa  sanggup menapak satu Kuantan melayan aku mencari meja jepun yang aku berkenan..
So, to cut long story short, meja ni ialah meja pelbagai guna.. Ada masanya jadi meja makan! What do you expect when it's multifunction? Banyak la aktiviti yang berlaku kat atas, bawah, depan, belakang, kiri dan kanan meja ni! Addeen suka nyorok bawah meja ni Dan banyak la jugak sampah sarap yang ditinggalkan sebagai jejak warisan selepas semua aktiviti selesai dilakukan dengan jayanya... 
Tapi pagi ni aku jumpa satu benda yang aku jadi sakit mata kalo nampak benda ni ada kat bawah meja... 

Ha! Ni le! Sokkabau dah baca, malas tak rajin nak nyimpan kat tempatnya, maka dibiarkan terhampar lesu kat bawah meja jepun aku tu... Huhuhuhu.. Sapa le punya keje ni??? Sapa lagi kalo bukan Amoi sorang tu! Dak Faeiqah le... sebab dia aje yang  bawak bahan bacaan kesana sini untuk dibaca.. Lagi pun semalam, dalam kereta, kusyuk masyuk dia membaca sokkabau ni.. Siap dia cakap "Pencari mangsa yang jadi mangsa" pasal berita utama tu.

Dah beribu kali aku ingatkan rakyat jelata supaya "tolong simpan sokkabau semua lepas baca , ok.. Kalau tak Ummi tak mo lagi beli sokkabau!"  tapi kekadang diaorang tak ingat pesanan penaja tu.

Sebab sokkabau ni le jugak aku sering rasa terseksa bila apek old newspaper tu cakap cha ya nun alif dengan aku bila dia datang beli my old newspaperS. Dia ingat, kalau banyak sokkabau ngan buku comic cha ya nun alif ni, semua dalam rumah ni terrer cakap cha ya nun alif?? Lepas ni, kalo dia datang, aku nak sorok semua sokkabau Shin Chiew Daily ni belah bawah ngan comicsnya sekali!

Tapi yang paling penting, aku nak kasi ingat.. TOLONG SIMPAN SEMUA SOKKABAU DI TEMPATNYA SELEPAS DIBACA!!!!
Dah letih le dok pesan benda yang sama aje tetiap hari.... 



Very Important Tip..

 Tips apa aku nak kasi hari ni?? chewahhhh..cam le aku selalu kasik tips ek! Ok..ada kaitan tau tiip aku dengan gambau kat atas ni... Berkaitan dengan apek tu ke? Oh, tidak juga.... Apek tu korang jangan kacau ek.. Jangan memain ...Tu orang penting dalam PIBG SJK(C) Kong Min tau! Bukanlah Pengerusi tapi ...heheheh...aku pun tak ingat! Since dia ni dah pencen kerja dan dah pencen pun antau anak kat sekolah ni tapi dia ni macam Ahli Seumur Hidup la.. Jangan ingat parti politik je ada Ahli Seumur Hidup tau! Dia ni selalu buat apa-apa yang dia rasa patut dia buat. Tak kesah le apa pun..cuci longkang ke, jaga lalu-lintas ke, cabut rumput ke..semua dia buat! Ops! Dah terlajak jauh ni..

Gostan sikit.. Hari ini, ada le projek aku buat... Tengah concentrate buat projek, cousin aku lak buat panggilan hangit kat aku.. Ni le cousin yang dah menghangitkan duit TM! Free babe! Sejam bercakap tak ingat dunia! Sambil cakap, leh lak aku antau anak-anak pi KAFA...Dasyat!
Ish! Enterframe betul le dak Yan ni!

Back to the story of today, Sibuk dengan project dan dak Yan ni, aku tengok jam dah kul 4 pm! Alamak! Faeiqah keluar kul 4.30 pm! Kelam-kelibut le aku simpan jap project aku dan bersiap nak ke sekolah  yang namanya tertera kat gambau apek tadi! Siap stokin dan tudung, aku pun dengan confidentnya keluar rumah, start engine kereta dan kluaukan kereta dulu.. Dah tutup pagau, aku pun vroom le...

Ni nak ambik anak kat sekolah aje... tapi tudung cam nak ajau anak murid kat sekolah... Bila dah sampai kat Batu Hitam, jari kaki terasa gatal le plak.. Aku pun nak le garu kejap ... Tapi apsal aku rasa kaki aku lain aje ni??Rupa-rupanya...
Astaghfirullahal'azim.... Aku tak pakai kasut! Buruk bebenau le bila aku sarungkan selipar tu! uish! Jangan le korang kutuk.. Aku tahu aku sengaja  tak nak mampu nak beli CROCS tapi kalo setakat Cap Buaya, memang aku mampu le... Al maklum le..aku ni suri rumah bendul aje! Rumah aku takde tangga tapi ada bendul aje tau..... 
Huhuhu.. Nasib baik aku tak ada apa plan untuk turun pergi kedai depan sekolah.. Tapi aku dok nunggu dak Faeiqah dekat 8 minit kat pagau. Dia tak kluau kluau lagi! So, dengan paksarela aku terpaksa le kluau jugak dengan selipar ni... Aww! Mak tak rela! Faeiqah ni pulak, suka bebenau dok balik tiang kat canteen sekolah. Mana le nak nampak aku... 
Dari kereta nak sampai ke tiang favourite dia tu, ada le dalam 50 langkah aku yang gedabak ni.. Aku tengok adik yang kerja canteen tu pun sarung kasut! Oh! Malunya aku bila adik tu pandang kaki aku! Apsal le ko nak pandang kaki aku ni Dik oiii!!! Cecepat aku melangkah dan pi balik tiang tu. La.. Minah ni takde lak! Ops! Aku memang panggil bubudak ni dengan panggilan 'Minah" kekadang.. Aku rasa cam zaman dudulu lak..
Aku kena tambahkan lagi 20 langkah yang tak berapa nak lawa ni ke toilet cari minah sorang ni.. Since tak pakai kasut, aku tak le masuk toilet bubudak ni... Aku diri kat pintu dan panggil "Faeiqah... Faeiqah... Faeiqah..." macam panggil makwe lak! Since takde sahutan, aku pi le kat Science Lab sekolah.. Tapi ternampak lak Faeiqah kat pathway.. Cecepat aku ajak dia balik.. sebab langkahku yang masih terasa kejanggalannya! 
Tip of the day, sila pasang cermin yang agak-agak leh muat badan kita kat tempat kita sarung selipar tu supaya kita dapat cermin diri head to toe sebelum masuk kereta!

Selasa, 22 Februari 2011

N3 yang tak pernah lagi menjadi...

Cool Lean
Antara n3 yg aku nak sangat buat ialah tentang ayah aku..
tapi bila duduk ngadap laptop ni, bersedia untuk mula mengetak keyboard, aku jadi lemah hati plak... Mesti nangis x ingat dunia! Satu hari suntuk aku nangis..cam skang ni.. huhuhu..sob..sob..sob...
Al-Fatihah buat arwah Ayahanda.. Zainudin B Hj Adam... Rindunya kat ayah....:((
4 minutes ago ·  ·  · 

Jika Ayah..

 Jika ayah masih bernafas, 
hari ini genap ayah 65 tahun..

Jika ayah masih bisa tersenyum, 
ayah pasti tersenyum melihat kebahagiaan anak-anaknya..

Jika ayah masih berjalan, 
 pasti ayah berjalan penuh kegembiraan ke rumah anak-anaknya...

Jika ayah masih berkata-kata,
 aku yakin ayah sedang berkata-kata kepadaku..
"Ayah sayang anak ayah yang comel ni.."

Jika ayah mampu melihat,
 aku yakin ayah sedang memandang bahagia anak-anak dan cucu-cucunya..

Jika ayah mampu memegang,
aku percaya ayah akan membelai setiap dari kami dengan selaut kasih sayang..

Jika..
Jika...
Jika....

Jika ayah mampu mendengar,
dengarlah suara hatiku
yang amat merinduimu

dengarlah suara cucu-cucumu
yang acap kali menyebutmu 
tatkala melihat potretmu 

dengarlah suara kami
yang mengalunkan ayat-ayat suci buatmu..
buat bekalanmu di alam sana
supaya kau lebih bahagia..



Isnin, 21 Februari 2011

Ringan Sikit..

Hari ini hari Isnin tapi Faeiqah dan Batrisyia bercuti peristiwa. Pertistiwa apa? Semalam ada Sukan Sekolah sampai kul 6.30 ptg. So, hari ini cuti sempena peristiwa semalamlah.. Kerana peristiwa semalam jugalah dia dua horang ni sambung tido balik selepas solat Subuh.. Kul 10 baru bangun! Huhuhuu.. Kalau zaman aku dulu, memang dah kena jerit dah! hehehhee
Hubby Baby aku masih sibuk menyiapkan assignmentsnya yang perlu dihantar Sabtu iniAku pun tak kesahlah kalau dia tak buat his weekly routine.. ironing the clothes. Yes! That's his job since the last 9 years... Why? Sebab aku tak dibenarkan oleh my orthopedic untuk dok lelama iron baju sampai 3,4 jam!Panjang ceritanya! Nanti aku ada masa, aku story k.. My doctor personally asked him to take over the ironing and mopping routine... Kalau tak, my backbone akan worsen sbb aku tak mahu buat apa-apa surgery untuk betulkan keadaannya.. 
So, sapalah yang boleh aku harapkan?? 


Kakak tengah gosok baju KAFA Addeen...
 Yes...Faeiqah ironed all the school uniforms yang ada 12 pasang tu.. Itu tak termasuk lagi baju-baju kaftan , tudung-tudung dan cadar katil aku satu set... She prefers to iron clothes than helping me out in the kitchen. Sambil iron, leh layan Astro katanya..Boleh ke gitu?? Huhuhuu.. Tu le anak daraku! Kalo pasal masak-masak ni, memang dia paling cendekel! Berjuta alasan dia akan cari untuk tak duduk kat dapur.. Tapi dia suka menonton my baking sessions! Katanya, syok tengok muffins and cakes diproses dari awal sampai masuk ke perut..Hehhehee....

Sapa pulak tolong aku kat dapur? Mustilah dak Adik! Batrisyia memang suka masuk dapur. Mungkin sebab dia ni jenis yang suka makan. Tengok la badannya yang gebu tu... Dia rajin tolong aku masak. Tak sempat kasi tahu menu, dia dah mula tanya "Ummi, kita nak masak apa hari ni?"
"Kita siapkan lunch ngan buat air kacang merah untuk ais kerim Malaysia..."
Tapi aku sambung lagi.. "Ummi nak buat kuih tart nenas. Dah lama tak makan..."
"Ha ah. Ummi dah lama tak buat kuih tart ek!" tambah Batrisyia pulak...

 So, dia lah yang tolong aku sediakan lunch. Selepas dia siap preparekan  semua kacang buncis, carrot, terung, tomato dan bawang untuk lunch, barulah dia dok kat meja menggentel inti nenas untuk kuih tart aku karang....Aku nak buat tart nenas untuk sebalang aje so, sepinggan inti tu cukup le..Aku berani buat ad hoc aje sebab inti memang sentiasa ada spare..  Sementara aku masak lunch, aku rebus sekali kacang merah. Sesekali je aku kacau sikit kacang tu dan tambah air rebusannya..
Owh..Lupa pulak.. What's for lunch??? Nasi putih yang aku reheat, ayam masak tomato dengan kuah dalca aje.. Biasanya aku mask nasi tomato sekali tapi sayang la plak nasi malam tadi.. Kalau ada ayam sereban, boleh jugak aku rendam kejap nasi tu dan kurrr..kurrrr..kurrrr.... jemput ayam-ayam aku makan, kan! lunch ni kita kasi habis nasi putih, then petang karang aku masak le nasi tomato plak...
Ayam masak tomato yang aku sparekan untuk makan sebelum Maghrib kang... 

Kuah dalca aku simpan dalam periuk aje.. Sebab anak-anak tak gemar kuah dalca ni sebab ia penuh dengan sayur-sayuran.
Wokey! Nak start buat tart lak.. Malam kang dah boleh nyum nyum dengan Hubby Baby.. Favourite dia! Aku belajar buat tart ni pun sebab dia suka sangat... Aku ni, pantang apa saja makanan , kuih atau biskut yang dia sebut, mesti aku nak buat! Al- maklum le...tu salah satu tanda aku manjakan dia... hehehhe Korangnnak muntah, muntah le tapi dia memang manja! Aaawwww!

Cincin dan Kuku..

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

Tiket kita ke mana??

Kita Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???

Hak untuk Bersolat



Nilai Sebuah Solat
Bismillahirrohmanirrohim.

Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi ( Solat di awal waktunya.)
(Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani mensahihkannya.


Musafir
Baru-baru ini saya menaiki bas KKKL pukul 8.30 p.m dari Kota Bharu ke Batu Pahat. Perjalanan ke sana adalah sebagai memenuhi hak seorang Muslim apatah lagi Muslim itu adalah sahabat kenalan saya, pernah sehalaqah ketika di UTM dahulu.


Jemputan itu adalah memenuhi undangan akhi Anizan yang sudah pun bergelar suami kepada ukht Siti Hamidah, seorang akhwat di bahagian Selatan yang saya tidak kenali. Adapun beberapa akhawat UTM saya kenali setelah menjebakkan diri mereka dalam bisnes dakwah beberapa tahun sudah. Saya pernah jadi mas'ul ekonomi UTM 2 kali. Pertama pada tahun 1 sem 2, kemudian tahun 3. Banyak yang saya pelajari ketika mengendalikan perniagaan dakwah di sana. Pernah rugi , pernah untung, sikit rugi, banyak untung.


Ketika saya menaiki bas ke KKKL ke Batu Pahat, saya mengagak bas tersebut akan sampai di stesen bas Batu Pahat dalam waktu Subuh, ternyata ia meleset. Begitulah pada perkiraan saya, bas yang dimiliki secara konsortium oleh kaum Cina, mereka akan mengaut keuntungan semaksimum mungkin dari perjalanan bas. Tak mungkin ia mensia-siakan petrol walau seringgit!


Bas saya ke Batu Pahat itu rupanya berhenti di beberapa destinasi, Seremban, Melaka, Muar dan Batu Pahat. Ketika sampai di satu perhentian bas, hampir 20 karkun tabligh masuk ke dalam bas. Mereka sudah menempah hampir separuh dari bilangan 'seat' dalam bas tersebut. Saya percaya, bas ini nanti akan dipenuhi dengan alunan zikir dan setidak-tidaknya, kehadiran mereka membuat saya rasa lebih selesa. Pemandangan karkun tabligh memakai jubah dan serban putih amat menenangkan hati saya.


Disebabkan banyak perhentian, ternyata, pukul 6.00 a.m itu bas baru masuk ke negeri Melaka. Saya fikir bas tersebut akan berhenti di mana-mana masjid di tepi jalan untuk solat Subuh. Pada perkiraan saya, drebar Melayu, malah orang Kelantan, takkan tak berhenti solat Subuh...


Salah seorang dari tabligh saya nampak menuju ke tempat drebar bas memandu, saya percaya mungkin dia nak tanya Subuh kat mana. Nampaknya, karkun tabligh tadi berjalan balik ke tempat duduk, saya tanya, Subuh kat mana? dia kata drebar jawab, dekat Melaka Sentral. Jam sudah 6.15 a.m, perjalanan ke Melaka Sentral pasti mengambil masa hampir sejam. Tak mungkin saya lewat Subuh dalam sedar hari ini. No way...


Seorang tabligh lain kata, "Allah tak marah ke?"
Saya jawab, "enta pergi kat drebar, suruh dia berhenti tepi jalan".


Karkun tabligh yang kedua pergi mendakwahi drebar tadi, saya nampak tabligh tadi cakap slow sangat. Sungguh sopan penuh lembut. Begitulah gaya tabligh yang saya pelajari dan saya tahu dari ramai kawan-kawan saya yang berfikrah mulia itu.


Ternyata, ia tak memberi kesan pada drebar tadi.
Dan kini giliran saya berdakwah. Jam dah 6.30 a.m. Sikit lagi masuk syuruk. Sebarang perlanggaran kepada waktu Solat ini akan menyebabkan drebar bas ini masuk ke lembah kehinaan kerana dia tak solat dan menyebabkan penumpang yang majoriti Islam tak solat. Ini tak boleh jadi.


Saya nak buat laporan polis kalau bas ni tak berhenti. Saya bagitahu zaujah saya yang satu itu melalui SMS bahawa abang tak teragak-agak buat report polis kalau bas ni tak berhenti kerana sudah melanggar hak-hak kaum Islam beribadah kerana tidak berhenti Solat Subuh. Ia satu kewajipan malah rukun Islam.


Solat membezakan Islam dan Musyrik

Jam 6.35 a.m, saya dah kepanasan menunggu bas yang tak berhenti-henti untuk solat Subuh.

Saya meluru ke depan...

"Enchek, Saya minta enchek berhenti, berhenti, kami nak solat Subuh!", saya mulakan pengarahan.

"Ala, orang lain pun maye(sembahyang) jugok", drebar tu menjawab.

"Ya lah, takkan Subuh pukul 7 kot!", saya jawab balik.
Bas tu terus berhenti di Masjid Alor Gajah, kurang lebih 20 meter setelah saya mendesak drebar itu berhenti. Saya dengan gembiranya turun solat Subuh, itupun dah lewat. Saya solat jemaah bersama barisan karkun tabligh itu.


Selesai solat, saya yang pertama kali keluar dari masjid. Saya nampak drebar bas itu hanya menunggu di tepi bas. Saya percaya 99%, drebar bas Melayu itu tidak solat Subuh.


Pengajaran
Tujuan saya menulis ini adalah untuk mengajak kita semua, terutama penumpang bas yang beragama Islam, jangan biarkan hak kita sebagai Muslim ternoda hanya kerana kita menyerah kalah kepada drebar yang tidak mahu mempraktikkan Islam. Yang tidak solat.


Tak kira anda lelaki atau wanita, pertahankan hak anda sebagai Muslim. Kita punya banyak musuh, boleh jadi musuh kita adalah bukan Islam termasuk Yahudi dan Nasrani dan boleh jadi daripada orang Islam sendiri termasuk munafiqin dan fasiqin.


Kemudian, anda harus selalu ingat, bahawa solat di awal waktu itu adalah tuntutan daripada Nabi SAW sendiri.


Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi :
Solat di awal waktunya.(Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani mensahihkannya.

Dalam surah annisaa' ayat 103, Allah berfirman,
"Sungguh, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya
atas orang-orang yang beriman".

Perlu ke Qadha?

Perkara ini aku pernah dengar dalam kuliah-kuliah Ustaz Mohd Kazim. Ternganga aku sebab aku sangkakan tidak perlu... Astaghfirullahalazim..banyak lagi yang aku berhutang dengan Dia!




Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)


Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.


Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :


PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :



1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)



HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? JWPN - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama? JWPN - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

1. Dalam perkara solat subuh pun sama :

* perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya
* Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!



TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Ahad, 20 Februari 2011

Kedua-duanya Sama Penting..

Thursday, September 16, 2010 at 11:57pm

FAeiqah selalu x sempurnakan kerja sekolahnya..
Tulisan cakar ayam.. KAlau laoshi suruh copy karangan...mmg dia paling x suka!
Dia boleh baca novel @ kamus sepanjang hari @ minggu tapi bila masuk bab menulis ni...
kita pun jadi sakit mata!

Her daily routine...
6.45 am dah ke sekolah..
1.10pm balik & spent 15 mins in the car..
MAndi, solat Zohor, lunch (sambil membaca) & get ready for KAFA.
5.45 pm habis KAFA.. MAndi, start buat homework sampai...
Break for MAghrib, dinner & Isya'.
Then continue her homework..
Selalunya sampai tengahmalam menyiapkan homeworknya..
Being in the best Chinese school & the best class in school with high expectations is very tiring..
It's not an easy task for a pure MAlay girl to be the best MAlay student in her 6 classes of Year 5 in a Chinese school..
Furthermore, Chinese is not her mother tongue..

Sampailah....semester lepas, aku dipanggil mengadap laoshinya..
She asked me FAeiqah's daily routine..
When she heard FAeiqah's packed daily schedule.. she said..
"Quit her sekolah agama la..It's not important la.."
I was annoyed to hear that but wisely I said,"Cannot because her sekolah agama is important maa.."
Her laoshi speaks " Where got important.. Her UPSR next year la.."
In my mind.."hey! Her UPKK this year!"
Well, she has no problems in her studies... it's just her cakar ayam handwriting...
Alhamdullillah, Faeiqah dapat 7A dan 1B (Bahasa Arab) dalam UPKK 2010..

Another annoying words out of the laoshi's mouth was..
"The sekolah agama won't make her a doctor, u know.."
Terasa cam nak cili-cili aje mulut laoshi dia tu!

TApi, nak marah dia pun x boleh.
Sebabnya..an answer I got from a few muslim parents when asked about sending the kids to KAFA..
"Lecehlah.. Diaorg ada tuition..dgn art class lagi..piano la.. "
KAFA dah jatuh jadi 2nd class la plak..

Aku x pernah berpeluang masuk KAFA..
Dok dlm town..
Dulu2 mana ada byk KAFA cam sekarang ni... sana sini ada !
TApi kami mahu anak2 dapat didikan untuk kedua-dua dunia & juga akhirat..
KAlau dapat ajar sendiri, mmg bagus sangat..
TApi aku sendiri pun masih belajar dr suami & Ustazah FAjidah (GuruBesar KAFA  anak2..)
Ilmu Allah tu terlalu banyak & teramat luas..
Aku x mampu sebab ilmu yg ada amat sedikit..
TApi, I'm so impressed dgn Addeen yg br 5 tahun ni..
He learnt so much from his classes..
FAeiqah & BAtrisyia pun..pengetahuan mereka lebih banyak dpd ibu mereka sendiri..
Along tu x yah cakap le.. Dengar ummi mengaji dr jauh pun dah boleh tegur kesilapan dlm tajwid!
Dari anak2 & suami aku tahu tentang cerita2 nabi... nama2 surah dalam Al-Quran & macam2 lagi..
Tp aku x pernah rasa malu bila dapat ilmu dpd anak2..malahan berbangga..

Aku & suami ingin anak-anak kami membesar sebagai manusia yg kukuh didikan agama & imannya..
Kerana mereka adalah harta di dunia & juga di akhirat kelak..
Dengan doa dari anak2 yg solehlah yg akan membantu kami di alam sana..
Anak2 yg soleh adalah harta yg tak ternilai...
Anak2 yg berjaya dalam dunia kerjaya & dunia kekeluargaan juga adalah menjadi idaman kami..
 Bairlah mereka menjadi manusia yg dihormati masyarakat kerana pengetahuan & amalan dunia serta akhirat .
Insyaallah..
Bila dunia dan akhirat sama diberatkan, maka mereka berjaya menjadikan impian kami suatu realiti..

Sejuk rasa hati bila dapat berkongsi ilmu Akhirat dengan anak2 sendiri..



Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang Melayu,anak-anak yang masih kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar jiwa, intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan dimanjakan.Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk menghadapi tuntutan hidup.

Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan dan dapat gaji lumayan. Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka berjaya dan senang dalam hidup. Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau-kalau anak-anak sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak-anak akan membantu dan membela mereka. Anak-anaklah menjadi tempat mereka bergantung apabila tua kelak.

Anak-anaklah yang menjamin masa depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari tua. Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama. Allah pun memang hendak begitu. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk tujuan ini semata-mata?

Patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah anak-anak itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak ubah seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau satu kegiatan ekonomi.

Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ia tersimpang dari kehendak agama dan kehendak Allah. Anak-anak itu adalah amanah Allah. Mereka perlu dididik untuk Allah.Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Allah.Mereka perlu dididik supaya menjadi hamba Allah selepas itu menjadi khalifah Allah di muka bumi.

Mereka perlu dididik untuk mengabdi diri kepada Allah dan menjadikan Allah cinta agung mereka. Mereka perlu dididik supaya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Allah. Anak-anak itu anugerah Allah. Oleh itu, kenalah didik mereka untuk Allah. Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Allah dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka. Soal anak-anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa.

Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut dengan Allah, maka dunialah yang akan menjadi matlamat hidup mereka. Keinsanan mereka tidak akan terbina, nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain-lain yang bersarang di hati mereka. Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil, benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Allah.

Kalau Allah pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka memperdulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela dan berkhidmat kepada mereka. Ibu ayah akan menjadi penghalang untuk mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya derhaka kepada ibu dan ayah. Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis. Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah mereka.Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka.

Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka untuk Allah. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk Allah pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar menjadi musuh. Kalau anak-anak dididik untuk Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset kepada kedua ibu ayah mereka.

Mereka akan menjadi aset di dunia dan aset di Akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan ayah juga kan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat dididkan dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu. Hadis ada menyebut: " Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermenafaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."  

Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Allah. Allah lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Allah mengamanahkan dia kepada kita. Oleh itu, kita perlu didik dia untuk Allah, bukan untuk kita. Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia bukan anak kita lagi. Di Akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak kita untuk Allah, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.