CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 30 Jun 2011

WORDLESS THURSDAY~~~~ #2



V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

                         

Rabu, 29 Jun 2011

DO I NEED TO SAY ANYTHING???

A man with his beloved toy!

Selasa, 28 Jun 2011

Si DOE Merampas Kuasa!

Dah 3 minggu Cik Mat minta cuti.. Nak habiskan cuti tahun lepas yang masih berbasi bersisa... Dan dengan excitednya Cik Lyn mengumpul tenaga harapan supaya dapat menghabiskan duit masa yang berkualiti serta berdua-duaan dengan Cik Mat sahaja sepanjang dua hari beliau bercuti... Tapi  sungguh unsangkarable! Si DOE dah menggunakan kuasavetonya merampas Cik Mat dari Cik Lyn dengan jayanya selama sehari!!!!

Dah lah Cik Lyn jatuh bagai nangka busuk masak ranum  pagi semalamdi Tunas Manja Transit. Kejadian itu telah menyebabkan segala aktiviti exersice kaki dan menipiskan wallet yang diatur tergendala atas kecederaan yg dialami. Tapak tangan yg membengkak telah memaksa genggaman tangan mereka direnggangkan sedikit. Lutut yang terhentak pula telah membuatkan perjalanan mereka menjadi sangat perlahan.  Malam yang sepatutnya nyaman & tenang telah terganggu dek kesakitan yg melampau dan memaksa Cik Lyn  menahan kesakitan sepanjang malam.

Kerana kejayaan Si DOE merampas Cik Mat dari Cik Lyn, maka Cik Lyn, Cik Mat dan Dak Deen telah terpaksa mengharungi kepekatan jam 5:40 pagi ke airport. 30 minit melalui jalanraya yg gelap bagai kopi  pekat, mereka sampai ke destinasi yg terpaksa dituju...

 Sila perhatikan Cik Mat yg melepaskan tali pinggang keselamatannya.. Beliau adalah seorang pemandu dan penumpang yang sangat berkhemah berhemah dan patut dijadikan kon ikon  JPJ.

Dak Deen yang mengambil alih tempat duduk Cik Lyn sambil  menjerit "Bye Abah! Love you!" dan kemudian menutup pintu kereta dengan sopan sekali kerana kesihatannya yang tidak memuaskan tetapi diheret sekali untuk menemankan Cik Lyn bagi perjalanan dari airport ke rumah..

Cik Mat melambai lemah... "Petang karang kita jumpa lagi"

Kasihan Dak Deen.. Selepas diheret meneman Cik Lyn Dia masih lagi sakit kepala. Dia masih lagi demam. Dia masih lagi tidak menjamah apa-apa makanan. Dia kekal dengan hanya 8oz milo sejak malam kelmarin.. Bila ditanya nak makan apa... Dia hanya menjawab "Tak nak apa-apa. Nak rehat aje." Eh! Apsal dia tak mintak McD ke... Pizza ke.... Mintak gi Crocodile Rock ke...Boleh jugak dijadikan alasan supaya Cik Lyn dapat  menguasai segala makanan yang dipesan... Kesiannnnn dia....

Mudah-mudahan Dak Deen sihat hari ini supaya dapat menjemput Cik Mat yang akan pulang dengan flight petang nanti. Cik Mat pasti sedang berdating bermeeting dengan Si DOE yang bedebah itu! Walaupun Si DOE merampas Cik Mat dari Cik Lyn, Cik Lyn tetap dengan paksarela hati mendoakan agar segala kuih isu berbangkit dapat diselesaikan dengan jayanya.. Chewah!!!! 

* Watak-watak dalam cerita ini adalah berkaitan dengan mereka yang masih hidup..

Elakkan Diri Dari Strok Haba~~~

 Cuaca sekarang sangat panas walaupun kelihatan mendung! Cuba baca article ni .. Bahay strok haba ni! Jangan diambil mudah ye.... 



CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA!  
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya
akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun,
kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan,
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.







GEJALA
CUACA PANAS MELAMPAU




CARA-CARA
MENCEGAH & MENGURANGKAN
KESAN TERHADAP KESIHATAN


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.


Sakit kepala

Keletihan

Lemah tumpuan

Pening

Lemah otot–otot atau kekejangan

Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).



1.


2.


3.


 4.

5.

6.

7.

8.


Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan

Hadkan aktiviti luar

Kerap berehat

Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda

Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.

Pakai topi atau payung yang besar











ELAKKAN!

PETUA-PETUA
JIKA MENGALAMI MASALAH
BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS




1.



2.


3.


Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan
gula yang tinggi.

Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.

Bersenam dalam cuaca panas



1.

2.

3.

4.

5.

6.


Keluar dari kawasan yang panas

Tanggalkan pakaian yang ketat

Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan

Gunakan kipas untuk sejukkan badan

Minum air setiap 15 minit

Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal








Artikel diambil dari Laman :  www.infosihat.gov.my


Isnin, 27 Jun 2011

Capsicum Salsa


A simple but with lots of crunchiness & yummy!

Capsicum Salsa...

1 onion
1 medium carrot
1 red capsicum
1green capsicum
1 yellow capsicum
1/2 lemon
Black pepper
A dash of salt
*Bird-eye chilli, if you want some heat 

Dice the onion, carrot, capsicums and mix them all together with the squeezed lemon juice , black pepper & salt. Chunk in some chilli if desired for some heat.

Sabtu, 25 Jun 2011

Kanan!

Nabi bersabda,

"Jika salah seorang dari kalian hendak makan, makanlah dengan tangan kanan. Dan apabila

 ingin minum, minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan 

kirinya dan minum  dengan tangan kirinya" [HR. Muslim] 


Bila baca hadith di atas, terus aku teringatkan Along. Masa kecil dulu, dia 

adalah seorang yang kidal.. Tulis @ conteng, ambil barang, makan, minum

 semuanya digunakan tangan kirinya.. Puas aku suruh dia makan dengan

 tangan kanan tapi tetap tangan kiri yang menyuap..

So, one fine day, aku ambil dia dari rumah pengasuh dan bawa dia balik rumah.

 Aku letakkan dia di meja makan dan sediakan nasi putih bersama dengan sup

 tauhu, makanan kegemaran dia tu... Then aku suruh dia makan... Tapi

 sebelum dia makan, aku ikat tangan kiri dia dengan kain pada kerusi makan tu.

 Meraung dia sebab tak boleh nak guna tangan kiri.. Aku unjukkan tangan kanan

 dia tapi dia tetap nak tarik tangan kirinya untuk suap nasi....

 

Huhuhuu... Masa tu menitik airmata Ummi dia bila tengok Along meraung nak

 makan tapi tak boleh.. Puas dipujuk... Lelama aku give up. Kenapa? Sebab tak

 tahan tengok anak meraung... Masa tu umur dia baru setahun lebih sikit..

 masih bertatih lagi... Bila dia dah pandai jalan, dia suka berjalan sambil

 kedua-dua tangannya diletakkan dibelakang.. So, aku mulakan acara mengikat

 tangan kirinya semasa makan semula.. Mula-mula memang Abahnya pun tak

 sampai hati nak buat gitu tapi... mana boleh makan minum pakai tangan kiri!

 Dalam terpaksa, kami teruskan.. Berpuluh kali jugaklah kami buat begitu.. tapi

 masa kat rumah sahaja. Bila makan diluar, kami suapkan dia makan...



Bila dia dah mula makan dengan tangan kanan secara sendiri tanpa perlu

 diikat, senangnya hati... Dan dia ada kelebihan yang kami tak ada.. Dia boleh

 tulis dengan kedua-dua tangannya dan tulisan dia lebih cantik bila dia

 menggunakan tangan kirinya.. Begitu juga bila melukis dan mewarna. Selain

 daripada itu, dia boleh tulis terbalik @ up-side-down tanpa apa-apa

 kesukaran!  ˙˙˙ɥɐllıllnpɯɐɥlɐ ˙˙ıuı ıɯɐʞ ƃunlns ʞɐuɐ ɐʎuɐʍǝɯıʇsı ɐdɐʇǝB
 

Dan sekarang, dia dah tak kidal lagi... Dan tulisannya adalah seperti cacing 

yang kepanasan diatas jalan tar! Tak caya? Cuba tengok kat bawah...


*Mmm....¡ɥıu ʇɐƃuɐs ʇɐɹɐs ɥɐp ƃuolɐ ɐpɐd nʞnpuıɹ˙˙ɐıp ɐdɯnɾ ʞɐʇ nƃƃuıɯ ᄅ ɥɐp ˙˙ɐıp ʞnlǝd ʞɐʇ nƃƃuıɯ ᄅ ɥɐp ˙˙˙ɐıp ɯnıɔ ʞɐʇ nƃƃuıɯ ᄅ ɥɐp ¡nʞɐ uɐƃuǝp ɥɐɹɐɯ ɐuǝʞ `llɐɔ ɐıp ɯɐlɐɯǝs ıdɐʇ¿ɐdɐuǝʞ˙˙˙˙ɐɐɐɐl qıɹɥƃɐɯ nʇ ɐsɐɯ ¡ɥɐɹɐɯ ɐuǝʞ ǝl ƃuɐɯǝɯ 

Khamis, 23 Jun 2011

WORDLESS THURSDAY~~~~


.
.
.
.
.
v
 with
.
.
.
v
Tumblr_ln5pxalk7b1qh81keo1_500_large

Isnin, 13 Jun 2011

Aku Berlindung Kepada-Mu


“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau

dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan

 malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan

 lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan 

kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)

Spring Cleaning!


Hari ni aku nak vacumm aje...
Nak kasik ilang semua habuk-habuk dulu...
Spider pun dah jadikan ia litar lumba diaorang!



Lepas ilang habuk, nak kena lap balik semua angle...

Kena kasik kilat balik..
Lepas tu baru boleh operasi balik....

Aaaaachum! Alhamdullillah....

Daripada Abu Hurairah r.a.,“Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (HR Abu Daud)


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ” [Alhamdulillah] (Segala puji untuk Allah). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin hendaklah mendoakannya dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah] (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah], maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” [Yahdikumullah wayus-lihu balakum] (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (HR al-Bukhari)

Rabu, 8 Jun 2011

SERU

Ada tak yg dah diseru untuk tonton filem "SERU"? Kelmarin Hubby Baby beli CDnya.. Bila buka, rupanya dirakam dari Astro First.... Ni le yang jadi bila ada Astro First & ada kemudahan recording ... Patut la aku pelik, mana datangnya lambakan CD filem Melayu yang baru-baru ni datang.. Kebiasaannya, lepas 2 minggu habis di wayang, barulah CD akan dikeluarkan...


seru poster
"Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku diluar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut ingin menjadikannya sebagai “footages” menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal…. tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi"

Diawal filem, anak-anak semua berderet berbaring... Aku duduk sebelah Hubby Baby aje... X takut pun ceritanya.. Tapi ada terkujat-terkujat la sikit. Anak-anak yang over sangat.. Selepas 3/4 cerita tu, semua dah dok kat kaki Abahnya, berhimpit-himpit sambil setiap seorang menutup muka dengan bantal masing-masing! 
Aksi budak yang seram! Hehehehehe....


Berapa bintang ek nak kasik kat filem ni?? Pada aku, satu bintang aje sebab not to my liking...Tapi mungkin ada yang akan beri 5 bintang... Tepuk dada tanya selera!

Roti Jala Berkuah Durian~~~

Ops! Bukan aku masak tapi diberikan padaku oleh K Nani, jiran setamanku.. Mula-mula ngeri nak rasa.. tapi bila dah rasa, buat muka tak malu makan sampai 4 biji roti jala!

Roti jalanya dijala dengan bantuan K Wani, jiran setaman juga yang baru aku kenali... Halus dan sedap saja roti jala yang dibuat.. Aku biasa juga buat roti jala ni tapi tak sehalus kiraiannya... Dan biasanya aku sediakan kari ayam untuk dimakan bersama... 

Untuk roti jala kuah durian ini, rakyat jelata dirumah memberikan 5 bintang! Lincau hidangan ini!

Terima kasih K Nani & K wani... esok lusa call le lagi.. Leh test juadah lain pulak! Hehehehe

Orang Yang Pentingkan Diri Sendiri!

Dah lama aku tak beli suratkhabar... Tolong jangan tanya kenapa ye...
Tapi pagi ni teman Hubby Baby tukar tayar kereta "Angsa", belilah jugak Berita Harian..
Selak punya selak, ada satu benda yang menarik perhatian aku dan Hubby Baby..

Ia berbunyi.....
"Terima kasih cikgu kerana mengadakan kelas tambahan percuma waktu cuti. Jadi tak perlulah datuk dan neneknya menjaga cucu lantaran kesibukan kami bekerja."

Aduh! Sedihnya aku dengan kenyataan macam ni dari seorang yang mendabik dadanya kepada rakyat Malaysia tanpa rasa malu mengakui dia tak mampu menjaga anak-anaknya semasa cuti sekolah kerana sibuk mencari harta dunia. Sayangnya anak-anak yang merupakan harta di akhirat kelak diabaikan sebegitu rupa.. Dia lupa tanggungjawabnya sebagai seorang yang diamanahkan Allah untuk menjaga dan mendidik anak-anak hasil dari benihnya sendiri. Apalah salahnya masa cuti sekolah ni ambil cuti panjang sikit untuk habiskan masa dengan anak-anak yang sedang membesar.... Dahlah dulu mak bapak yang besarkan dia, bersengkang mata demi keselesaan dan kasih sayang untuk dia dan adik-beradik yang lain. Bila dah tua-tua ni, kena pulak jaga cucu.. Bila ada cikgu yang 'volunteer' untuk jaga anak-anak, cepat aje dia 'serahkan'! Agaknya, habis kelas tambahan nanti, tok nenek la yg menjaga balik anak-anak dia ni... Kita semua tahu wang itu penting tapi anak-anak memerlukan lebih dari itu!

Mudah-mudahan anak-anak kita tidak bersikap begini.. sikap mementingkan diri sendiri! Esok-esok bila dah tua, kalau anak-anak tak mau jaga mak ayah, jangan marah kat diaorang ye! Silap awak dalam mendidik anak-anak!