Ada tak yg dah diseru untuk tonton filem "SERU"? Kelmarin Hubby Baby beli CDnya.. Bila buka, rupanya dirakam dari Astro First.... Ni le yang jadi bila ada Astro First & ada kemudahan recording ... Patut la aku pelik, mana datangnya lambakan CD filem Melayu yang baru-baru ni datang.. Kebiasaannya, lepas 2 minggu habis di wayang, barulah CD akan dikeluarkan...
"Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku diluar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut ingin menjadikannya sebagai “footages” menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal…. tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi"
Diawal filem, anak-anak semua berderet berbaring... Aku duduk sebelah Hubby Baby aje... X takut pun ceritanya.. Tapi ada terkujat-terkujat la sikit. Anak-anak yang over sangat.. Selepas 3/4 cerita tu, semua dah dok kat kaki Abahnya, berhimpit-himpit sambil setiap seorang menutup muka dengan bantal masing-masing!
Aksi budak yang seram! Hehehehehe....
Berapa bintang ek nak kasik kat filem ni?? Pada aku, satu bintang aje sebab not to my liking...Tapi mungkin ada yang akan beri 5 bintang... Tepuk dada tanya selera!
0 comments:
Catat Ulasan