Nabi bersabda,
"Jika salah seorang dari kalian hendak makan, makanlah dengan tangan kanan. Dan apabila
ingin minum, minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan
kirinya dan minum dengan tangan kirinya" [HR. Muslim]
Bila baca hadith di atas, terus aku teringatkan Along. Masa kecil dulu, dia
adalah seorang yang kidal.. Tulis @ conteng, ambil barang, makan, minum
semuanya digunakan tangan kirinya.. Puas aku suruh dia makan dengan
tangan kanan tapi tetap tangan kiri yang menyuap..
So, one fine day, aku ambil dia dari rumah pengasuh dan bawa dia balik rumah.
Aku letakkan dia di meja makan dan sediakan nasi putih bersama dengan sup
tauhu, makanan kegemaran dia tu... Then aku suruh dia makan... Tapi
sebelum dia makan, aku ikat tangan kiri dia dengan kain pada kerusi makan tu.
Meraung dia sebab tak boleh nak guna tangan kiri.. Aku unjukkan tangan kanan
dia tapi dia tetap nak tarik tangan kirinya untuk suap nasi....
Huhuhuu... Masa tu menitik airmata Ummi dia bila tengok Along meraung nak
makan tapi tak boleh.. Puas dipujuk... Lelama aku give up. Kenapa? Sebab tak
tahan tengok anak meraung... Masa tu umur dia baru setahun lebih sikit..
masih bertatih lagi... Bila dia dah pandai jalan, dia suka berjalan sambil
kedua-dua tangannya diletakkan dibelakang.. So, aku mulakan acara mengikat
tangan kirinya semasa makan semula.. Mula-mula memang Abahnya pun tak
sampai hati nak buat gitu tapi... mana boleh makan minum pakai tangan kiri!
Dalam terpaksa, kami teruskan.. Berpuluh kali jugaklah kami buat begitu.. tapi
masa kat rumah sahaja. Bila makan diluar, kami suapkan dia makan...
Bila dia dah mula makan dengan tangan kanan secara sendiri tanpa perlu
diikat, senangnya hati... Dan dia ada kelebihan yang kami tak ada.. Dia boleh
tulis dengan kedua-dua tangannya dan tulisan dia lebih cantik bila dia
menggunakan tangan kirinya.. Begitu juga bila melukis dan mewarna. Selain
daripada itu, dia boleh tulis terbalik @ up-side-down tanpa apa-apa
kesukaran! ˙˙˙ɥɐllıllnpɯɐɥlɐ ˙˙ıuı ıɯɐʞ ƃunlns ʞɐuɐ ɐʎuɐʍǝɯıʇsı ɐdɐʇǝB
Dan sekarang, dia dah tak kidal lagi... Dan tulisannya adalah seperti cacing
yang kepanasan diatas jalan tar! Tak caya? Cuba tengok kat bawah...
*Mmm....¡ɥıu ʇɐƃuɐs ʇɐɹɐs ɥɐp ƃuolɐ ɐpɐd nʞnpuıɹ˙˙ɐıp ɐdɯnɾ ʞɐʇ nƃƃuıɯ ᄅ ɥɐp ˙˙ɐıp ʞnlǝd ʞɐʇ nƃƃuıɯ ᄅ ɥɐp ˙˙˙ɐıp ɯnıɔ ʞɐʇ nƃƃuıɯ ᄅ ɥɐp ¡nʞɐ uɐƃuǝp ɥɐɹɐɯ ɐuǝʞ `llɐɔ ɐıp ɯɐlɐɯǝs ıdɐʇ¿ɐdɐuǝʞ˙˙˙˙ɐɐɐɐl qıɹɥƃɐɯ nʇ ɐsɐɯ ¡ɥɐɹɐɯ ɐuǝʞ ǝl ƃuɐɯǝɯ
0 comments:
Catat Ulasan