Dah lama aku tak beli suratkhabar... Tolong jangan tanya kenapa ye...
Tapi pagi ni teman Hubby Baby tukar tayar kereta "Angsa", belilah jugak Berita Harian..
Selak punya selak, ada satu benda yang menarik perhatian aku dan Hubby Baby..
Tapi pagi ni teman Hubby Baby tukar tayar kereta "Angsa", belilah jugak Berita Harian..
Selak punya selak, ada satu benda yang menarik perhatian aku dan Hubby Baby..
Ia berbunyi.....
"Terima kasih cikgu kerana mengadakan kelas tambahan percuma waktu cuti. Jadi tak perlulah datuk dan neneknya menjaga cucu lantaran kesibukan kami bekerja."
Aduh! Sedihnya aku dengan kenyataan macam ni dari seorang yang mendabik dadanya kepada rakyat Malaysia tanpa rasa malu mengakui dia tak mampu menjaga anak-anaknya semasa cuti sekolah kerana sibuk mencari harta dunia. Sayangnya anak-anak yang merupakan harta di akhirat kelak diabaikan sebegitu rupa.. Dia lupa tanggungjawabnya sebagai seorang yang diamanahkan Allah untuk menjaga dan mendidik anak-anak hasil dari benihnya sendiri. Apalah salahnya masa cuti sekolah ni ambil cuti panjang sikit untuk habiskan masa dengan anak-anak yang sedang membesar.... Dahlah dulu mak bapak yang besarkan dia, bersengkang mata demi keselesaan dan kasih sayang untuk dia dan adik-beradik yang lain. Bila dah tua-tua ni, kena pulak jaga cucu.. Bila ada cikgu yang 'volunteer' untuk jaga anak-anak, cepat aje dia 'serahkan'! Agaknya, habis kelas tambahan nanti, tok nenek la yg menjaga balik anak-anak dia ni... Kita semua tahu wang itu penting tapi anak-anak memerlukan lebih dari itu!
Mudah-mudahan anak-anak kita tidak bersikap begini.. sikap mementingkan diri sendiri! Esok-esok bila dah tua, kalau anak-anak tak mau jaga mak ayah, jangan marah kat diaorang ye! Silap awak dalam mendidik anak-anak!
0 comments:
Catat Ulasan