Suami: Karang habis meeting abang balik eh ,Yang.. (padahal tgh cuti!). Lepas tu kita pi beli barang.
Isteri: Xpe, Yang. Hr ni Jumaat. Alang2 dah pi office, buat la keje yg ada atas meja tu.. Kul 12 kang jgn lupa ambik anak kat sekolah. Then balik k.. (:*)
Baiknya si isteri yg x kesah pun suami yg susah sgt nak cuti tp bila dah dpt cuti (dgn syarat tidak boleh keluar daerah) kena pi attend meeting sbb semua *M bercuti....
Tip-tip membina rumahtangga bahagia dr Semanis Kurma via Atiqah Ahmad:
1. Saling memaafkan (si isteri dikira memaafkan si suami yg memberikan masanya utk isteri & anak2 kepada kerja)
2. Hubungan baik dengan Allah (kerja itu amanah dr Allah juga)
3. Pamerkan kasih sayang (berlembut dlm berbicara juga merupakan cara untuk mempamerkan kasih sayang)
4. Elak buruk sangka (tiada sangkaan yg perlu buruk dlm situasi diatas)
5. Memperbaiki kesilapan @ kelemahan pasangan (xde kaitan juga!)
6. Berfikir untuk memberi bukan menerima (tangan@hati yg memberi lebih baik dr tangan@ hati yg menerima)
7. Berdoa (doakan suami@ isteri setiap kali dia keluar dr rumah untuk bekerja. "Ya Allah, KAU lindungilah suami/isteriku dalam perjalanannya & lindungilah dia dr fitnah dunia & akhirat. KAU murahkanlah rezeki yg halal bagi kami. Amin3X Yarabbal 'alamin..)
Dan bagi yg lewat keluar dr suami jangan lupa untuk pandang suami setiap kali dia pergi kerja.. Pandang sampai dia hilang dr pandangan, dgn senyuman & kasih sambil berdoa.... Insyaallah, suami akan rindu kita & kita saling x sabar nak jumpa lagi.. Selangkah dia keluar dr rumah, kita sama2 dah saling merindu...
Ni la wajah yang aku rindu sentiasa.. |
0 comments:
Catat Ulasan