Sebagai ibu dan bapa, kita semua mahu memelihara anak-anak kita, lelaki mahupun perempuan dari melakukan perkara-perkara yang mungkar. Kita boleh nasihat. Kita boleh ingatkan. Kita boleh tegur. Tapi sebagai seorang muslim, doa adalah senjata paling halus yang sangat tajam. Doa ini sangat perlu dalam keadaan pergaulan dunia sekarang yang terlalu terbuka.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Maksudnya : Ya Allah ampunkan baginya,bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya.
Riwayat Ahmad no 21185 , al-Tabarani no 7679, Al-baihaqiy dalm Syu’ab al-Iman no 5415 . kata al-Haithamiy perawi-perawinya adalah thiqat.
Jika anak itu perempuan, hendaklah ditukarkan Ganti nama hu (هُ ) menjadi ha (ها ) pada perkataan-perkataan ذَنْبَهُ , قَلْبَهُ dan فَرْجَهُ
0 comments:
Catat Ulasan