3 hari lepas kita dah membuang undi, bagi yang layak mengundi di pusat undi masing-masing.. Saya dan Hubby Baby keluar rumah seawal 8.05 pagi untuk ke pusat mengundi kami di SMKB, Kuantan. Ingatkan tak ramai lagi, rupanya.. beratur hampir 2 jam juga! Tapi demi kerana tanggungjawab, 2 jam tu tidak terasa berat.. Tambah-tambah lagi dengan Hubby Baby disisi.. Alhamdulillah, kami dah tukar kawasan mengundi.. Tak perlu pergi jauh untuk mengundi.. Dan tidak perlu mengejar masa untuk pulang semula ke Kuantan...
Orang bertanya "Kenapa mengundi kat sini, bukan kat Melaka? U all kan orang Melaka."
Jawapannya senang saja... Dimana bumi ku pijak, disitu langit ku junjung....
Dah 14 tahun tinggal di Kuantan, jadi Kuantan berhak mendapat undian kami..
Sama juga dengan zakat fitrah dan zakat pendapatan...
Urmmm.. Tapi bukan itu yang aku nak sebut.. Bukan pasal mengundi.. Bukan pasal pusat undi..Bukan pasal parti mana lawan parti mana.. Bukan pasal parti mana menang dan parti mana kalah... Tapi....
Wahai sahabat, wahai kawan, wahai saudara, wahai kaum keluargaku... Jagalah kata-kata dan perkataan yang dipost di FB, di Twitter (aku takde akaun Twitter tp dok baca anak-anak punya Twitter) dan juga di blog. Kata-kata melambangkan peribadi kita. Janganlah panggil orang lain dgn perkataan-perkataan yang mencalari peribadi kita sebagai orang Islam... Malulah pada ALLAH... Malulah pada malaikat yang sentiasa bersama dengan kita.. Malu juga pada yang bukan Islam. Jika pun nak tegakkan kebenaran kalian, gunakan perkataan2 yang berhemah dan baik.....
"Orang tu pun sama!". So? Anda pun sama lah dengan mereka. Apa bezanya?
Allah berfirman dalam Surah Qaf ayat 18:
مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
..bermaksud " Apa pun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan Atid" (50:18)
( Hadith 40 Imam Nawawi oleh Ustaz Dr. Haji Zahazan B Mohamed & Hj Muhammad B Zakaria)
Yang buruk tu datangnya dari saya.. Yang baik itu datangnya dari Allah...Tapi kalau posting ini dianggap buruk pada anda, harap maaf...
0 comments:
Catat Ulasan