CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Isnin, 5 April 2010

<((((((((((((((((◕‿◕)⊰

Dah lama aku tak update blog ni..Been bz dgn anak2 & menghadap suami yg berkerja tanpa henti & had masa selama hampir 5 bulan kebelakangan ni...

Along pulak, sebulan yg lepas, dah memulakan hidupnya yg baru di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH), 55 minit dari rumah. Alhamdullillah sebab dia diterima menjadi salah seorang anak didik di sana.. Hanya aku sahaja yg terasa kosong dengan ketiadaan dia... Harus aku akui, dia merupakan 'apple of my eye'. Manakan tidak, hanya dia seorang tempat kami bermanja & segala kasih sayang kami curahkan padanya selama 5 tahun sehinggalah kami dikurniakan Nurul Faeiqah..

 Setiap hujung minggu, kami pasti pergi ke  SHAH untuk melepaskan rindu padanya.. Mungkin ianya tidak ketara pada yg lain, tp aku tersangatlah rindu padanya... 2 minggu lepas, selepas cuti pertengahan semester, aku hantar dia pulang ke asrama dalam keadaan dia yg tidak sihat..Dia demam panas.. Aduh...risaunya aku, hanya Allah je yang tahu.. HAri Selasa pagi berikutnya, suamiku beritahu yg Along ada call rumah hari sebelumnya, tp masa tu aku dah terlelap.. Tp dia x kasi Abahnya kejutkan aku.. Cuma dia beritahu yg dia pitam dalam kelas pagi Isnin...Mmm.. lagilah aku risau..

Hari ini, dia ada perlawanan Rugby peringkat daerah Pekan..Dia memang berharap sangat team SHAH akan menag sbb team yg menguasai game ini akan dapat mewakili negeri PAhang ...Selalunya, aku akan pergi melihat dia bermain..tapi apakan daya, hari ni adik-adiknya yg lain bersekolah & aku ada tanggungjawab terhadap mereka juga.. HAnya doa supaya pasukannya berjaya ke peringkat kebangsaan yg dapat aku berikan...

My 2 Heroes~~~

Adden pula, hari ni hari pertama bersekolah selepas bercuti sakit selama 3 hari akibat demam panas yg  macam biskut tu..kejap demam, kejap tak demam selama 2 minggu... Kesian dia..Dah kurus sangat dah sbb x lalu makan.. So, bila dia sebut je apa yg dia nak makan, aku pastikan dia dapat makanan yg dia sebutkan tu.. Dah longgar dah seluar sekolah dia... Tapi hari ni, balik sekolah, mesti dia muncung panjang... homework yg bertimbun!(≧◡≦)  Petangnya pula nak ke Kelas FArdhu Ain!







0 comments:

Catat Ulasan