CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Memaparkan catatan dengan label Jika Ini Dakwahku..... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jika Ini Dakwahku..... Papar semua catatan

Rabu, 8 Mei 2013

Mereka Memerhati.....

Lama betul tak post entry kat sini... Sibuk sangat sampai tak sempat nak post.. Ada entry yang menanti untuk dipost tapi nak buka blog pun tak dan...

3 hari lepas kita dah membuang undi, bagi yang layak mengundi di pusat undi masing-masing.. Saya dan Hubby Baby keluar rumah seawal 8.05 pagi untuk ke pusat mengundi kami di SMKB, Kuantan. Ingatkan tak ramai lagi, rupanya.. beratur hampir 2 jam juga! Tapi demi kerana tanggungjawab, 2 jam tu tidak terasa berat.. Tambah-tambah lagi dengan Hubby Baby disisi.. Alhamdulillah, kami dah tukar kawasan mengundi.. Tak perlu pergi jauh untuk mengundi.. Dan tidak perlu mengejar masa untuk pulang semula ke Kuantan...

Orang bertanya "Kenapa mengundi kat sini, bukan kat Melaka? U all kan orang Melaka."
Jawapannya senang saja... Dimana bumi ku pijak, disitu langit ku junjung....
Dah 14 tahun tinggal di Kuantan, jadi Kuantan berhak mendapat undian kami..
Sama juga dengan zakat fitrah dan zakat pendapatan...

Urmmm.. Tapi bukan itu yang aku nak sebut.. Bukan pasal mengundi.. Bukan pasal pusat undi..Bukan pasal parti mana lawan parti mana.. Bukan pasal parti mana menang dan parti mana kalah... Tapi....

Wahai sahabat, wahai kawan, wahai saudara, wahai kaum keluargaku... Jagalah kata-kata dan perkataan yang dipost di FB, di Twitter (aku takde akaun Twitter tp dok baca anak-anak punya Twitter) dan juga di blog. Kata-kata melambangkan peribadi kita. Janganlah panggil orang lain dgn perkataan-perkataan yang mencalari peribadi kita sebagai orang Islam... Malulah pada ALLAH... Malulah pada malaikat yang sentiasa bersama dengan kita.. Malu juga pada yang bukan Islam. Jika pun nak tegakkan kebenaran kalian, gunakan perkataan2 yang berhemah dan baik.....
"Orang tu pun sama!". So? Anda pun sama lah dengan mereka. Apa bezanya?

Allah berfirman dalam Surah Qaf ayat 18:

مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ


..bermaksud " Apa pun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan Atid" (50:18)

( Hadith 40 Imam Nawawi oleh Ustaz Dr. Haji Zahazan B Mohamed & Hj Muhammad B Zakaria)

Yang buruk tu datangnya dari saya.. Yang baik itu datangnya dari Allah...Tapi kalau posting ini dianggap buruk pada anda, harap maaf...


Khamis, 18 April 2013

4 Perkara Sebelum Tidur



Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

 Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
 Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran."





” Bismillaahirrohmaan irrohiim,
‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “



“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau


“ Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.




“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )

( Tafsir Haqqi)

Moga perkongsian ini akan membantu kita menyelesaikan 4 perkara sebelum tidur...
Wallahu a’lam bishawwab

Selasa, 1 Januari 2013

Aku Belum.. Tapi Cuba Untuk Berusaha..

Bersediakah kita untuk ini???

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. Moga kita semua rajin dan sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW dan mengikut sunnahnya...

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Beruntungnya sesiapa yg dilebarkan laluannya....

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Akukah yg ditarik kaki??

 ✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Kenapa aku yakin ia bukan aku?
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Selasa, 6 November 2012

Perangkap Syaitan Yg Kabur Di Mata..

Tertarik pula bila membaca catatan dari FB ini sebentar tadi.. Aku sengaja mahu berkongsi di blog sebagai nota dan ingatan kepada diri sendiri & anak-anak serta keluarga terdekat... 




ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

Mudah-mudahan diri kita, anak-anak kita & ahli keluarga kita tidak terpengaruh dengan 10 perangkap staitan ini. Jom baca doa perlindungan dari syaitan dibawah ini... 



آمين يا رب العالمين

Ahad, 4 November 2012

Kuncinya Ada Pada Diri Kita Sendiri

"Ya ALLAH, Ya RABB, Ya Rahim, Ya Kareem... KAU murahkanlah rezeki yang halal buatku.."

Itu adalah antara doa kita pada ALLAH setiap kali selepas solat, samada pada sujud yang terakhir ataupun selepas usai solat... Tapi mungkin kita terlupa bahawa ada lagi amalan lain yg boleh kita lakukan supaya pintu rezeki kita dimurahkan dan diluaskan olehNYA... 


 Antara perkara yang perlu kita lakukan ialah:

 1.Selawat ke atas Junjungan n
Nabi Muhammad SAW 100 x selepas usai setiap solat fardhu.


 2.Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur.

-  Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan. Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri. Sabda Rasulullah SAW: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

 
3.Puasa sunat setiap Isnin dan Khamis setiap minggu.

4. Solat Sunat Dhuha.

 Apa yang diajar untuk diamalkan selama 40 hari, insyallah pintu rezeki akan terbuka luas untuk anda. Tapi ingat, rezeki yang ALLAH berikan itu adalah dalam perlbagai bentuk.. Kesihatan yang baik, kenaikan pangkat, dijemput majlis makan-makan juga adalah rezeki dariNYA..

Mudah-mudahan kita semua diberikan kesihatan dan kemampuan untuk beramal kepadanya.. Selain daripada membuka pintu rezeki seluas-luasnya, kita juga dapat mengumpulkan pahala sebagai bekalan ke SANA nanti. InsyaALLAH...

Jumaat, 19 Oktober 2012

5 Minit Di Waktu Senggang Di Pagi Hari..

# n3 kali ini bukan untuk membuka aib diri sendiri yang jahil tapi untuk memberi dorongan pada anak-anak dan keluarga terdekat.. Bukan juga untuk ber'riak' tapi sekadar mengingatkan diri bahawa setiap perubahan hanya boleh kita lakukan dengan kemahuan yang kental!

Aku bukanlah seorang yang pandai ilmu agama. Tadika di Sacret Heart Kindergarten, kemudian ke SRK Sacret Heart Convent dan terus ke Sacred Heart Convent Secondary School @ Canossa Convent  dan tiada KAFA.. Dari kecil aku diajar tentang solat 5 waktu dan solat hajat serta solat Sunat Aidilfitri & Aidil Adha sahaja. Mungkin itu sahaja yang aku tahu , lihat atau dengar di telinga ini dari Ibu,  Arwah Ayah, cikgu agama di sekolah, arwah Atuk dan Arwah Ustaz Zubir (Ustaz yang mengajar kami 4 beradik mengaji Al-Quran tanpa jemu) dan orang-orang sekeliling aku. 

Pada usia 21, aku memulakan kehidupan sebagai seorang pendidik di sekolah rendah, barulah aku tahu tentang Solat Dhuha.. mungkin sebab aku dihantar untuk menabur ilmu di Kg Baru, Lenga, Muar, Johor dan tinggal dengan sebuah keluarga yang memiliki pengetahuan agama yang mendalam ..Jahilnya aku... Malunya aku pada Dia dan dia... Namun hanya setakat tahu akan hukum sunatnya sahaja tidak memadai. Bila ditimbuni dengan tugasan seorang pendidik
aku seorang pendidik, bukan seorang guru! masa bagaikan tidak pernah mencukupi untuk mencari ilmu agamaku sendiri. Tambahan pula aku sedang mengandungkan Along dan menjalani kehidupan sendirian, jauh dari Hubby Baby yang bekerja di Melaka saat itu.Sedihnya kurasa dikala ini bila dikenang semula...... 

Pada usia 35 tahun, ,  Alhamdulillah, aku sedar akan kepentingan dan kelebihan solat di waktu pagi ini. Tidak seperti anak-anakku... Along mulai bersolat Dhuha di sekolah semasa masih dalam tadika lagi. Kakak diajar tentang solat yg penuh nikmat itu pada umur 7 tahun, di KAFA dan Adik berumur 6 tahun, juga di KAFA yang sama. Dua-dua sekolah Cina, jadi kami lebih mengharapkan didikan dan asuhan dari KAFA terutamanya Ustazah Fadijah. Addeen diajar tentang Dhuha & mempraktikkannya seawal umurnya 5 tahun di KAFA dan berkesinambungan di Tadika Affan. Sepanjang cuti sekolah hujung tahun, kami hantar mereka ke Kelas Tahfiz di surau dan Klinik Al-Quran di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 dan dhuha dilakukan setiap hari. Bila kat rumah, jarang jarang sangat mereka buat!!! 

Aku mulai mencari ilmu tentang solat2 sunat, terutamanya Dhuha dengan lebih mendalam. Ibu beranak 4 ini belajar mendidik diri untuk melakukannya dirumah, terutamanya semasa  berseorangan di rumah pada hari-hari persekolahan. Mungkin aku mahu bersujud dalam keadaan yang tenang dan ingin setiap pengabdian aku kepadaNya luhur dan bukan untuk riak pada manusia lain, termasuk suami dan anak-anak sendiri. Tapi saat itu, doa Dhuha masih belum melekat didalam ingatan. Mungkin faktor umur dan otak yang sudah tepu Benda yang baik memang susah nak ingat! Cuba kalau jalan cerita novel & lagu2 yg melalaikan diri sendiri! MALUNYA!!

Selain itu, aku mulai mendidik diri dan jiwa serta telinga untuk mendengar radio yang berbentuk Islamik.. Radio IKIM.FM jadi saluran wajib bagi aku dan anak-anak bila menaiki kenderaan yang aku pandu. Ia juga menjadi channel semasa aku berinternet. MasyaALLAH.. Itulah antara kebaikan kecanggihan dunia masa kini. 

Setiap pagi, jam 8.20 pagi, Doa Dhuha ini akan berkumandang di radio. Dengan pendengaran yang masih baik, aku belajar untuk menghafal doa Dhuha dengan cara yang lebih mudah, dengan berlagu.. Alhamdulillah, sebagaimana aku pernah mendidik anak-anak bangsa dengan mengubah banyak isi pelajaran kepada bentuk lagu, ia juga sangat berkesan untuk wanita yang sudah hampir ke penghujungnya ini. 

Sekarang aku tidak lagi merasa malu kepada anak-anak kerana aku mampu untuk melagukan doa dhuha sebagaimana mereka dapat membacanya dengan lancar, tanpa lagu! Dan Alhamdulillah, dari Radio Ikim juga aku tahu maksud bacaan setiap satu dalam Bahasa Melayu juga. Ia lebih menyentuh hati bila kita dapat memahaminya... Tapi aku masih lagi  'berkhalwat' dengan DIA sahaja...

Dalam kebahagiaan ini, aku masih malu kepada anak-anak kerana pengetahuan mereka dalam agama adalah jauh lebih banyak dan lebih dalam daripada aku. Namun setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya.. Banyak pengetahuan agama yang aku dapat pelajari dari anak-anak dan juga dari Hubby Baby, yang tidak pernah mahu memaksa aku mendalami ilmu agama secara terang-terangan namun dia tidak pernah menghalang aku mengikuti mana-mana kelas agama dimana saja yang aku hajati. Dia sentiasa menyokong aku kerana dia sedar, dengan kesibukan kerja dan tanggungjawabnya di kilang, dia tidak mampu untuk menyampaikan ilmu yang ada dalam dirinya dengan lengkap.. Sebenarnya aku ni student yang degil!

Panduan Dhuha ini aku c&p dari  web.. x ingat yang mana satu.. Tapi aku mahu ia terus disebarkan.. Moga ia memberi manfaat buat insan yang lain....

PANDUAN SOLAT SUNAT DHUHA

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah 
++ Baca Surah pendek, paling elok surah As-Syams ataupun Ayat Kursi tapi kalau tak hafal salah satunya, baca surah mana-mana pun tak apa.. Allahkan Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. DIA tak marah...

2. Rakaat Kedua 
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah,paling afdhal surah Ad Dhuha tapi kalau tak hafal lagi pun tak apa.. DIA tak marah...DIA terima usaha kita..
++ Tahiyyat akhir dan beri Salam..

Setiap kali selepas solat, apa-apa solat sekalipun kita berdoa, bukan untuk meminta tetapi sebagai tanda pengabdian kita padaNYA
++ Mohon Allah murahkan rezeki yang halal buat kita..Berkati pekerjaan kita.
++ Doa apa sahaja..Berbuallah dengan DIA dan berkhalwatlah dengan DIA dengan bahasa kita sendiri.. Walaupun DIA lebih tahu apa yang terpendam & tersirat didalam hati kita, namiun sharing is caring...
++ Kalau tak pun baca Doa Dhuha ini sekali, dua kali atau seribu kali pun, x apa.. 




“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh” amin...
Kalau lebih mudah untuk mengingatinya dengan lagu beracapella, silakan mendengarnya...

Inilah alunan yang sering aku dengar dari Radio IKIM setiap pagi...


Hadith riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud bahawa

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah

masing-masing setiap pagi bersedekah untuk persendian (ruas

tulang) tubuh badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih

(Subhanallah) itu sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) 

itu sedekah, setiap bacaan tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah,

setiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, amar makruf nahi

mungkar (menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan) itu

sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan

solat dhuha dua rakaat.”


Jumaat, 5 Oktober 2012

Ayat 1000 Dinar .... Surah At-Talaq: Ayat 2,3





"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia

akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi

rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.

Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,

nescaya Allah akan mencukupkannya.

Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang

dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah

mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”





*Ayat 1000 Dinar ini elok dijadikan amalan sebagai salah satu usaha kita untuk mendapatkan

rezeki yg melimpah selain berusaha dengan solat dan lain-lain. Janganlah ia hanya sekadar

menjadi hiasan di dinding-dinding rumah sahaja, sebagaimana yang terjadi sekarang.. 

Selasa, 3 April 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar











Rahsia Surah Al-Kautsar "

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Khamis, 29 Mac 2012

Doa Qunut & Terjemahannya

Qunut merupakan doa yang dilakukan pada Solat Subuh atau SolatWithir. Hukum Doa Qunut adalah Sunnah Muakkad/ab’ad (sunnah yang dikuatkan).


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

1. Allahummahdini fiiman hadaiit

Artinya :
” Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan. “


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

2. wa ‘afinnii fiiman ‘afait..

Artinya :
” Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. “


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

3. watawallanii fiiman tawallaiit..

Artinya :
” Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. “


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

4. wabaariklii fiima a’thoaiit..

Artinya :
” Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. “


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

5. wakinii (birrohmatika ) syarromaa qodhoiit..

Artinya :
” Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan. “


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

6. fainna kataqdhii walayuqdhoo ‘alaik..

Artinya :
” Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. “


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
7. wainnahu layadilluman walaiit..

Artinya :
” Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. “


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
8. wala yaidzuman ‘adaiit..

Artinya :
” Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. “


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

9. Tabaarokta robbana wata ‘alaiik..

Artinya :
” Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi “


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

10. falakalhamdu ‘alama qodhoiit..

Artinya :
” Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. “


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

11. wa astaghfiruka wa atuubu ilaiik..

Artinya :
” Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. “

Shalawat Nabi Muhammad SAW
Bacaan Doa Qunut dan TerjemahanBacaan Doa Qunut dan Terjemahan


washallallahu ‘ala Sayyidinaa Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa aalihi washohbihi wasallam..

Artinya :
” Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya. “

Rabu, 21 Disember 2011

Doa Solat Dhuha

Setiap hari, IKIMfm akan memperdengarkan Doa Solat Dhuha ini. Maka ia akan beralun didalam kereta, menjadi halwa telinga aku dan anak-anak yang dalam perjalanan ke Klinik Al-Quran di Masjid Negeri. Apa yang membahagiakan ialah, anak sekecil Addeen sudah menghafaz doa ini sedangkan aku hanya mampu mengikuti sebahagian doa ini sahaja. Masyaallah, Maha Suci Allah... Dia memberikan nikmat menghafaz itu kepada anak-anak kami. Dan Dia juga memberikan nikmat belajar kepada diri ini yang serba kekurangan. Beruntungnya anak-anak ini kerana sedari awal mereka diberikan peluang untuk belajar dengan lebih mendalam dan mengetahui banyak perkara serta menghafaz banyak doa yang aku sendiri tidak pernah berpeluang semasa seusia mereka dahulu... Alhamdullillah...Moga anak-anak kami menjadi insan-insan yang soleh dan solehah.. Amin...


Doa Solat Sunat


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada 
hamba-hamba-Mu yang soleh




Moga kita semua beroleh keberkatanNya dengan mengamalkan doa ini..

Doa mengelakkan anak melakukan zina atau maksiat


Sebagai ibu dan bapa, kita semua mahu memelihara anak-anak kita, lelaki mahupun perempuan dari melakukan perkara-perkara yang mungkar. Kita boleh nasihat. Kita boleh ingatkan. Kita boleh tegur. Tapi sebagai seorang muslim, doa adalah senjata paling halus yang sangat tajam. Doa ini sangat perlu dalam keadaan pergaulan dunia sekarang yang terlalu terbuka.


Doa Agar Selalu Melakukan Kebaikan & Mendapat Motivasi daripadaNya


 ، اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي 

وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمِي فَتَوَفَّنِي إِلَيْكَ وَأَنَا غَيْرُ مَفْتُونٍ ، اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ

وَحُبًّا يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ


Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar terdorong sentiasa melakukan ketaatan,

 meninggalkan perkara munkar, mencintai orang2 miskin, dan agar Engkau mengampunkan 

aku dan mengasihaniku.Aku mohon kepadaMu jika Engkau ingin mengenakan sesuatu

 musibah, maka matikan aku dalam keadaan selamat dari malapetaka itu.Ya Allah ! Aku 

mohon kepadaMu rasa cinta padaMu, cinta pada sesiapa yg menyintaiMu dan cinta yg 

menyampaikan aku kepada cintaMu. 

( riwayat al-Hakim no 1932,al-mu’jam al-Kabir no 216 )