CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Rabu, 8 Mei 2013

Mereka Memerhati.....

Lama betul tak post entry kat sini... Sibuk sangat sampai tak sempat nak post.. Ada entry yang menanti untuk dipost tapi nak buka blog pun tak dan...

3 hari lepas kita dah membuang undi, bagi yang layak mengundi di pusat undi masing-masing.. Saya dan Hubby Baby keluar rumah seawal 8.05 pagi untuk ke pusat mengundi kami di SMKB, Kuantan. Ingatkan tak ramai lagi, rupanya.. beratur hampir 2 jam juga! Tapi demi kerana tanggungjawab, 2 jam tu tidak terasa berat.. Tambah-tambah lagi dengan Hubby Baby disisi.. Alhamdulillah, kami dah tukar kawasan mengundi.. Tak perlu pergi jauh untuk mengundi.. Dan tidak perlu mengejar masa untuk pulang semula ke Kuantan...

Orang bertanya "Kenapa mengundi kat sini, bukan kat Melaka? U all kan orang Melaka."
Jawapannya senang saja... Dimana bumi ku pijak, disitu langit ku junjung....
Dah 14 tahun tinggal di Kuantan, jadi Kuantan berhak mendapat undian kami..
Sama juga dengan zakat fitrah dan zakat pendapatan...

Urmmm.. Tapi bukan itu yang aku nak sebut.. Bukan pasal mengundi.. Bukan pasal pusat undi..Bukan pasal parti mana lawan parti mana.. Bukan pasal parti mana menang dan parti mana kalah... Tapi....

Wahai sahabat, wahai kawan, wahai saudara, wahai kaum keluargaku... Jagalah kata-kata dan perkataan yang dipost di FB, di Twitter (aku takde akaun Twitter tp dok baca anak-anak punya Twitter) dan juga di blog. Kata-kata melambangkan peribadi kita. Janganlah panggil orang lain dgn perkataan-perkataan yang mencalari peribadi kita sebagai orang Islam... Malulah pada ALLAH... Malulah pada malaikat yang sentiasa bersama dengan kita.. Malu juga pada yang bukan Islam. Jika pun nak tegakkan kebenaran kalian, gunakan perkataan2 yang berhemah dan baik.....
"Orang tu pun sama!". So? Anda pun sama lah dengan mereka. Apa bezanya?

Allah berfirman dalam Surah Qaf ayat 18:

مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ


..bermaksud " Apa pun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan Atid" (50:18)

( Hadith 40 Imam Nawawi oleh Ustaz Dr. Haji Zahazan B Mohamed & Hj Muhammad B Zakaria)

Yang buruk tu datangnya dari saya.. Yang baik itu datangnya dari Allah...Tapi kalau posting ini dianggap buruk pada anda, harap maaf...


Sabtu, 21 Mei 2011

Rumah Anak Yatim Tertimbus..




Terkedu sekejap bila terbaca akan berita ini... Rumah Anak Yatim Al-Takwa di FELCRA Semungkis, Hulu Langat, Kajang, Selangor tertimbus dek tanah runtuh petang tadi. 23 orang yang tertimbus sedang bersedia menyambut kedatangan rombongan dari FINAS berada di bawah khemah. Rumah anak yatim ini memberikan perlindungan kepada 34 orang budak lelaki kesemuanya. Dua orang disahkan maut dan enam pula cedera parah... Semoga mereka yang tertimbus dapat dikeluarkan dengan segera dan selamat.   

Ahad, 17 April 2011

Siapa CM Sarawak???

Tadi dah officially announced kat semua media yang 
BN 55 kerusi
 PKR 3 kerusi
 DAP 12 kerusi 
dan 
Parti Bebas menang 1 kerusi 
dalam Pilihanraya Negeri Sarawak..

Tahniah buat semua pemenang...

Dan jam 11:04 minit tadi, Ketua Menteri Sarawak bagi penggal berikutnya ialah
-
-
-
-
-
Tan Sri Abdul Taib Mahmud!
Cecepat dia angkat sumpah ek! Baguslah.. Tidaklah lama Sarawak tiada Ketua Menteri.. Sekurang-kurangnya kerja dah boleh disambung.... Huhuhuuu.. Antara ikhlas dan tidak aje aku sekarang ni... Tapi, my vote doesn't count ...

Mudah-mudahan kerajaan Sarawak akan terus membangunkan Bumi Kenyalang dengan penuh etika dan lebih berkongsi kekayaan negeri... Jangan lupa, BEKERJA UNTUK RAKYAT! Tunaikanlah segala janji-janji yang telah dibuat...Apabila kita ikhlas bekerja demi sebuah bangsa (in this case, bangsa Malaysia), Tuhan akakn merahmati kita...

Jumaat, 15 April 2011

MLTR di Kuantan??




Semalam aku turun Kuantan untuk beli tiket bas Hubby Baby yang nak ke KL hari ni. Dia kan ada kelas kat Titiwangsa... Sepanjang jalan Galing tu dah ada dah banner ni... Banyak le pulak banner ni kat tiang-tiang letrik dalam Kuantan.. Kalaulah concert ni 20 tahun yang lepas, aku rasa cam aku akan pergi.. Tapi ni kan dah tahun 2011.. aku dah melepasi tahap ' terkinja-kinja' .. Ogos ni 39 dah... So, for sure keberahian untuk pi concert MLTR ni dah ilang... Tapi aku yakin, jumlah orang yang pergi ke concert ni adalah jauh jumlahnya dari yang pergi ceramah Ustaz Kazim Elias.... Dunia..dunia.... Dan aku tertanya-tanya..Adakah mereka-mereka yang pergi ke concert ini akan meluangkan 5 minit untuk solat Maghrib dan Isya' di Masjid Tengku Ampuan Afzan yang letaknya hanya sepelaung jauhnya? Ataupun di surau  Stadium SUKPA sendiri? Mudah-mudahan mereka memenuhi ruang-ruang solat yang disediakan di sana untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya...
Apapun, concert ini akan diadakan pada 30hb April , bermula jam 8:30 malam.... Sempat la nak solat dulu... Dan jangan lupa batas pulak ye....

Jangan Tuding Jari..

Anak-anak remaja suka bertindak tanpa pengetahuan orang tua atau penjaga mereka.. Yang duk rumah, atau pun duk asrama... sama aje.. Kalau tiada alasan untuk keluar pun, mereka akan cari alasan untuk keluar juga.. Janji keluar!

Bila dah terjadi sesuatu yang tak diingini, kenapa nak disalahkan orang lain? Kenapa tak salahkan remaja itu sendiri??Kalaulah remaja berkenaan memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku atas sesuatu tindakan itu, mesti ianya tidak akan terjadi.. 


Semasa menghabiskan sisa nasi yang masih ada dalam pinggan malam tadi, sedih rasanya bila Buletin Utama menyiarkan berita tentang nahas lima orang pelajar KIST yang memandu dari Bachok, Kelantan ke Kuala Terengganu atas alasan ingin melepaskan trauma selepas bilik asrama dicerobohi semalam. Mereka keluar pada waktu malam dan pulang selepas beberapa jam bersiar-siar di bandar Kuala Terengganu... 

Yang aku kurang setuju ialah...Di JERTIH: Bapa Zur Irah, Zakaria Muda, 49, terkilan kerana pengurusan kolej membenarkan pelajarnya keluar pada waktu malam sehingga awal pagi... Kenapa nak disalahkan pihak pengurusan kolej? Adakah pihak pengurusan yang membenarkan pelajarnya keluar pada waktu malam hingga awal pagi? Tidak ada kemungkinankah mereka keluar tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej? Mungkinkah ia di luar waktu kuliah

Mmm... Tak tahulah.. Bagi pihak diri  ini, kalau anak dirotan oleh guru, mesti ada kesalahan yang telah dilakukannya.. Kami tak menyalahkan guru tersebut. Kalau anak terlibat dalam kemalangan, kami tak salahkan sahabatnya yang mengajak, sebaliknya kami akan salahkan anak kami kerana menurut ajakan sahabatnya itu... Setiap keputusan berada di tangan kita sendiri. Jadinya, setiap hasil dari keputusan itu adalah tanggungan kita sendiri. 

Janganlah asyik nak menuding jari terhadap orang lain.. Kalau satu jari kita tuding kat orang lain, ada empat jari lagi yang kekal menuding ke arah kita.... So, cermin diri sendiri.. muhasabah diri... 

Ingatlah, keseronokan dunia tak akan kekal..

Apapun, Al-Fatihah aku sedekahkan buat ketiga-tiga pelajar KIST yang maut dalam kemalangan itu.. Dan takziah buat keluarga-keluarga mangsa.

Lori yang bertembung dengan kenderaan mangsa..




Khamis, 14 April 2011

Diri Situ Aje!

Dari zaman kanak-kanak lagi dah ada kes budak mati kena langgar dengan kereta yang mengundur.. Beberapa hari lepas, terjadi lagi satu kes di kuala Terengganu.. Ayahnya terlanggar anak yang dok diri belakang Pajeronya. Katanya dia nampak anak perempuan dia dah masuk ke dalam kedai makannya tapi... Anaknya mati di tapak kakinya sendiri... Yelah! Kan tapak kakinya yang dok menekan pedal minyak!

Aku cukup takut perkara ini.. So, apa yang aku amalkan ialah...Bila aku nak ngundur kereta atau pun nak masukkan kereta dalam garage,  aku akan pastikan anak-anak berada di tempat yang selamat.. Samada dalam kereta, dah dok kat beranda rumah atau di tempat yang aku rasa aku leh nampak dia... Kalau dia gerak aje, aku tekan brek! Gerak! Brek! Sambil tu aku jerit sekali! KAlau tak paham bahasa, aku tarik handbreak, keluar dari kereta dan tarik anak dok atas kerusi di depan pintu rumah! Kalau terlebih emo, aku piat sikit telinga dia! Hehehehe....

Tapi..kita nak salahkan ayah si mati pun payah jugak.. Dari dalam berita yang dilaporkan, dia sudah memastikan anaknya berada di tempat yang selamat...Bila kematian itu dah tertulis akan terjadi, walau atas katil pun, ia tetap terjadi... KUN FA YA KUN....

[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: 
"Jadilah", maka jadilah ia".

Jumaat, 8 April 2011

Telur Oh Telur!!!

Negara @*#&^ memang terkenal dengan barangan palsunya... Samada dibuat secara palsu ataupun penampilan barangan atau makanan yang dipalsukan.. Terbaru, TELUR. Aku respect la negara ni sebab dia berani buat benda2 macam ni..tapi sayangnya, membawa kemudaratan kepada yang memakannya..

 Telur-telur ni nampak sama aje... Tapi... Nak tahu macamana ia disediakan??
Mumula, kenalah masuk kursus dulu.. 3 hari punya kursus, bayar 30 Yuan, dah boleh buat bisnes mempalsu ni. Mudahnya...


Berbagai macam bahan seperti agar-agar, bubuk yang tidak diketahui, asam benzoat, bahan coagulating dan bahkan tawas, yang biasanya digunakan untuk membuat telur palsu ini. Untuk kuning telur itu, beberapa berwarna kuning jeruk dicampur bubuk menjadi cair dan ramuan bergerak. Cairan itu kemudian dituangkan ke dalam plastik yang berbentuk bulat cetakan dan dicampur dengan apa yang disebut ‘air ajaib,’ yang mengandung kalsium khlorida.  Ini membolehkan ‘kuning telur’ keluar selaput luar yang nipis. Telur palsu ini kemudian dibentuk dengan sebuah cetakan. Jangan terlupa kulitnya pulak..


Parafin lilin dan cecair putih yang tak dikenali dicurahkan ke telur palsu, yang kemudian dibiarkan mengering. Telur buatan boleh digoreng cerah-sisi atau dikukus. Sehinggakan orang-orang yang mencipta mampu membuatkan gelembung-gelembung muncul pada telur putih. Tapi sayangnya, takde sebarang khasiat pun! Seorang profesor Universiti China dari Hong Kong memperingatkan pengguna telur ayam palsu boleh mengalami demensia.


4798564023 afbef11462 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China. 4799196264 1b917969d3 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China. 4799196364 987e9c495a [PENIPU] Telur Ayam Palsu China. 4799196328 b430207b40 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China. 4799196304 16af80df2a [PENIPU] Telur Ayam Palsu China. 4798564207 a9cb73a307 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
(Gambar ni aku c&p dari Blog Berita Semasa..Terima kasih tuan tanah..)


Selalu kita tak perasan sangat... Tapi cuba bezakan antara telur Omega3 brand apa ntah tak ingat,  dengan telur biasa yang jauh murahnya.. Cuba, try dan test kedua-duanya.. Ada beza tak? Kalau tak ada, selamat.. Tapi kalau terjumpa sebagaimana yang dalam gambar-gambar ni, hantar le balik kat kedai tu...  Jangan pulak sayangkan duit yang dah kita bayar dan terus gunakannya.. Sayangkan kesihatan..kalau bukan kesihatan kita sendiri, kesihatan anak-anak pun nak dijudikan ke??



Kalau dapat result rebusan yang macam ni, bawak sekali kat kedai tu....

Peringatanbuat semua..Bukan sahaja di jalanraya kita kena berhati-hati..membeli telur pun kita kena berhati-hati sekarang ni.. Huhuhuhuu.. Kesiannya kita, para pengguna zaman sekarang...

Isnin, 4 April 2011

清明节 Qingming Festival

Monday is a school holiday for my children and their friends from school.. It's Cheng Beng day.. also known as Tomb Sweeping Day... What is Tomb Sweeping Day???

Tomb Sweeping Day is a traditional Chinese festival on the 104th day after the winter solstice (or the 15th day from the Spring Equinox), usually occurring around April 5 of the Gregorian calendar . Astronomically it is also a solar term . The Qingming festival falls on the first day of the fifth solar term, named Qingming. Its name denotes a time for people to go outside and enjoy the greenery of springtime (踏青 Tàqīng, "treading on the greenery") and tend to the graves of departed ones.

 The Grave Sweeping  Festival is an opportunity for celebrants to remember and honour their ancestors at grave sites
Young and old pray before the ancestors, sweep the tombs and offer food, tea, wine, chopsticks, joss paper accessories, and/or libations to the ancestors. The rites have a long tradition in Asia, especially among farmers. Some people carry willow branches with them on Qingming, or put willow branches on their gates and/or front doors. They believe that willow branches help ward off the evil spirit that wanders on Qingming.
On Qingming people go on family outings, start the spring plowing, sing, dance. Qingming is also the time when young couples start courting. Another popular thing to do is to fly kites in the shapes of animals or characters from Chinese opera. Another common practice is to carry flowers instead of burning paper, incense or firecrackers.

My gigirls and me?? We will just stay home, sort out books and clean the house... :)) 

Isnin, 24 Januari 2011

Ganggukah????

Suatu hari, pembesar suara di sebuah masjid di Perak disambar petir. Jadinya, tiadalah kedengaran laungan azan ke setiap ceruk perkampungan itu. Suatu pagi, lima org nyonya yang  rutin mereka ialag berjogging,  melewati masjid tersebut. Pada masa yang sama,Imam masjid itu pula sedang membersihkan kawasan sekeliling masjid.

Nyonya: Ustad, Apa pasal suda lama x dengar itu bunyi aa?
Imam: Itu pembesar suara sudah kena petir la. Kenapa?
Nyonya: Haiyoooo. Masjid takde kasi bunyi, kita susah mau bangun pagi lorrr....
Imam: Ya ka?
Nyonya: Iya la. Kita mau bangun awal. Boleh pegi jogging, kerja pun manyak bole siap. Kenapa ustad x panggil olang datang betulkan itu balang?
Imam: Sudah panggil itu Kang. Tapi dia banyak sibuk sekarang...

Itu serba sedikit yang aku ingat.. Banyak hikmahnya bila azan dilaungkan. Selain memanggil umat Islam untuk sama-sama menunaikan solat, ia juga membantu penganut agama lain dalam kehidupan seharian mereka... Tapi sayangnya, baru sekarang ada yang rasa terganggu dengan panggilan azan dari masjid... Tapi kenapa dia tidak rasa terganggu dengan bunyi music, bunyi mercun dan lain-lain bunyi yang lebih menyengat telinga daripada azan yang hanya dilaungkan selama beberapa minit sahaja di setiap waktu solat?

* Imam dalam perbualan tadi ialah Ustaz Mohd. Kazim Elias Al-Hafiz. Kisah ini diceritakan  sendiri oleh beliau pada 20hb JAnuari 2010 semasa beliau berceramah di Musolla Al-Raudhah, Taman Pelindung Perdana, Kuantan, Pahang.