CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Rabu, 6 April 2011

Dato' Hajjah Sarimah Bt Ahmad

Sapa tak kenal dengan pelakon wanita veteran yang layak di panggil primadona ni?? Sarimah... Dato' Sarimah Bt Ahmad. Dah banyak umur dah beliau ni.. Dilahirkan pada 24hb April, 1942 kat Pulau Rusa, Pekan, Pahang.

Kecantikan dia tak perlu kita persoalkan.. Memang cantik! Dari muda sampai la ni, dia kekal cantik dalam 'kategori'nya sendiri.. Bakal menyambut kelahirannya yang ke 69 tak berapa lama lagi tapi jelita.. Beliau banyak mengamalkan petua-petua untuk menjaga kecantikannya dari zaman remaja lagi..Tapi bukan kecantikannya yang hendak diperkatakan tapi tentang kesihatannya yang kurang memuaskan.. Korang tahu ke?? Aku pun baru tahu dr Dunia dari Dapur Kak Jee
Dia disahkan menhidapi kanser hidung dan otak tahap 4..Dah memang critical sangat dah tu tapi kekuatan dan kecekalannya serta keredhaannya pd Allah telah memberikan dia peluang untuk kembali bahagia.. Dia antara artis yang aku hormati.. Kenapa? Kerana dia sentiasa menjaga perlakuan, perkataan dan maruahnya. Dia antara artis yang selalu mendekatkan diri kepadaNya sejak mulai 'berumur'..
Aku hanya mendoakan agar dia sentiasa sihat  dan menjadi contoh yang baik kepada teman veteran seangkatannya yang masih lagi hanyut dalam dunia glamour yang dah tak seberapa glamour bagi insan-insan yang dah berumur macam Mak Mah ni... No names, ok!  

Isnin, 4 April 2011

Anuar Punya Pasal!

Kenapa aku eager sangat nak tonton ABP BH 2010 kali ni????
Sebabnya.. penyebab yang buat Hubby Baby jeling kat aku yang macam taksub menghayati alunannya sepanjang lima minit
Owh! Mata anda tidak berbohong.. Memang itulah Anuar Zain menyanyi kat dalam TV Philips gedabak di hall rumah aku! Biar camne rupanya, Sedetik Lebih sangat menusuk kalbu ku...

Aduhh... Hubby Baby kekal menjeling.. sampai ke akhirnya...
Aku tak ralat dia tak menang sebab dia ada peminat yang besar jumlahnya.. Ramai lagi penyanyi yang hebat suaranya tapi jarang dapat pengiktirafan...
Tapi, aku puas hati sebab dapat tonton Anuar Zain dengan Sedetik Lebih malam tadi... Walaupun aku tak dapat BBM dari Anuar Zain cam adik aku dapat dari Lisa Surihani sebaik memenangi kategorinya.. sorry..x hengat lak kategorinya.. tapi sebenarnya "Semua adalah pemenang. Tiada pengalah" hehehehehe...