CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Memaparkan catatan dengan label Petua aka PEsan si TUA..... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua aka PEsan si TUA..... Papar semua catatan

Isnin, 18 April 2011

Petua Mengubat Pelupa

"MELAYU MUDAH LUPA.." 
Itulah sajak Tun Dr Mahathir yang paling melekat pada ingatan aku...

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...


Jom tengok camne nak kasik susah lupa....

1. Setiap pagi kunyahlah kismis hitam sebiji-sebiji.. Jangan nak cepat sekali ngap aje!

2. Air panas dan sesudu madu setiap pagi dimunum semasa ia dah suam.. Jangan masa        panas-panas tu pi teguk! Menggelupur la anak tekak tu ....

3. Tidur le awal.. Pas tu bangun pun awal...

4. Tidak ber'sama' melebihi 2 kali seminggu..

5. JAngan makan berlebihan dan kurangkan makan benda masam.

6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.

7. Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut        mulut. Buat 10 kali setiap pagi.

8. Buat stretching bila bangun dari tidur

9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut. Kalau tak, banyak najis syaitan atas kepala..

10. Elakkan lihat alat sulit dan najis

11. Baca Al-Quran dan cuba menghafal setiap hari.. Sambil mengasah otak, sambil beribadat dan dapat gak kebaikan...

12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu.

13. Selalulah mandi pagi, petang dan selepas buang air besar..

14. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.

15. Sayangilah ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.






Sabtu, 16 April 2011

BANGUNNNNNNN!!!!!!


  • Jangan kata budak-budak.. Kekadang orang dewasa pun susah nak bangun.. Tu yang ramai yang terlepas (atau dilepaskan???) solat Subuh! Selalunya, aku akan niat untuk bangun awal, kuncikan jam dan handphone serta radio.. Tapi ada banyak lagi cara selain daripada yang aku amalkan...




    • Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
    • Ambil wuduk sebelum tidur.
    • Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
    • Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
    • Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
    • Maafkan semua orang sebelum tidur.
    • Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
    • Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
    • Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
    • Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.
    Kalau nak lagi mudah, meh sini! Kita ketuk je periuk cap buaya kat tepi telinga orang yang susah bangun tido tu!

    Tapi budak Domok ni jangan kacau ye.. Ini cucu tuan tanah!



    Jangan usik! Babap kang!

    Khamis, 14 April 2011

    Meh Tampal Periuk!

    Aku suka guna periuk stainless steel cap buaya yang dah berusia 18 tahun tu... Orang lain pakai periuk Tupperware yang harga  beratus ringgit sebijik tapi aku tetap kekal dengan periuk cap buaya dan satu set periuk stainless steel yg Hubby Baby presentkan 12 tahun lepas... 

    Sabtu lepas aku rebus telur dalam periuk cap buaya tu.. Ada bunyi cam air kena api aje... Bila aku check, rupanya periuk tu dah ada tempat yang bocor... Hohohooo... Mau kena tampal nih! Kalau dibiarkan lubang halus tu tak bertampal, nanti ia akan membesar... macam cancer la jugak....
    Google aje... Pinjam gambau  :))
    Aku ambil asam jawa dalam fridge. Then aku ambil sedikit asam jawa tu dan tampalkan disebelah luarnya... Aku tampal besau sikit .. Lepas tu bolehlah guna semula.. 

    KAlau tak pun, cuba guna kapur. Ish! Bukan kapur papanhitam lah! Kapur sirih aje..Sama aje cam asam jawa.. tampal kat lubang sebelum gunakan.... Cubalah ye kat periuk yang bocor...  Tapi kalau tahap kebocoran tu tak dapat ditampal, pi la beli yang baru aje....hehehehe

    Rabu, 13 April 2011

    Tak Mau Muntah?

    Pernah naik bot atau feri yang dipukul gelombang tak?? Kalau pernah, muntah tak? Kalaulah naik bot ke pulau-pulau di tengah laut  yang terbuka tu.. janganlah tunjuk terrer cam tahan kalau tak pernah tahu diri tu leh tahan ke tidak...

    Kalau dah tahu nak dilambung ombak setinggi 5 meter dan tak kurang, sediakan diri... Makan la ubat novomin... Bukan masa dah kat tengah laut tapi sejam sebelum naik bot...


    Tak pun, bawak la benda yang masam..cam asam jeruk ke..asam boi ke.. Makan sikit-sikit...

    Lepas tu, jangan le gatal nak tenung air laut! Mesti mabuk punya! Pandang lekejauhan sana... Tak pun, pandang le kat langit...

    Minum air  manis pun boleh membantu jugak untuk kurang mabuk.. Jangan minum air masak aje.. sebab air masak tu sendiri dah meloyakan sedikit....

    Tapi, agak-agak kalau memang tak tahan mabuk laut, TAK PAYAH MERELAKAN DIRI DILAMBUNG OMBAK!