CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Memaparkan catatan dengan label Precious School Years.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Precious School Years.... Papar semua catatan

Rabu, 23 Februari 2011

PIBG SHAH 2011/2013

Sabtu yang lepas, aku, Hubby Baby dengan Addeen menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang ke 20 di Sekolah Sains Sulatan Haji Ahmad Shah Pekan. Ini kali pertama kami menghadirinya sebab tahun lepas, Along masuk sekolah ni bulan Mac tapi MA PIBGnya diadakan pada 30 Januari 2010..so, tak sempat la kami nak menghadirinya...
 Ini adalah barisan AJK PIBG SHAH 2009/2011 dengan Pengerusinya ialah Pengarah Hospital Selayang Serdang,  Dato' Dr. Hj Ardi B Hj. Awang dengan Naibnya, Prof Dr. Nik Mazlan B Mamat (Dekan Kulliyah Allied Health Sciences,UIA Kuantan)  dan AJK yang lain-lain yg semuanya golongan berilmu dan memberi ilmu kepada semua... Alhamdullillah, dah banyak contribution yang anak-anak SHAH ni dapat hasil dari kerjasama erat mereka..Mesyuarat tu tak lah lama. Hanya 2 jam sahaja. Tapi sessi soal-jawabnya agak kelakar sedikit.. Bukan sebab barisan AJK ni tapi sebab ada beberapa ibu bapa tak menumpukan perhatian dalam mesyuarat dan memperlihatkan ketidakperhatian mereka itu pada sessi soal-jawab. Orang bincang pasal lain, dia menyampuk tentang sesuatu yang jauh dari topik... Kesudahannya, terpaksalah Tuan Pengerusi kita terangkan isu yg dibincangkan beberapa kali... Nasib baik Pengerusi tu dah biasa bercakap depan press.. Kalo aku, dah angin dah!

 Selesai sessi soal-jawab, maka AJK sessi 2009/2011 dibubarkan... Bermulalah saat untuk ahli yang hadir memilih AJK baru bagi sessi 2001/2013. Pengerusi menang tanpa bertanding.. Naib Pengerusi yang ingin dimenangkan tanpa bertanding tarik diri kerana sudah 2 tahun anaknya meninggalkan SHAH. So, Hubby Baby pun mencalonkan Dr. Hj Dr Khaled Mat Hassan (Obstetrician & Gynaecologist Kuantan Specialist Hospital) dan beliau menag dengan pertandingan 3 penjuru.. 


 Iklan jap! Addeen dok sibuk dengan jam Ben10nya yang hilang tanpa jejak selama beberapa lama... Dia baru terjumpa semula jam ni 2 hari sebelum tarikh di gambau ni.. Sebenaunya, aku yang simpankan.. heheheh
 Heheheh.. Inilah barisan AJK yang menang dalam pilihanraya PIBG SHAH tempohari... Hubby Baby pun menang.. Kenapa dia tercalon? Sebab dia banyak nau soalan dan kegusaran bila tengok perkataan-perkataan dalam laporan minit mesyuarat dan laporan kewangan tahunan.. Al- maklum le.. Hubby Baby ni sangat teliti bila buat kerja.. So, dia pun expect benda yang sama dari aku orang lain. Selalunya dia akan jadi AJK aje.. MAna leh nak jadi Setiausaha.. TAk larat lak kang aku nak menaipkan minit-minit mesyuarat dengan tulisannya yang bak doktor tu! LAgipun, sapalah dia kalo nak jadi Pengerusi, sedangkan ada orang lain yg lebih pandai cari fund berkaliber. JAdi AJK pun dah ada suara gak..hehehehe

 MYJ: Assalamualaikum semua. Saya Mat Yunus Bin Jumat. Bekerja di BASF P******* C*******. Anak saya berada di Tingkatan 5 di sekolah ini. Sebenarnya dia ingat bila sebut pasal anak yang dah final year kat sekolah ni, boleh le dia melucutkan jawatan AJKnya itu tp segan le pulak kat Dato' Ardi yg anak pun final year cam Along gak...
 Dah ada kerusi kat depan dah.. Tapi, semua orang pakai kasut,Hubby Baby je yang pakai selipar jamban! Bila umur dah meningkat, sel-sel otak mula berpencen...  Even abang yang dok depan aku datang naik motor dengan helmet yang tersangatlah uzurnya pun pakai kasut tau!
Selesai semua urusan, Tunggulah Majlis Perasmian/ Penutup PIBG kali ke-20 ni.. Aku dah agak dah... Mesti MB hantar wakil aje.. Wakilnya, 
Adun Pulau Manis, YB En. Khairuddin Bin Mahmud. 
Ok le tu.. tapi dia tak baca ikut teks.. Dia berucap ikut pengalaman aje.. Al-maklum la.. Guru pencen...
Dan persembahan dari kumpulan nasyid SHAH. Sedap pulak suara bubudak ni... Bernasyid tanpa iringan muziknya lebih sedap... Tapi, memang thumbs up untuk diaorang ni... 

Lepas tu, sessi makan-makan pulak... Dah merata cikgu-cikgunya.. huhuhuu.. Aku bertembung dengan Puan Sharifah sahaja.. Dia ni guru rumah Aminuddin.. Along ada banyak paperwork yang nak kena siapkan untuk Aminuddin. Soalan aku pada cikgu ni "Firdaus reliable ke?" heheheehe.. Cikgu kata, "Boleh diharap.. Dia rajin dan boleh buat apa aje kertas kerja yang kita arahkan untuk Aminuddin ni.."
MAna Cikgu Linda? Mana Sir Lela Murad? Mana Madam Anne? Mana Teacher Zaima?? huhuhu.. semuanya dah ilang.. Huhuhuu.. 
Lepas kung kang dengan Along, dan jumpa dak Chex,  anak nombor dua aku, Hubby Baby pun ajak balik... sebab Faeiqah dengan Batrisyia yang aku mintak tolong neighbour aku jemput diaorang ni siap dengan kunci kereta Hubby Baby sekali, call aku kata budak dua orang ni lom keluar dari pagau sekolah  lak... Risau la plak.... Tapi baru je keluau pagar SHAH, dia call balik kata bubudak dah ada dengan dia.. Lega rasanya... So, kami benti la pulak kat Kg. Sg. Soi, munum kelapa dengan makan goreng pisang...heheheheh

Dan kami terus memerap dalam rumah sampai le malam sebab ada orang tu lom lagi siapkan dia punya homework! Kan minggu ni nak kena antau 2 assignment! Sian aku!



Ahad, 20 Februari 2011

Kedua-duanya Sama Penting..

Thursday, September 16, 2010 at 11:57pm

FAeiqah selalu x sempurnakan kerja sekolahnya..
Tulisan cakar ayam.. KAlau laoshi suruh copy karangan...mmg dia paling x suka!
Dia boleh baca novel @ kamus sepanjang hari @ minggu tapi bila masuk bab menulis ni...
kita pun jadi sakit mata!

Her daily routine...
6.45 am dah ke sekolah..
1.10pm balik & spent 15 mins in the car..
MAndi, solat Zohor, lunch (sambil membaca) & get ready for KAFA.
5.45 pm habis KAFA.. MAndi, start buat homework sampai...
Break for MAghrib, dinner & Isya'.
Then continue her homework..
Selalunya sampai tengahmalam menyiapkan homeworknya..
Being in the best Chinese school & the best class in school with high expectations is very tiring..
It's not an easy task for a pure MAlay girl to be the best MAlay student in her 6 classes of Year 5 in a Chinese school..
Furthermore, Chinese is not her mother tongue..

Sampailah....semester lepas, aku dipanggil mengadap laoshinya..
She asked me FAeiqah's daily routine..
When she heard FAeiqah's packed daily schedule.. she said..
"Quit her sekolah agama la..It's not important la.."
I was annoyed to hear that but wisely I said,"Cannot because her sekolah agama is important maa.."
Her laoshi speaks " Where got important.. Her UPSR next year la.."
In my mind.."hey! Her UPKK this year!"
Well, she has no problems in her studies... it's just her cakar ayam handwriting...
Alhamdullillah, Faeiqah dapat 7A dan 1B (Bahasa Arab) dalam UPKK 2010..

Another annoying words out of the laoshi's mouth was..
"The sekolah agama won't make her a doctor, u know.."
Terasa cam nak cili-cili aje mulut laoshi dia tu!

TApi, nak marah dia pun x boleh.
Sebabnya..an answer I got from a few muslim parents when asked about sending the kids to KAFA..
"Lecehlah.. Diaorg ada tuition..dgn art class lagi..piano la.. "
KAFA dah jatuh jadi 2nd class la plak..

Aku x pernah berpeluang masuk KAFA..
Dok dlm town..
Dulu2 mana ada byk KAFA cam sekarang ni... sana sini ada !
TApi kami mahu anak2 dapat didikan untuk kedua-dua dunia & juga akhirat..
KAlau dapat ajar sendiri, mmg bagus sangat..
TApi aku sendiri pun masih belajar dr suami & Ustazah FAjidah (GuruBesar KAFA  anak2..)
Ilmu Allah tu terlalu banyak & teramat luas..
Aku x mampu sebab ilmu yg ada amat sedikit..
TApi, I'm so impressed dgn Addeen yg br 5 tahun ni..
He learnt so much from his classes..
FAeiqah & BAtrisyia pun..pengetahuan mereka lebih banyak dpd ibu mereka sendiri..
Along tu x yah cakap le.. Dengar ummi mengaji dr jauh pun dah boleh tegur kesilapan dlm tajwid!
Dari anak2 & suami aku tahu tentang cerita2 nabi... nama2 surah dalam Al-Quran & macam2 lagi..
Tp aku x pernah rasa malu bila dapat ilmu dpd anak2..malahan berbangga..

Aku & suami ingin anak-anak kami membesar sebagai manusia yg kukuh didikan agama & imannya..
Kerana mereka adalah harta di dunia & juga di akhirat kelak..
Dengan doa dari anak2 yg solehlah yg akan membantu kami di alam sana..
Anak2 yg soleh adalah harta yg tak ternilai...
Anak2 yg berjaya dalam dunia kerjaya & dunia kekeluargaan juga adalah menjadi idaman kami..
 Bairlah mereka menjadi manusia yg dihormati masyarakat kerana pengetahuan & amalan dunia serta akhirat .
Insyaallah..
Bila dunia dan akhirat sama diberatkan, maka mereka berjaya menjadikan impian kami suatu realiti..

Sejuk rasa hati bila dapat berkongsi ilmu Akhirat dengan anak2 sendiri..



Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang Melayu,anak-anak yang masih kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar jiwa, intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan dimanjakan.Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk menghadapi tuntutan hidup.

Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan dan dapat gaji lumayan. Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka berjaya dan senang dalam hidup. Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau-kalau anak-anak sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak-anak akan membantu dan membela mereka. Anak-anaklah menjadi tempat mereka bergantung apabila tua kelak.

Anak-anaklah yang menjamin masa depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari tua. Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama. Allah pun memang hendak begitu. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk tujuan ini semata-mata?

Patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah anak-anak itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak ubah seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau satu kegiatan ekonomi.

Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ia tersimpang dari kehendak agama dan kehendak Allah. Anak-anak itu adalah amanah Allah. Mereka perlu dididik untuk Allah.Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Allah.Mereka perlu dididik supaya menjadi hamba Allah selepas itu menjadi khalifah Allah di muka bumi.

Mereka perlu dididik untuk mengabdi diri kepada Allah dan menjadikan Allah cinta agung mereka. Mereka perlu dididik supaya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Allah. Anak-anak itu anugerah Allah. Oleh itu, kenalah didik mereka untuk Allah. Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Allah dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka. Soal anak-anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa.

Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut dengan Allah, maka dunialah yang akan menjadi matlamat hidup mereka. Keinsanan mereka tidak akan terbina, nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain-lain yang bersarang di hati mereka. Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil, benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Allah.

Kalau Allah pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka memperdulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela dan berkhidmat kepada mereka. Ibu ayah akan menjadi penghalang untuk mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya derhaka kepada ibu dan ayah. Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis. Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah mereka.Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka.

Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka untuk Allah. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk Allah pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar menjadi musuh. Kalau anak-anak dididik untuk Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset kepada kedua ibu ayah mereka.

Mereka akan menjadi aset di dunia dan aset di Akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan ayah juga kan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat dididkan dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu. Hadis ada menyebut: " Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermenafaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."  

Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Allah. Allah lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Allah mengamanahkan dia kepada kita. Oleh itu, kita perlu didik dia untuk Allah, bukan untuk kita. Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia bukan anak kita lagi. Di Akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak kita untuk Allah, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.

Jumaat, 18 Februari 2011

Cepatnya Masa!

It feels like I've just turned another page!

Cepatnya masa berlalu! Aku rasa baru semalam Jumaat! Ni dah Jumaat balik!
Hari jumaat ni, aku kena cepat siap kerja kat rumah. Sebab karang nak kena jemput Addeen dari sekolah jam 11.30am! So, kena tekan pedal minyak kul 11.10 am, paling lewat pun! Kang tertunggu-tunggu lak my lil prince charming tu!

Dari kecik aku dah didik anak-anak untuk sampai awal ke sekolah dan balik on time untuk tak menyusahkan guru yang bertugas... Paling lewat pun, 30 minit sebelum jam berbunyi mereka pasti dah tercongon kat dewan ataupun dalam kelas!

Masa Along bersekolah di AQFA Intergrated Islamic School dulu, dia sampai kul 7am sedangkan kelas bermula jam 8 am! Tu masa sekolah rendah.. Bila dah masuk Tingkatan 1, dia sampai pukul 7am jugak! Kul 1.10 tghari, aku dah dok depan sekolah dia dengan Addeen yang masih baby lagi masa tu..

Masa tu, Faeiqah sekolah petang dan Batrisyia pulak tadika pagi kat Semambu, 20 minit dari rumah. So, aku hantar Batrisyia jam 7.15am walhal waktu sekolah dia ialah dari 8am hingga 12 pm. Meaning aku akan jemput dia on the dot! Lepas tu balik rumah dan hantar Faeiqah ke KAFA pulak. Kul 10.30 am, jemput Faeiqah and serve her lunch. Kul 11.30, dah keluar balik untuk jemput Batrisyia..Then pi hantar Faeiqah kat sekolah. Jam 12.30 tengahari, Faeiqah dah sampai kat dewan sekolah walaupun sekolah bermula jam 1.10pm.. Tapi jangan tak tahu. Waktu tu, dah separuh budak sekolah sessi petang yang dah sampai dan hampir semua guru sessi petang dah ada dalam staff room!
Ni le Dewan SJK(C) Kong Min, Beserah, Kuantan
SMK Teluk Cempedak, sekolah Along dr Januari 2006- Mei 2007
Then kami pi le sekolah Along..Kami lunch, Addeen berak kencing dan basically, dia membesar memang bebetul dalam kereta! Kul 12.40 tghari, aku dah ambik port bawah pokok besau depan sekolah.. Kekadang aku dok le kat bus-stop sambil layan Addeen dan Batrisyia tengok ikan dalam longkang besau sepanjang pagau sekolah tu...Dok la kami kat situ sampai kul 2.30 ptg! Lepas tu, kami balik rumah, dan buat rutin selepas balik sekolah la plak. Kasik anak-anak rehat sekejap, then buat homework. Aku pulakdok perhatikan anak2 buat homework.. Addeen tak duduk tapi ngacau Along ngan Batrisyia! hehehehhe

Petangnya, lepas Along gi ngaji dan, kul 5.30 aku dah kena pergi beratur tunggu Faeiqah di sekolah.. Kalau lambat, nanti tak dapat port yang redup dan selamat pulak! So, kenalah cepat dari nyonya2 dan apek2 yang dah macam ada PIBM @ Persatuan IbuBapa  Menyupir meeting!
Cam ni le lebih kurang bila PIBM wat meeting hari-hari ;P
Kenapa aku cakap gitu? Sebab diaorang siap bawak kosi dan makanan sekali dok kat parking lot tu!  Dok la layan novel atau menjahit baju (masa tu rajin menjahit!:)) Selalunya masa ni Addeen ngan Batrisyia akan dok memain dalam kereta atau dok membelek buku ataupun ambik peluang main kat bawah pokok.. so aku ada la masa aku sendiri.. Loceng berbunyi jam 6.30 je, aku dengan askar 2 orang tu terkedek-kedek le pi kat depan pagau sekolah. Kalau tak jemput kat depan pagau, cikgu tak lepaskan anak muridnya... sebab sekolah ni ramai nau yg kaya-raya.. Anak YB, Tan Sri, Datuk, doktor2 pakar dan profesional yg terkenal dalam Pahang ni ramai yang sekolah sini.. Sekolah Cina nombor satu dalam Pahang le katakan.. Nak dapatkan tempat untuk anak pun susah tau! Tapi anak-anak nelayan yang dok kat dalam kampung tu pun ramai jugak...

Dulu, bila Hubby Baby off day, ada le chance aku dok sebelah je...
Rutin aku masih hampir sama sekarang.. Cuma, sedikit perubahan aje.. Penat? Fuh! Jangan tanya penat ke tak! Tulang belakang ni rasa cam nak berderai pun ada!Masuk je Maghrib setiap Jumaat je, aku memang tak mau pegang stering kereta langsung! Naik muak pegang dah!! Tapi aku masih kekal dan setia dengan tugas2 rasmi aku ni dan akan setia selagi anak-anak memerlukan aku untuk drift!
Seronok bila ada 1st driver!
Alhamdullillah, sepanjang aku drift dengan anak-anak, tak pernah ada apa2 accident (cuma last year aje apek sorang ni dah gesel bumper depan aku sampai tercabut semua cat! Aku tuntut balik!) Mungkin sebab niat... Insyaallah, mudah2an tak ada apa-apa pun sampai aku selesaikan tugas aku sebagai seorang ibu... Tapi, BILA?

Khamis, 17 Februari 2011

Peperiksaan Awam 2011

Fuh! Tahun ni memang mencabar buat kami sekeluarga..
Siapa kami sekeluarga??
Kami sekeluarga dalam rangkuman yang besau..
Ramai yang akan ambil peperiksaan awam tahun ni..

UPSR @ 13-15 Sept. 2011:

  1. Nurul Faeiqah @ anak aku
  2. Nur Sabrina @ Anak buah aku@ Anak dak Ida
  3. Sollehah Aqeelah @ Anak buah aku gak @ Anak K Ogy
PMR @ 4-6 & 11-12 Oktober 2011:
  1. Amirul Rashid @Anak buah aku @ Anak K Oza
  2. Nur Jannah @Adik sepupu aku @ Anak Busu Intan
SPM @ Bertulis~14 November -14 December 2011 
  1. Muhammad Nur Firdaus @ Along
Ada lagi anak2 buah sebelah arwah Ayah yang akan ambik exam ni tp aku tak tahu nama masing2...huhuhuuTapi aku rasa yang paling berdebar ialah Ibu aku.. Sebab hampir separuh daripada cucunya (12 orang aje....setakat ni..) adalah calon2 peperiksaan awam. Dan Along sebagai cucu sulongnya akan dok SPM plak!

Harapan aku, mereka yang bakal menduduki Peperiksaan Awam ni sudah mula mempersiapkan diri dengan doa dan usaha kepadaNya.. Mak-mak dan ayah-ayah pulak, jgn lupa berikan sokongan moral dan material yg diperlukan mereka.. Rajin-rajinlah berdoa tanpa mengenal masa, dirikan solat hajat..tanpa ditinggalkan rutin wajib kita... Dan yang akan duduki Ujian Penilaian Kelas KAFA juga, jgn dilekehkan exam ni ye... Ni ujian yang bantu kita dalam ilmu Al-Quran.. Ilmu inilah yang bakal kita bawa kemudian hari...

Ahad, 16 Januari 2011

Sibuknya Mereka!

Faeiqah , Batrisyia dan Addeen...tiga nama yang memiliki 1001 karektor yang tersendiri.. Tetapi mereka mempunyai rutin harian yang hampir sama dalam segala hal. Mereka akan mula membersihkan diri pada jam 6 pagi. Selesai berpakaian lengkap, mereka akan menunaikan solat Subuh. Kemudian, mereka angkat beg-beg sekolah (setiap seorang membawa 2 buah beg yg padat diisi dengan buku2 dan kamus.) serta meletakkannya di tepi pintu. Ianya memudahkan Abah mereka mengangkat beg-beg untuk dibawa masuk ke dalam kereta.

Aku hanya menanti mereka di meja makan, menemani mereka bersarapan dengan Abah. Seusai minum air milo ataupun susu serta hidangan ringkas yang aku sediakan, mereka menyalam tanganku yang halus bak sutera, mencium kedua belah pipiku yang gebu dan kami saling berpelukan sebelum aku mengucup ubun-ubun kepala mereka serta berpesan "Belajar ye sayang".

Seawal 6.45 pagi, mereka sudah memulakan perjalanan buat hari itu. FAeiqah akan duduk tenggelam di dalam dunianya sendiri, membaca novel yang memang sentiasa akan dibawa dan diletakkan di dalam kereta Abah. Batrisyia pula akan rancak berbual dengan Abah dan Addeen pula, kadang-kala dia akan menyambung semula tidurnya sebelum sampai ke sekolah. Jika tidak pun, dia akan bersama berbual rancak dan bercerita dengan Batrisyia dan Abah.

Sesampai di pintu masuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min, Faeiqah dan Batrisyia akan bersalaman dengan Abah dan terus ke dewan sekolah. Jam 10.20 pagi, mereka akan bersama-sama duduk di kantin sekolah dan menghabiskan bekalan yang aku telah sediakan.

Addeen pula, dia akan dihantar ke Affan Little Muslim Pre-School di Taman Pelindung Bayu, Beserah yg jaraknya kurang daripada satu kilometer dr sekolah kakak-kakaknya. Selesai menghantar anak-anak, Abah akan terus pandu kereta ke tempat kerjanya di Gebeng.

JAm 11.45 pagi, aku pandu kereta ke Affan untuk menjemput Addeen yang akan keluar jam 12 tengahari. Biasanya bila aku sampai, Addeen akan keluar dari sekolah dengan diiringi guru kelasnya. Dan menjadi kebiasaanku, aku akan bertanya tentang perkembangan Addeen di sekolah dr gurunya sekejap sebelum ke sekolah kakak-kakaknya pula.

Jam 12.10 tengahari, aku dan Addeen akan duduk di dalam kereta, menunggu waktu sekolah SJK(C)Kong Min tamat jam 1.10pm. Setiap hari, aku akan pastikan aku membawa buah-buahan dan susu sebotol untuk Addeen. Sambil-sambil itu, aku akan melayan Addeen bercerita tentang aktivitinya di sekolah. KAdang-kala dia akan bercerita sampai kakak-kakaknya keluar dari sekolah! 50 minit bercakap dan bersoal-jawab dengan aku! Ada masa, pening jugak aku dibuatnya!Tapi sesekali aku bawa sekali kereta-kereta mainannya supaya dia tak ganggu aku dikala aku tidak berapa sihat atau aku ingin menghabiskan bacaan novelku..hehehehehehe... Kejamkah aku????


Sebaik sahaja FAeiqah dan Batrisyia memasuki kereta, aku terus menyusuri jalan pulang ke rumah kami. 20 minit memandu, kami sampai. Ketiga-tiganya  terus gantung baju sekolah masing-masing (selalunya aku kena ingatkan jugak walaupun itu adalah rutin mereka sejak dari umur 5 tahun lagi!) , mandi, solat Zohor dan makan tengahari di hadapan TV. Alasan mereka "Masa ni aje kitorang bole tengok tv." Betul juga kata mereka sebab jam 2.30 petang, masing-masing sudah siap untuk ke KAFA As-Syakirin. Hanya FAeiqah sahaja yang tinggal dirumah menemaniku kerana dia sudah tamat kelas KAFA tahun lepas selepas tamat UPKKnya. Tempoh yang ada, dia gunakan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahn dan melipat baju-bajunya.

Selesai solat Asar, Faeiqah pula bersiap untuk pergi mengaji Al-Quran di  dengan Ustazah Fadijah di KAFA yang sama. 5.30 ptg, aku hantar dia ke KAFA. Disana dia akan mengaji diikuti dengan adik-adiknya yang selesai KAFA jam 5.45 petang. Abah yang pulang dari kilang jam 5.30 petang akan terus ke KAFA yang dijalankan di Masjid BAndar Damansara Kuantan, bersolat Asar disana dan terus membawa anak-anak pulang ke rumah jam 6 petang. Mereka akan bersenggang dan bersedia untuk Maghrib sebelum makan malam sebaik selesai solat Maghrib. Dan kemudian, menyelesaikan kerja-kerja sekolah serta tidur jam 9 malam.

Setiap Sabtu pula, Faeiqah dan Batrisyia menghadiri kelas tambahan di sekolah serta menyertai aktiviti ko-kurikulum sehingga jam 12.30 tengahari. Ahad pula, mereka menghadiri kelas Tahfiz di masjid dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang...

Kasihan rasanya pabila melihat wajah-wajah  keletihan yg tidur nyenyak di bilik mereka. Zaman aku dahulu, masih ada masa untuk bermain basikal dan bermain masak-masak bersama kawan-kawan. Aku masih ada masa untuk mencari dan mengumpul setem  serta membaca novel di hujung minggu serta menulis surat untuk boyfriend yang dok kat Kerteh masa tu! Siapakah dia??????.... Mereka sekarang lebih sibuk dari kita semua!

Isnin, 10 Januari 2011

His New School..

Hari ni Addeen mula sekolah selepas hampir 2 bulan bercuti.. Selepas 2 tahun di Pintar Ilmu Kindergarten , tahun ni mula dididik oleh guru2 yang baru di sekolah yg baru..



Seawal 6 pagi Addeen dah bangun, mandi dan sarapan.... Tu yang muka poyo je...

AFFAN LiTTle MusLims pre-SchOOl (ALMpS)... Dah 2 tahun aku cuba masukkan dia ke sini... Very limited intake dan kena booking dulu tempat... So, awal Oktober 2010 aku dah bayar booking. Itu pun hanya tinggal dua tempat kosong aje..huhuhuu.. Rezeki Addeen la tu..


Sekolah ni aku berani recommend kat semua orang sbb dah lama beroperasi dan anak2 didikan mereka pun berkualiti... ALMpS ada satu cawangan di Balok tapi aku prefer main branch di Pelindung ni. Lagipun, dekat saja dengan SJK(C) Kong Min, sekolah kakak-kakaknya.. Senang sikit Hubby Baby nak hantar dan aku nak jemputnya anak-anak dari sekolah...
                            AFFAN LiTTle MusLims pre-SchOOl... dari corner...
Parents tak dibenarkan tunggu anak-anak sepanjang waktu persekolahan... Aku hanya dapat hantar Addeen di tempat letak kasut tu dan kemudian cikgu dia take over...So, no pics dlm kelas..huhuhuu..
From a wider view... Nampak tak undershade area di tepi? Tu tempat anak-anak didik mereka makan @ dining area.
Waktu sekolah bermula dari jam 8 am dan tamat tepat jam 12 tengahari... Meaning aku dan Addeen akan duduk dalam kereta menunggu Faeiqah dan BAtrisyia selama sejam... 

 Addeen ceria sungguh bila kami sampai....The first sentence from him was "Addeen suka sekolah ni.. Seronok la sekolah baru Addeen ni, Ummi!"

Jom pi masuk kereta dulu... Dalam kereta boleh cerita kat Ummi ngan Abah, k...
KAmi lega sebab dia memang seronok berada dalam kelas 6 Mango dibawah didikan Cikgu...alamak! X ingat lak namanya..... Esok kena tanya nama cikgu.... Hehehehehe...:D

HArapan kami, dia akan membesar menjadi muslim yang sejati dan soleh. This is our 2nd step leading to it.. insyaallah.... 

Isnin, 3 Januari 2011

(HAMPIR) KOSONG..


Malam tadi, aku yg tidur paling lewat.. Bumi Kuantan yg sentiasa hujan sejak beberapa hari lepas pun gagal untuk memujukku menarik comforter menutup tubuh sambil memeluk bantal peluk kekabu yg dibuat oleh mak mertua di kampung...

Hubby Baby yg dah mula tidur seawal jam 8 malam pun aku gerakkan pukul 1pagi...Aku sediakan Tuna Sandwich, air kopi gelas besar & air teh halia sebagai booster supaya dia bangun  solat Isya'...

Ops! GAmbau ni takde kaitan dengan mana filem @ drama ye...



































Lepas tu, kitorang ngadap tv, tengok cerita ....
Aku tengok di antara celah2 jari dan bantal sahaja..... Hehehehehehe
Ntah pukul berapa ntah aku tidur tapi.....Bila aku terjaga jam 5.45 am, Faeiqah dah siap mandi dah... Batrisyia pula menyusul.... masuk bilik mandi...Aku, straight to the kitchen le..apa lagi..Masak air & keluarkan segala roti dan jem serta butter...


So simple... with milo & nestle yogurt for the kids and a glass of hot coffee for my  Hubby Baby..
Lepas tu, baru aku solat...(Ish..ish..ish.. Patutnya solat dulu!) Selepas semua selesai solat, breakfast plak......


And they are ready to rock!
Whatever she's doing, there will always a book in her hand... Beware! Sometimes she eats them! 

Batrisyia terlupa nak sematkan balik the bag's straps lepas dah kering... ... 

Adik is putting on her new shoes while kakak is...V!

Kasut baru le katakan.... Nak kena adjust la plak...

Notice the bag on  her back & the other 2 bags on the bench? Yes! She had to carry 3 bags to school today! Usually, she'll bring her backpack & her black bag only...Mmm...too many books, I guess... Ni belum beli her 4 inches Chinese Dictionary lagi! And her other dictionaries...Skola Cina memang bayak buku, banyak dictionaries & banyak homework!Huhuhuuu


Finally, an ear to ear smile for Ummi... from a new girl on the block.... It's her 1st day wearing her hijab to school today... Alhamdullillah, she decided to wear her hijab... Doakan ketetapan hatinya....
Tahun ni tahun yg besar buat kami sekeluarga.. Along SPM dan FAeiqah pula UPSR... Doaku buat anak-anak, mudah-mudahan apa sahaja impian mereka, akan menjadi kenyataan, dengan usaha tanpa mengenal jemu... JAdilah anak-anak yang berjaya di dunia dan  di akhirat kelak... Doa Ummi dan Abah sentiasa mengiringi setiap langkah kalian.. Muahsss!!! WE LOVE U ALL!!!