CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Memaparkan catatan dengan label Apa-apa Aje.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apa-apa Aje.... Papar semua catatan

Khamis, 3 Oktober 2013

Hilang Ingatan

Zaman sekarang memang canggih.. Nak 'berbual' dengan orang lain, tak perlu jumpa berdepan atau bergayut di telefon sampai merah cuping teling.. Cukup dengan berbual di WhatsApp, WeChat, Twitter, Facebook, BBM dan macam-macam aplikasi lagi yang aku sendiri tak boleh nak ingat.. Nak berdarling-darling dengan Hubby Baby pun cukup dgn BBM saja. Sekali dalam sehari, dia akan call untuk mendengar suara walau selepas aku hantar msg dan seringkali dibalas selepas beberapa lama! berbalas BBM atau WhatsApp. Hidup memang mudah... Kos komunikasi juga dapat dijimatkan.

TAPI!!!!

Dalam tempoh beberapa lama, aplikasi yang digunakan perlu diupdate dgn versi yang terbaru.. Setiap kali diupdate, banyak 'perbualan' yang hilang! Aku tak kesah kalau perbualan dengan group sekolah, group saudara-mara atau dengan individu lain hilang dari memory.. Tapi aku cukup kesah dan resah bila perbualan aku dgn Hubby Baby hilang!!


Orang lain mungkin tak kesah.. Orang lain mungkin tak sedih tapi aku SEDIH!!! 


Aku akui.. Aku seorang yang sentimental.

Zaman berkawan dengan Hubby Baby dulu, dia pernah tulis atas sehelai tisu McDonalds.. Dan aku masih simpan tisu itu! 

Zaman mulai terasa kasih, dia telah tulis nama gabungan kami diatas petal bunga ros... Aku masih lagi simpan petal-petal itu!

Zaman bercinta jarak
sejauh Kuala Terengganu-Melaka dulu, dia pernah tulis nombor public phone blok penginapannya di Kerteh, aku masih simpan lagi cebisan kertas itu..

Zaman dah berkahwin, time aku cari gaduh atau merajuk benda remeh merajuk, aku suka tulis nota marah, merajuk untuk dia dan dia balas... Nota-nota itu semua masih aku simpan. 

You be the judge of how sentimental I was... and still am today.

Bila berbualan harian yg disulam dengan kata-kata sayang dan manja hilang dari memori....
Sekian, dari aku yang sentimental dan emosional...


Sabtu, 9 Julai 2011

Bila Panas, Jom Meh Sini!

Rutin aku setiap dua kali sehari sejak diperkenalkan ialah berada di tempat ini pada waktu tengahari, semasa matahair berada di atas kepala....Bukan saja-saja nak pergi sini tapi mencari sayur-sayuran segar yang dibawa terus dari Cameron Highlands ke pasaraya ini. Pasaraya ini adalah sebuah bangunan bersebelahan Shell Beserah saja..

Kenapa aku suka ke sini?? Nampak tak pakaian pekerja-pekerja yg bekerja di bahagian barangan basah & sayur-sayuran ni?? Ye! Mata anda tak disihir.. Memang mereka memakai pakaian tebal berbulu! Ini adalah chiller terbuka yang terbesar di Kuantan ni.. Giant bukan chiller ke? Bukannn... Kat Giant tu cuma berair-con sahaja, bukan chiller.. Tambah lagi..aku rambang mata bila berpusing-pusing tawaf satu chiller tu.. Berbagai jenis sayur yg ada disini.. Dari  pudina, mushroom, sampai ubi kayu pun ada! Dan yang penting, semuanya segar!


Macam-macam jenis sayuran yg ada kat sini.. Barangan basah pun ada pelbagai pilihan... Dari siput sedut sampai le sotong rendam..semuanya ada... Tapi aku masih tetap memilih Pasar Segar Beserah untuk mendapatkan barangan dari laut... sebab kat sini, kebanyakannya dah bercontact lens! Sorry ye.. Aku hanya menyediakan makanan dari bahan-bahan yang segar sahaja untuk suami dan anak-anak...

 Korang kenal tak ibu kunyit?? Itulah ibu kunyit... Khasiatnya??Setiap kali lepas bersalin, aku pasti akan dihidangkan air kunyit untuk dihabiskan.. Tak banyak pun..Biasanya separuh cawan sahaja...Air kunyit ni elok untuk pembersihan darah.. Kalau masa period, jangan minum plak sbb nanti bleeding akan jadi lebih heavy... Camne nak sediakan dia?? Mmm.. nanti lah.. Aku buatkan entry untuk itu..

Segar tak daun sup ni?? Daun sup semuanya tegak dgn sendiri..Lepas tu daunnya sangat segar! buat hatiku tertawan untuk membeli seikat... Murah aje.. 40 sen sahaja.. Iyee.... 40 sen aje!

'Baby Addeen' dengan 'Baby Buncit' dibelakangnya.. Baby buncit?? Dia aje yg panggil Baby buncis tu dgn baby buncit!

Di depan bangunannya ada sebuah warung yg menjual cendol, cendol pulut, cendol campo, ABC, ABC campo, mee goreng mamak dan rojak...
 Addeen menunggu mamak hantar cendol yang dia order....
"Cute tak Addeen?" tanya dia
"Cute...cam Chipmunks!" kata aku.. 

Tengah buat muka cute, cendol pun sampai... Addeen mintak cendol biasa..ok la... Tak berapa manis... 

 Addeen begitu berselera makan cendol... Panas laaaa.....

Rojak yang bagi lidah Melaka aku ni, agak manis! Tapi ia adalah rojak yang paling kurang manis pernah aku makan dalam Kuantan nih!

Aku recommend sayur-sayuran dan buah-buahan kat sini.. Masih murah... Tp ada section dimana dikumpulkan semua buah-buah dan sayur-sayuran yg sudah kurang segar dan dijual dengan harga yg lebih murah dr harga biasa pasaraya... Yang pasti, setakat ni kalau nak cari sayur yg segar, jom pi LYC Plantation...

Jumaat, 1 Julai 2011

LYNAS OH LYNAS!!!

Pasti harga rumah kami jatuh
Pasti ramai orang yg akan cuba jual rumah mereka
Pasti ramai orang akan pindah dari sini jika mampu
Pasti yang tidak mampu berpindah hidup dalam keresahan
Pasti yang tidak mampu berbuat apa-apa berdoa untuk keselamatan mereka
Pasti, apa pun juga yang kami tentang tidak akan diambil pusing
Dan pasti bila berlaku malapetaka berpunca dari situ, semua akan bertuding jari!

Aduh.. Kasihanlah kami rakyat Kuantan..
Bukan kami menentang kerajaan
Jauh sekali menolak pembangunan
Tapi kami tak mahu hampasnya disimpan
Didalam tanah kami yg didakwa berkesan


Si Jepun sangat prihatin dan canggih
Dilanda gempa yang menggemparkan
Segala ciri keselamatan dilaksanakan
Tapi gagal mengekang kebocoran.....
Lautan Pasifik juga dicemarkan...
"Telah berlaku kerosakan di daratan dan di lautan akibat dari tangan-tangan manusia" [Q.S Ar-Rum : 41]
* Sila dapatkan pembaca meter radiasi dari kedai yang berhampiran :))

Selasa, 28 Jun 2011

Elakkan Diri Dari Strok Haba~~~

 Cuaca sekarang sangat panas walaupun kelihatan mendung! Cuba baca article ni .. Bahay strok haba ni! Jangan diambil mudah ye.... 



CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA!  
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya
akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun,
kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan,
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.







GEJALA
CUACA PANAS MELAMPAU




CARA-CARA
MENCEGAH & MENGURANGKAN
KESAN TERHADAP KESIHATAN


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.


Sakit kepala

Keletihan

Lemah tumpuan

Pening

Lemah otot–otot atau kekejangan

Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).



1.


2.


3.


 4.

5.

6.

7.

8.


Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan

Hadkan aktiviti luar

Kerap berehat

Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda

Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.

Pakai topi atau payung yang besar











ELAKKAN!

PETUA-PETUA
JIKA MENGALAMI MASALAH
BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS




1.



2.


3.


Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan
gula yang tinggi.

Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.

Bersenam dalam cuaca panas



1.

2.

3.

4.

5.

6.


Keluar dari kawasan yang panas

Tanggalkan pakaian yang ketat

Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan

Gunakan kipas untuk sejukkan badan

Minum air setiap 15 minit

Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal








Artikel diambil dari Laman :  www.infosihat.gov.my


Isnin, 13 Jun 2011

Spring Cleaning!


Hari ni aku nak vacumm aje...
Nak kasik ilang semua habuk-habuk dulu...
Spider pun dah jadikan ia litar lumba diaorang!



Lepas ilang habuk, nak kena lap balik semua angle...

Kena kasik kilat balik..
Lepas tu baru boleh operasi balik....

Rabu, 11 Mei 2011

I LOVE CHOCOLATES!!!


I don't care how it looks..
How beautifully it was designed
And how sweet it may decorated
I am willing to put them in my mouth ..
And enjoy the sweet and bitterness..


When I'm down, I'll look for it..
When I'm up on the moon, I'll be craving for it...
Now, I need to buy dark chocolates only.. 

WHY???
|
|
|
|
|
|
|
\/
Chocolate is made from plants, which means it contains many of the health benefits of dark vegetables. These benefits are from flavonoids, which act as antioxidants. Antioxidants protect the body from ageing caused by free radicals which can cause damage that leads to heart disease. Dark chocolate contains a large number of antioxidants ... Nearly 8 times the number found in strawberries! Flavonoids also help relax the blood pressure through the production of nitric oxide, and balance certain hormones in the body...
So, please send me more semi sweet dark chocolates!!! Let me enjoy them!!!

Khamis, 21 April 2011

From Jeddah

I have one frequent reader from Jeddah. This reader 'comes in' almost everyday...

Sabtu, 16 April 2011

Suka Hati Aje!


Apa yang "Suka Hati Aje" ni???
Kenapa parking lot tu kosong?? Actually kat sini ada 7 atau 8 parking lots untuk kemudahan ramai tapi disebabkan sikap sesetengah manusia yang mementingkan diri sendiri, parking lot yang boleh digunakan diblock dengan kerusi dan tambahan ruang niaga hanya tinggal 3 lot sahaja! Amat menyusahkan pengguna-pengguna lain yang menanti anak-anak yang keluar dari sekolah bersebelahan sahaja... Bila dicomplaint pada MPK, dijawab "Sudah diambil tindakan". Tapi aku yang saban hari di sini tak pernah pulak nampak apa-apa perubahan... Malahan ada pegawai MPK yang membeli barang atau makan di kedua-dua kedai yang terlibat.  Mentaliti sesetengah manusia sukar untuk aku fahami....

Only In Kuantan :))

Kat tempat korang, pernah tak jumpa situasi cam ni??? 
Ini 'Kisah Benar'!
Dari dalam jalan kampung sampai masuk jalan besar.. Takde sapa pun nak saman dia ni!

Sabtu, 9 April 2011

Dah Macam Hantu Lak!

Bila menyapu dengan ikhlas dan tenang.. tersenyum aje
menyapu lantai... 
Pukul 6.20pm, semua dah siap untuk ke East Coast Mall sebab nak kena beli sedikit barang dapur... Cheh! Sikit??? Dekat RM500 Hubby Baby habis! Aku nak beli alas kaki, nak ganti yg lama sebab dah macam hidup segan, mati tak mahu! Lagipun, carrot dan tomato dah habis stock! Rumah ni mana boleh tak ada dua benda tu... Macam hilang akal aku nanti sebab kami ni hantu tomato! Dan carrot adalah antara sayur yang anak-anak makan mentah ataupun dimasak! Biasa le bila bawak anak-anak ni... Cukainya lebih tinggi dari cukai pendapatan Abahnya!  Dah beli barang, tengok jam dah kul 8 pm! Alamak! Maghrib dah nak abis dah! So, cecepat le kitorang simpan barang kat dalam kereta dan ambil bag solat.. Tumpang solat kat Tingkat 1, ECM.. Orang tak ramai.. By the time aku siap solat, ada lagi 7 minit sebelum Isya'. Alang-alang, baik tunggu aje.. Kang balik, senang dah.. Boleh terus perap ayam, masak sambal nasi lemak, goreng ikan bilis dan mop! Aku nak mop jugak! Sebab aku tahu kalau tak mop malam ni, esok sahih tak boleh sebab esok nak gi Pekan! 


Dinner kami? Lepas solat, Hubby Baby dah siap duduk kat kerusi luar surau perempuan tu! Aku eksyen la.. "Kita dah Isya'!" Then kami dinner kat Noodle Station... Nanti ada masa aku story pasal dinner kali ni... Skang ni nak tido dulu.. Pukul 5 jap lagi nak bangun masak nasi 
Kalaulah aku ada kuasa magic cam ni,
tak payah berpeluh-peluh pukul 1 pagi mengemop!
lemak, goreng ayam sambil rebus telur... Faiz dengan kengkawan sekolahnya nak ke Terengganu dan lepas tu ke Pulau Kapas (rasanyalah!Atau ke Perhentian???)bercuti dengan kengkawan dia... Since diaorang naik van, ada vacant lagi..So Ibu pun akan ikut sekali.. Tapi Ibu dok rumah aku aje.. Kekekekekeke... Seronok weh bila Ibu nak datang! Boleh mintak Ibu masak.. Ibu masak sedap! Addeen dah excited Mak nak datang! Batrisyia ngan Faeiqah pun sama... Along?? Along tak tahu lagi Mak dia nak datang ni! Nak buat surprise kat dia petang karang! Kenapa karang? Sebab sekarang ni dah pukul 2.26 pagi, hari Sabtu daaaaaa.....


*Pada cucu-cucu Ibuku, Mak bermaksud Makwe aka Nenek aka Mak Tok aka Granny....

Isnin, 4 April 2011

What's on the table??



Nothing!! Serious! I've got nothing on the table ... And I can't think of anything to be served tonight٩(͡๏̯͡๏)۶
Batrisyia said, fried fish and some hot spicy sambal for me and his Abah would be enough to be enjoyed with hot steaming white rice... Mmm.. I love her for she always make it easy for me (✿◠‿◠)

Jumaat, 1 April 2011

Antara Dua Darjat..

 Pelajar Cemerlang SPM 2010, Mahaad Muhamadi Perempuan Kota Bahru, Nik Aisyah Najwa, mendapat 11 A, 10 A+
Bila cemerlang, mesti menjadi kebanggaan keluarga dan sekolah.. Kekadang, nasib baik, menjadi kebanggaan seluruh negeri. Alhamdullillah, semua usaha mendapat ganjaran sebesar ini dariNya. Tapi, mana perginya mereka yang kurang cemerlang?
Siapa yang ambil tahu tentang mereka yang kurang cemerlang?
Siapa yang menghulurkan bantuan untuk membantu mereka yang kurang cemerlang?
Antara mereka, ada yg sudah berusaha sedaya mereka..
Ada juga yang telah bersungguh-sungguh mengulangkaji setiap mata pelajaran..
Dan tak kurang juga yang telah menebalkan muka bertanya itu dan ini  dari teman-teman sekelas dan guru-guru yang sentiasa inginkan yang terbaik buat anak didik mereka...

Namun, mungkin sudah tertulis ..Mereka kurang cemerlang..maka kuranglah gemilang dalam SPM..TApi janganlah ketidakcemerlangan itu dijadikan batu halangan untuk mencemerlangkan masa depan kalian..Berbagai bidang yang memerlukan kemahiran..
Dan banyak lagi peluang buat kalian untuk meningkatkan taraf kalian di mata manusia sekeliling... kerana dalam pandangan Allah, kalian sama sahaja. 
Cemerlang atau tidak, bergantung kepada amalam dan ibadah kalian...
Jadi, janganlah berputus asa pabila tiada yang menjulang kalian...
Bukankah Allah telah berjanji....
Allah S.W.T menghendaki seluruh hamba-NYA berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan diiringi dengan doa kepada Allah..Allah Maha Besar, Maha Penyayang, maka pinta dan mohonlah pada-NYA..insyaAllah jika berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah, insyaAllah pasti berjaya..


Rabu, 23 Mac 2011

Kan dah kena!

Semalam, terkocoh-kocoh nak tinggalkan rumah, telefon berbunyi lak..

Caller: Hello, Selamat tengahari.

Me: Hello.

Caller: Boleh saya bercakap dengan Encik Mat Yunus? @ Hubby Babyku


Me: Dia sedang bekerja.

Caller: Saya dari streamyx TM. Boleh saya tahu siapa yang bercakap?

Me: Saya isteri nya.

 I need to make this a short one as I was in a hurry... I'm not being impolite. Please don't judge me


Caller: Saya dari Streamyx. Saya ingin maklumkan yang bayaran streamyx En MYJ telah tertunggak sebanyak           RM13X.XX  bla..bla..bla.... Tarikh akhir bayaran ialah 7hb April.

Me: Sejak bila pula kami ada bayaran tertunggak? Saya bayar bill. Saya tahu samada tertunggak ataupun tidak. Check dulu dalam sistem ye.

Caller: Boleh saya tahu nama puan? Puan isteri En MYJ kan?

                                                                Aku dah terasa hangen...

Me: Last month, u called me telling we have unpaid bills. The previous month u called me too telling me the same story. I went to TM point and I checked. there's no unpaid bill! And every time u call, u'll ask for my name.. I'm still the same wife bearing the same name since 1993!

                        When I'm angry, everything will be in English... it sounds better..heheheh


Caller: En. MYJ ada no handphone tak?

Me: OMG! I really don't understand you people! You keep on asking the same thing as u asked me many many times before. I don't know what system your company is using. I thought TM is advanced! Last year when we upgraded our streamyx, I wrote his number in the form but the staff is not updating his number! Go and get his number from the form.

Caller: Terima kasih puan.

What the heck is wrong with this company???? Katanya, the biggest communication company in Malaysia.. Siap pi advice overseas companies lagi! Tapi no hp MYJ pun x leh nak masukkan dalam system.. Dah 4 tahun kita update kat TM Point! Sususah, meh aku masukkan! GGGGRRRRRRRRRR....... Kalau bulan depan dia call lagi, boleh tak kalo aku hempuk dia???????




Nasib baiklah Hubby Baby sanggup tadah telinga kat luar bilik mesyuarat mendengar luahan kemarahan aku... Thank you, Yang...

Moral of the story:
Jangan percaya iklan diaorang! 

Rabu, 9 Mac 2011

Detailnya Isteri Simplenya Suami





DIARI ISTERI

Malam minggu – Dia bersikap pelik, tadi kami berjanji bertemu di Restoran Mamak. Aku seronok shopping dengan kawan- kawan aku sehingga aku terlambat sampai di restoran. Dia hanya diam tanpa memberi komen

Dia mengajak aku berbual namun suaranya tidak begitu jelas kerana suasana yang bising. Kemudian aku mengajaknya dia berjalan ke kerusi di taman tepi restoran tadi yang agak lengang supaya perbualannya dapat disambung. Tapi sampai di sana dia tidak menyambung apa yang dia cakap tadi. Dia diam dan duduk agak renggang dengan aku.


Aku tanyakan ” Bang, ada apa yang saya buat salah” , dia menjawab “tak ada pape….”. Aku tanyakan apakah kesalahannku yang membuatkan dia marah. Dia kata perkara itu tidak ada kaitan dengan aku dan minta aku tidak perlu bimbang.

Dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang, aku kata pada dia aku mencintainya, dia cuma tersenyum nipis dan tetap bermuka selamba. Aku tidak faham perangai dia petang itu. Aku tak faham kenapa dia tak menjawab, ” Aku juga mencintaimu”..?

Sesampainya dirumah aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak memerlukan aku lagi. dia hanya duduk dan menonton tv, apa yang aku katakan padanya, dia hanya menjawab…”hmmm..”

Akhirnya aku memutuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia pun masuk bilik. Aku tak tahan lagi, aku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan perkara yang sebenarnya, tapi dia terus tertidur.

Aku mula menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Hidupku terasa kiamat..

DIARI SUAMI

Hari ini CHELSEA kalah…HAMPEHHH!!!!

Wanita...

Lembut wanita kerana senyumannya..
   Cekal wanita kerana beraninya..
Patuh wanita kerana kesetiaannya..
   Sabar wanita kerana Imannya..

Kasih wanita kerana belaiannya..
   Lemah wanita kerana airmatanya..
Ikhlas wanita kerana simpatinya..
   Pendam wanita kerana cemburunya..
Sayang wanita kerana sifat keibuannya..

Tanpa wanita lelaki menjadi lemah.. 
   Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..

Alam Pun Bahagia!

Dengan penuh yakin, aku bersiap untuk jumpa dentist...

Sarung jubah warna coklat, sarung stokin coklat dan sarung sandal coklat..
Kenapa? 
Sebab kena ada confidence untuk menapak ke dentist!


Aku bawak sekali Encik Pooh ni dak Faeiqah punya...
Untuk apa? Untuk sapu airmata dan digigit buat pernyedap hati tutup mulut kalau batuk..
Bila tengok senyuman Encik Pooh, aku lega...

Sampai di depan seberang clinic..
Aku jeling dulu..
Dengan harapan Manalah tahu kalau-kalau clinic tutup hari ini..
Huhuhuu.. clinic bukak daaa....
Doktor tengah dok baca suratkhabar dan clinic sunyi pulak hari ni..
Aku terasa macam VVIP lak... Banyak masa boleh sembang dengan doktor..

Dan treatment pun bermula...
Ops! Sorry! My dentist tak buat macam ni k...
Pun bukan macam ni!

A gentle lady doctor helped me to relax and close my eyes throughout the treatment..
Lelap aje mata..tenang ...
Sebenarnya takut tengok peralatan-peralatan dan kerja -kerja yang dilakukan!

Pesan doktor, "Kalau sakit lagi lepas ni, u kena either cabut atau buat root canal, ok"
Huwaaarrggghhhh!!!!
Alam bagaikan memahami hatiku ..
Hujan pun turun dengan lebatnya...

Tersangatlah lebat sangat sampai aku dok dulu kat kaki lima barisan kedai dengan harapan supaya hujan teduh seketika untuk aku seberangi jalan ke kereta..
Sebenarnya aku suka meredah hujan ni! 
So, melintas!
Ada pulak motor rider yang letak motor dia kat tepi pintu kereta..
Lencun dah sebab kena tolak dulu motor tu!
Kalau buat-buat bukak pintu dan biarkan motor tu jatuh, boleh tak??
Rupanya Encik Pooh yang masih kering telah cuba untuk mengeringkan aku yang lencun.

Dalam otak "Kita baru balik dentist, kita kena cuti masak ni.."
"Dik, bungkus nasi lemak ayam dua, sambal asing tapi extra, ayam asing, roti kosong dua, kuah dhal dengan kari asingkan, lontong tak mau gulai kawah, lontong satu, telur dia tolong  potongkan empat tapi bungkus asing. Lepas tu, kuah kasik lebih dengan sayur yang banyak k..."
"RM12.70 kak"

Aku bahagia........


Macam berani!

Gigi tak sakit mana pun tapi kena ganti tampalan sementara..

 Waktu: 6:43 am
Tempat: Bilik zzzzzzz

LR: Yang, hari ini boleh tak masuk flexi hours?

HB: Hari ni memang tak boleh. Morning meeting pun tak sempat masuk rasanya sbb ada meeting lain    nak attend. Kenapa?

LR: Ingat nak pi dentist pagi ni.. Nak buat jugak hari ni...

HB: Err.. petang sikit la..diam sekejap..Tapi petang pun pack... Kita gi malam aje la..

LR: Tak apalah.. Kolyn gi sendiri. Abang kasik duit...
dalam intonasi...
/
/
/
/
/
/

MERAJUK~~~~~~

I HAVE AN EXTRA RM 50 NOW.. WHAT SHOULD i DO?
SHOULD I GET IT DONE WITH OR SHOULD I JUST KEEP IT????? 
Cheh! Macam berani nak jumpa dentist sensorang! Tapi kena beranikan diri jugak!
KAlau tak nanti bertambah lak senarai 
"ORANG-ORANG YANG OLYN TAK SUKA@ TAK BERANI NAK JUMPA"!

NAK PERGI LAH NI!!!!