CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Memaparkan catatan dengan label DugaanMu... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DugaanMu... Papar semua catatan

Khamis, 14 April 2011

Iri Hati

"Dan janganlah kamu IRI HATI terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain." (An-Nisa:32)

Cara kehidupan kita letaknya didalam tangan kita. Cara kehidupan kami yang serba sederhana adalah pilihan kami dari awal perkahwinan lagi. Aku bahagia dengan kedhidupan kami sekeluarga selama ini. Dan aku bersyukur kerana aku di kurniakan seorang suami yang amat mementingkan keluarga kedua-dua belah pihak. Dalam apa jua keputusannya, dia akan pertimbangkan semua orang yang mengisi kehidupannya... 

Tapi kekadang, sebagai seorang manusia biasa yang sangat tidak sempurna, tertimbul rasa iri terhadap orang lain.. Aku tidak pernah iri dengan suami orang lain tapi kadang-kala 'ter'iri dengan kelebihan yang dinikmati oleh orang lain.. 

Bila ianya terjadi, rasa iri menyerang hati, aku sujud dan mohon dengan seikhlas hati supaya Allah buang jauh perasaan itu dari dalam diri aku yang serba daif ini... Ada waktunya, sampai menitis airmata disaat aku bersujud... Aku benar-benar mahu perasaan itu dibuang sejauh mungkin. Kerana aku mahu diri, hati dan jiwa yang bersih supaya hidup aku berkesudahan yang baik....


“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-hotimah (kesudahan yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-hotimah (kesudahan yang buruk)”

Khamis, 7 April 2011

Achum!

Hendak kata, cepatlah kata..
Tidak kita menaggung derita..
Dari semalam meleraikan kekusutan mata..
Buku bertimbun merata-rata..

Banyak sungguh askar bubuk
Dihalau ia lari berdezum..
Sana-sini ada habuk..
Penyebab alahan aku hhhhhaaaccchhhuuummm!

Kala bercinta di panggil 'Baby'
Makan coklat disalut strawberi..
Kalau diberitakan pada Hubby Baby..
Pasti ubat yang dia beri.

Pak Andeh yang lurus dimarah bini
Kerana mendukung si biri-biri
Makin menjadi allergicku ini
Terpaksa aku cari ubat sendiri.

Angin tasik memukul pelipis,
Tenang sungguh si Tasik Chini  
Alamak! Loratidine dah habis!
Apa aku nak buat sekarang ni??

Addeen suka si siput sedut
Makan sorang tak ingat kakak
Kepala dah berdenyut-denyut 
Mata pulak mula naik bengkak!!

Ahmad Albab bukannya bisu
Bersama anak jin "lalalallalala"
Letih mengheret kotak tisu
Nak saja ku lekat atas kepala!







Sabtu, 2 April 2011

Hilang Kesakitannya..

Innalillahiwainnailahiroji'un...


Hampir 24 jam yang lepas aku buat N3 tentang adik Yasmin Damia...


Seusai solat Subuh, aku buka blog ini dan...

Adik Yasmin Damia telah meninggalkan ibu dan ayahnya petang semalam...



Bagi hamba yang seusianya, syurga adalah tempatnya..


Moga Ibu dan ayahnya kuat dan tabah menghadapi hari-hari yang bakal mendatang tanpa si kecil...


Click di sini untuk membaca n3 K Jee....

Jumaat, 1 April 2011

Bantu dengan doa...

Aku terbaca dalam blog K Jee tentang Yasmin Damia. Seorang bayi yang baru berumur 2 minggu yang mengalami komplikasi pernafasan... Aku betul-betul tak mampu membaca luahan hati ibunya yang terpaksa berulang-alik dari Langkawi ke Alor Setar setiap hari demi bayinya...... kerana aku pernah melalui kegetiran hati dan kesanggupan berbuat apa jua untuk anak aku sendiri...

Gambar ini hanyalah sekadar hiasa semata-mata.. Kegetiran kami suami isteri menjaga Along semasa bayi tak dapat aku pastekan di sini kerana gambar ada, tanpa scanner!

Anak-anakku amat beruntung kerana mereka sering mendapat rawatan yang terbaik dalam keadaan yang sangat selesa. Tiada peraturan yang ketat bagi kami yang ingin menjaga atau melawatnya bila-bila masa sahaja. Mereka sentiasa mendapat rawatan dari pakar-pakar yang bertauliah.. Mereka sering mendapat ubat-ubatan yang terbaik di pasaran.... Terima kasih kepada majikan Hubby Baby yang menjaga kebajikan kami selama ini...

Mudah-mudahan Allah melindungi Yasmin dan keluarganya.. Moga ibu dan ayahnya diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan Allah.