CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Memaparkan catatan dengan label A Lesson In Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A Lesson In Life. Papar semua catatan

Rabu, 8 Mei 2013

Mereka Memerhati.....

Lama betul tak post entry kat sini... Sibuk sangat sampai tak sempat nak post.. Ada entry yang menanti untuk dipost tapi nak buka blog pun tak dan...

3 hari lepas kita dah membuang undi, bagi yang layak mengundi di pusat undi masing-masing.. Saya dan Hubby Baby keluar rumah seawal 8.05 pagi untuk ke pusat mengundi kami di SMKB, Kuantan. Ingatkan tak ramai lagi, rupanya.. beratur hampir 2 jam juga! Tapi demi kerana tanggungjawab, 2 jam tu tidak terasa berat.. Tambah-tambah lagi dengan Hubby Baby disisi.. Alhamdulillah, kami dah tukar kawasan mengundi.. Tak perlu pergi jauh untuk mengundi.. Dan tidak perlu mengejar masa untuk pulang semula ke Kuantan...

Orang bertanya "Kenapa mengundi kat sini, bukan kat Melaka? U all kan orang Melaka."
Jawapannya senang saja... Dimana bumi ku pijak, disitu langit ku junjung....
Dah 14 tahun tinggal di Kuantan, jadi Kuantan berhak mendapat undian kami..
Sama juga dengan zakat fitrah dan zakat pendapatan...

Urmmm.. Tapi bukan itu yang aku nak sebut.. Bukan pasal mengundi.. Bukan pasal pusat undi..Bukan pasal parti mana lawan parti mana.. Bukan pasal parti mana menang dan parti mana kalah... Tapi....

Wahai sahabat, wahai kawan, wahai saudara, wahai kaum keluargaku... Jagalah kata-kata dan perkataan yang dipost di FB, di Twitter (aku takde akaun Twitter tp dok baca anak-anak punya Twitter) dan juga di blog. Kata-kata melambangkan peribadi kita. Janganlah panggil orang lain dgn perkataan-perkataan yang mencalari peribadi kita sebagai orang Islam... Malulah pada ALLAH... Malulah pada malaikat yang sentiasa bersama dengan kita.. Malu juga pada yang bukan Islam. Jika pun nak tegakkan kebenaran kalian, gunakan perkataan2 yang berhemah dan baik.....
"Orang tu pun sama!". So? Anda pun sama lah dengan mereka. Apa bezanya?

Allah berfirman dalam Surah Qaf ayat 18:

مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ


..bermaksud " Apa pun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan Atid" (50:18)

( Hadith 40 Imam Nawawi oleh Ustaz Dr. Haji Zahazan B Mohamed & Hj Muhammad B Zakaria)

Yang buruk tu datangnya dari saya.. Yang baik itu datangnya dari Allah...Tapi kalau posting ini dianggap buruk pada anda, harap maaf...


Isnin, 3 Disember 2012

Kejam!

Hidup ini ada masanya sangat membahagiakan..
Disaat kita dibaluti dengan kasih sayang..
Disaat kita dilimpahi dengan kemewahan..
Disaat kita dihampari dengan kepujian..
Disaat kita dikurniai dengan kekaguman...

Dimanakah kita saat itu?
Adakah kita berpijak dibumi nyata?
Atau..
Adakah kita berterbangan di langit yang luas?

Hidup ini ada masanya sangat mengecewakan..
Disaat kita dikritik dengan runtuhan..
Disaat kita dihempas dengan kekuatan..
Disaat kita direnyuk dengan kekejaman..
Disaat kita diduga dengan perasaan..

Dimanakah kita saat itu??
Adakah kita berteleku mengadu kepadaNya?
Atau..
Adakah kita membinasakan segalanya?

*Moga kita yang sentiasa diuji akan dapat memilih jalan penyelesaian yang terbaik buat semua...Untuk diri ini, YM dan handphone adalah penyelesaiannya! Alhamdulillah kepadaNya kerana memberikan ilmu mencipta YM buat kami yang berjauhan...

Antara ujian buat kami selama hampir 2 minggu dan hari ketiga baru sahaja berlalu.. Namun ingatlah.... Ia hanya sekadar sebuah ujian jarak beribu batu untuk menrapatkan lagi kasih sayang antara kami..In sha Allah...

Jumaat, 12 Oktober 2012

Rumahtangga Nan Indah...

  1) Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

 2 ) Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3 ) Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri
 

4 ) Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5 ) Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6 ) Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7 ) Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8 ) Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.




9 ) Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin
suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

 10 ) Suami dan isteri kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.





11 ) Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(fikirkan)

12 ) Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13 ) Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14 ) Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15 ) Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16 ) Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17 ) Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.


 
18 ) Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19 ) Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

  

20 ) Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.!

  21) Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian

22 ) Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23 ) Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Khamis, 4 Oktober 2012

HANGUS SEMUANYA:(

Pagi-pagi lagi dah keluarkan semua yang perlu. Iye lah.. Kalau keluarkan lewat, lewat pulak nanti nak disiapkan...
Jam 10 pagi dah campak semua atas api...
Jam 12 tghari, tengok semuanya macam belum siap lagi.. Tapi aku matikan dahulu pembakaran itu...
Selepas Zohor, aku mulakan semula pembakaran itu... Tapi dengan kadar 50% sahaja. Dan aku pergi menjemput Addeen di sekolah. Dari sana, singgah Cahaya Mart & warung goreng pisang Kak Ros. Lepas tu singgah rumah K Sarimi untuk bincang pasal rewang pagi esok di SHAKS dan rewang pagi Sabtu di SHAKS dan juga di surau...
4.30 petang aku pulang ke rumah. Kemudian aku sidai baju yang masih berbaki didalam bakul. Selesai menyidai, baru aku masuk ke rumah dan mengingatkan Addeen supaya mandi sebelum solat bersama.
Dalam mencapai sana dan sini, hidung terbau sesuatu..

!!!!!!!!!!!!!! أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي

Hangit dah sup ekor yang Hubby Baby nak makan!!!!!!HUWAAARRRGGGHHHHHH!!!!!!
Periuk pun sudah hitam di kelilingnya!!
SOS! SOS! Ambil sejug kecil air dan masukkan dalam periuk! Mana tahu boleh diselamatkan sup ekor ni...
Allo! Nanti sup dia itam daaaa!!!
Hasilnya, semua halia, bawang besar & bawang putih menjadi pahit.....
Supnya pun pahit juga...
Sedihnya rasa...

Sup Ekor hangus ... sehanguskan cita-cita Hubby Baby ...
Sorry Laling... if you still want ur oxtail, we can ask Musang to cook for you, can ah???

Abang Musang baik masak sup ekor sesedap tau! 


Rabu, 8 Jun 2011

Orang Yang Pentingkan Diri Sendiri!

Dah lama aku tak beli suratkhabar... Tolong jangan tanya kenapa ye...
Tapi pagi ni teman Hubby Baby tukar tayar kereta "Angsa", belilah jugak Berita Harian..
Selak punya selak, ada satu benda yang menarik perhatian aku dan Hubby Baby..

Ia berbunyi.....
"Terima kasih cikgu kerana mengadakan kelas tambahan percuma waktu cuti. Jadi tak perlulah datuk dan neneknya menjaga cucu lantaran kesibukan kami bekerja."

Aduh! Sedihnya aku dengan kenyataan macam ni dari seorang yang mendabik dadanya kepada rakyat Malaysia tanpa rasa malu mengakui dia tak mampu menjaga anak-anaknya semasa cuti sekolah kerana sibuk mencari harta dunia. Sayangnya anak-anak yang merupakan harta di akhirat kelak diabaikan sebegitu rupa.. Dia lupa tanggungjawabnya sebagai seorang yang diamanahkan Allah untuk menjaga dan mendidik anak-anak hasil dari benihnya sendiri. Apalah salahnya masa cuti sekolah ni ambil cuti panjang sikit untuk habiskan masa dengan anak-anak yang sedang membesar.... Dahlah dulu mak bapak yang besarkan dia, bersengkang mata demi keselesaan dan kasih sayang untuk dia dan adik-beradik yang lain. Bila dah tua-tua ni, kena pulak jaga cucu.. Bila ada cikgu yang 'volunteer' untuk jaga anak-anak, cepat aje dia 'serahkan'! Agaknya, habis kelas tambahan nanti, tok nenek la yg menjaga balik anak-anak dia ni... Kita semua tahu wang itu penting tapi anak-anak memerlukan lebih dari itu!

Mudah-mudahan anak-anak kita tidak bersikap begini.. sikap mementingkan diri sendiri! Esok-esok bila dah tua, kalau anak-anak tak mau jaga mak ayah, jangan marah kat diaorang ye! Silap awak dalam mendidik anak-anak! 

Ahad, 29 Mei 2011

Bagaimana Kami Kekal Bahagia?

Hari ini genap 18 tahun kami mengharungi kehidupan bersama. Aduhhh... Terlalu banyak kemanisan yang diselitkan dengan kepahitan yang telah kami lalui dan setiap saat bersama mengukuhkan lagi hubungan dan cinta kami. Ada yang kami kongsi bersama ahli keluarga dan ada juga yang hanya dikongsi kami berdua. 
Ibu dan arwah Ayah telah bersama selama  30 tahun sebelum arwah  menghembuskan nafas yang terakhir... Dan Ibu masih kekal merindui arwah Ayah sehingga ke saat ini. Ibu masih tersenyum mengingati saat manis mereka bersama dan masih menitiskan air mata merindui kehadiran arwah disisnya.

Kehidupan dengan Hubby Baby banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Dia juga yang banyak mendidikku erti sebuah kasih sayang. Dialah yang memberikan dan melimpah-ruahkan cintanya kepada aku dan anak-anak...
Kami bahagia dengan limpahan kasih sayang dan cintanya. 

Aku pernah percaya bahawa wang akan memberikan kebahagiaan dalam kehidupan. Tapi perkahwinan ini telah membuktikan wang bukanlah punca kebahagiaan sebuah kehidupan. Kebahagiaan rumahtangga yang kami bina ini bersandarkan kepada kasih sayang dari Allah, cinta dan kasih sayang antara satu sama lain, komunikasi, kepercayaan, tolak-ansur, dan perasaan saling memahami. Kelihatan amat sukar tapi terpulang pada kita untuk memudahkan segalanya.  

  

Ahad, 22 Mei 2011

Silly Me!

Kalau dulu pakai Nokia 6230, gambar boleh hantar guna MMS dan data2 pun boleh dihantar guna bluetooth... Kalau nak transfer gambar dr handphone ke computer, kena keluarkan memory card & transfer guna card reader.. Leceh la jugak...

Tapi sekarang pakai Nokia C5-03... Tak le canggih nau tapi sangat special sebab present dr Hubby Baby. Cucuk adapter terus boleh transfer gambar-gambar dari handphone... Senang sikit...

TAPI TADI GAMBAR-GAMBAR TELAH TERDELETE TERUS DARI HP! SEMUA GAMBAR ILANG DARI PANDANGANKU!!!! YANG BAGUSNYA, DENGAN SKIN HANDPHONE PUN AKU DAH TERDELETE!!!! ADUH MAKKKKK !!! HOW SILLY AM I NOT TO FINISH READING THE NOTIFICATION BEFORE CLICKING ON THE "YES, DELETE ALL" BOX!

Jumaat, 29 April 2011

My Little Big Girl Is Not Well Today.

Waktu kami terlena dibuai mimpi, Batrisyia masuk toilet dan muntah...

Jam 6 am, dia menyelinap masuk bilik dan tunggu aku celik mata meregang badan.
 "Ummi, adik bangun pagi tadi (pagi is b4 Subh)dan muntah. Dah 2 kali dah.. " 


"Ok, gi baring dulu. Kang Ummi datang"


Being the doctor and nurse and caretaker in this house is my job so, my hand on her forehead and neck, "OK, tak demam. Ada sakit perut ke? Pening ke?"

My patient replied, "Pening aje"

"Mandi, solat, breakfast dulu. Then kita tengok lagi, ok.." It's an easy task ;P

But while bathing, she vomits again... So, the Head of Department ( that must be the most powerful person in this house! Who else?? Hubby Baby!) gave order "Pi clinic. Tak pun gi KSH ke.. Dia kata kat sekolah semalam pun dia dah muntah"

" Ha? Dia tak cakap pun! Apsal tak cakap ngan Ummi semalam? Dia ok le ni.. Tak pucat pon mana leh x gi skola. " 

Faeiqah intefered, "Ummi, tadi Adik kata perut dia sakit."

"Ok.. Pergi clinic. Kalau Dr Sunita kata ok, kena pergi sekolah. Jangan ponteng-ponteng pasal benda sikit aje! Pantang sungguh Ummi!"

Now, waiting the clock to strike 8 and off we go!

WOW! Vomits a rainbow! That must smells good!
I am not cruel but sometimes we need to be cruel to teach about life to the children...

Khamis, 28 April 2011

It's not all about money...

Money doesn't always bring happiness. People with $10 million are no happier than people with $9 million.

Ada orang yang jatuh cinta pada si jutawan biarpun umurnya lebih tua dari ayahnya. Ada juga yang jatuh hati dengan anak jutawan walaupun terang-terangan dia seorang buaya darat dan hanya menghabiskan harta mak ayah sahaja. Ada juga yang sanggup berbagi kasih dengan wanita lain kerana yakin si jutawan akan dapat berlaku adil. Tak kurang juga dengan yang sanggup tolak tepi perut buncit, kepala botak dan penyakit kulit kerana dengan wang, semuanya boleh..
Does he knows the meaning of happiness  and love ? 
Mungkin kita boleh katakan "Dah jodoh dia".. tapi tak pernahkah kita tertanya dalam hati sendiri, "Dia buta ke? Dahlah tua, buaya darat lak tu.." 

Selepas menjadi suami isteri, barulah tahu "Busuknya kentut dia! Sama macam pak guard punya bau kentut aje!". "Yang, I need you now, Yang. I'm down. Where are you?". "You ingat I ni apa hah? Nak suruh ikut bontot you aje!". "Baby, I nak you dengan I aje.. Tak payah balik rumah sana!". "You ingat I ni tunggul aje ke? Tengok aje you peluk sana peluk sini??" Mmmm.. tu semua dialog standard yang biasa kita dengar, kita tonton dan kita lihat. 

Wang ringgit mengaburi mata manusia dengan mudah sekali.

Tidak dapat nak dinafikan semua orang perlukan wang. Dalam semua rumahtangga pun kita perlukan wang untuk kelangsungan hidup. Semasa bercinta pun kita perlukan wang untuk pergi dating. Ramai yang kita kenal sibuk bekerja keras. Bila ditanya kenapa dan untuk apa, jawapannya juga standard "Nak cari duit lebih." Ada juga yang kita kenal membuat kenyataan "Aku nak beli kereta Honda macam dia tu. Nanti mesti orang pandang aku sampai terbonjol bijik mata!" 

Ramai yang cadangkan "..berniaga dari rumah. Cari duit lebih. Nanti boleh beli apa yang kau nak beli." 'Buat la direct selling. Nanti boleh dapat kereta free, holiday free, duit pun masyuk!" "meniaga online la.. Senang, tak payah nak cari customer kat luar. Barang boleh pos aje kalau tak boleh nak hantar sendiri""Jual insurance. Jual unit trust!Banyak masyuk!Convincekan orang aje" 

Terima kasih semua... Terima kasih atas semua cadangan menambahkan wang dan harta. Tapi aku tak sanggup menggadaikan masa dengan suami demi wang.. Aku tak sanggup mengupah orang lain untuk mengambil alih tugas menjaga anak-anak aku. Aku tak sanggup dok ke sana ke sini meningkatkan hasil jualan sedangkan anak-anak bersepah di rumah. Aku tak sanggup hilang waktu hujung minggu demi satu deal! Dan aku tak berani nak menabur janji, bertemu janji dan berkata manis dengan orang asing yang tidak ku tahu latar belakangnya. 

Bukan aku bodoh tapi aku sudah lihat banyak bukti..Aku dah banyak lihat dan nampak kuasa negatif wang. Tak ramai yang boleh berpuas hati dengan suatu jumlah wang. HAri ini kata nak dapatkan RM10. Bila dah dapat, nak pula RM100. Dan ia berterusan dan berterusan bertambah nilai wang yang diingini.
Wang boleh mengaburi mata kita. Wang juga boleh merenggut kebahagiaan sepasang kekasih. Wang juga mampu menggempabumikan sebuah pernikahan. Wang juga mampu membuatkan kita bersujud padanya. Wang juga telah menjadi punca manusia saling berbunuhan sesama sendiri. Dan wang juga telah membuatkan institusi kekeluargaan retak dan berderai... 

Makan, pakai, bergerak, sekolah, tandas dan segalanya perlukan wang. Wang mampu membayar semuanya. Wang mampu mengadakan apa yang tiada. Wang mampu membawa kita terbang jauh. Tapi hanya satu sahaja yang wang tidak mampu lakukan..

WANG TIDAK BOLEH MEMBAYAR KEBAHAGIAAN AKU DAN DIA. WANG JUGA TIDAK MAMPU MENEBUS DOSA-DOSA YANG LEPAS. DAN TIADA NILAI WANG YANG MAMPU AKU BAYAR UNTUK MENGHIDUPKAN SEMULA AYAH YANG DAH PERGI... 

Kenyataannya, wang tidak mampu mengekalkan kebahagiaan kita, kegembiraan kita dan kasih sayang sesama kita. Tepuk dada, tanyalah diri sendiri... 

I love you, Yang. It doesn't matter, you are an operator or a PM. Love you no matter what!



Ahad, 17 April 2011

Demi Se....

Dapur terkunci rapi. Tapi kena makan jugak....
"McDonalds punya makanan semuanya makanan yang sihat" kata Addeen.
Huh! Cam nak pengsan dengau! Tapi layan aje... 
Ingatkan nak cari sesuap nasi.. Errr... cukup ke sesuap aje???????

Satu tray ni x leh tunjuk semua... Ada lagi 2 tray kat sebelahnya! Hehehehehe...

Sambil makan, sambil tengok gelagat pelanggan yang lain.. Macam-macam rupa ada...

Pelanggan yang ini yang paling menarik perhatian Addeen!
Budak kecik zaman sekarang..dah pandai jeling-jeling!

McDonalds tak ada kaitan dengan tajuk tapi kisah dibawah akan bercerita.. cerita benar..

Bungkusan ini adalah atas ingatan 3 orang adik terhadap abangnya...

Siapa budak baju biru duduk atas kerusi di tepi padang di tengah-tengah siang buta ni???
Budak ni tinggal di asrama. Sebulan sekali baru boleh balik. Itu pun bergantung kepada aktivitinya di sekolah. Semalam dia pulang ke rumah dan ditawarkan kerja selama 2 hari. Dia amat perlukan wang tambahan untuk sekolah. Dia terpaksa membayar sejumlah wang kepada seorang junior kerana telefon bimbit si junior yang dia pinjam telah diambil dirampas oleh warden... RM90 ... Dia tak berani untuk meminta wang sebanyak itu dari kedua ibu bapanya.. Kerana dia tahu, ibu bapanya pasti marah akan tindakannya meminjam telefom bimbit orang lain
Makanya, dia telah meminta izin untuk bekerja dari ibu dan bapanya. Walaupun kejadian rampasan kuasa kapal telefon bimbit itu tidak diberitakan kepada kedua orang tuanya, namun ia dapat dibau dihidu oleh ibunya..
Atas keizinan, di tepi padang inilah dia menjalankan tugasnya demi sebuah rampasan gantirugi.
Bermula dari jam 7:30 malam pagi, dia duduk disebuah kerusi yang dikhaskan disediakan. Dia perlu pekak peka dengan bola yang ditendang keluar garisan. Jika biola bola ditendang keluar padang, dia akan membaling satu bola ganti kepada pemain. Dan dia perlu berlarianak berkejar mengutip bola yang satu lagi...

Nampak tak bola ganti yang sentiasa berada di tangannya itu??
Itulah tugasnya seharian... Dan dia di bayar sebanyak RM75 sehari!!
Fuh! Mewah!

Apabila permainan selesai, dia sendiri pula akan bermain bola sepak.. Lepas gian le tu.. Dia ni mana boleh nampak orang main bola!

Termasuk dia, terdapat 8 orang yang mensawat menjawat jawatan ini..  Dan kesemua mereka adalah terdiri daripada kawan-kawannya jugak. BTW, cantik t-shirt tu! Jenama Nike ye, bukan Mike! Free lak tu! Sapa mau kasik....

Addeen membantu membawa makanan untuk abangnya ....Bukan senang nak dapat makan...
Bukan senang nak mendapat kerja...Tiada kerja, tiada gaji.. Tiada gaji, tiadalah makanan....

Kesimpulannya.... Kalau pinjam barang orang, anda bertanggungjawab terhadap barang itu.!
Bila anda telah sanggup bertanggungjawab terhadap barang itu, jika sekiranya terjadi apa-apa silalah tanggung dan cubalah jawab!

Esok, dia masih akan bekerja sehingga jam 4 petang. Dari sana dia akan dijemput dan dihantar semula ke asrama untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar pula...

Errrr.. Esok dapat gaji nanti Ummi pegangkan ye! Heheehehehe
Bukannya nak beli Baskin Robbins guna pun.. Nanti Ummi masukkan dalam account si junior itu..

Sabtu, 16 April 2011

Boyfriend Kecik ...

Hubby Baby pergi KL for his once a month class. I'm left with the 4 precious kids of ours.....
Lepas Along pi kerja (balik kejap tp pi kerja..cari duit lebih, katanya..), kakak-kakak gi sekolah, me and my Boyfriend Kecik pi 'isi minyak'...
His favourite stall is Kedai Pakcik aka Kedai Haji In Chengal Lempong. We ordered iced milo, hot coffee, roti canai and roti telur bawang.. 

 Burppppp.... Alhamdullillah... Biasanya Boyfriend Besar yang bayar tapi kali ni Boyfriend Kecik lak nak belanja.. :))

 My Boyfriend Kecik tengah kasik tau the cashier what we had... 

 He paid with a note of RM50... Wah! Banyak duit rupanya my Boyfriend Kecik nih! 

 It was RM5.70 only and he was given the balance...

Bukan berkira tapi duit baki kenalah jugak kira.. "Mana tau kot-kot kakak tu terpulangkan tak cukup. Nanti Addeen senang nak mintak yg tak cukup tu"

"Kalau kakak tu kasik terlebih, macamana?"

"Kalau lebih, Addeen kasik le balik yang lebih tu kat dia... "


"OK.. Duit ni cukup. Nasib baik kakak tu pandai kira duit.. " 
Oh my Boyfriend Kecik! You are so adorable and so sincere.. Alhamdullillah.. He learnt from us.. Kalau kurang, pi tambah bayar..Kalau lebih, pi pulangkan balik.. Nanti kita sakit perut... Allah pun marah kat kita..